Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSIS PENUH DAN PELAKON - ISTERI UNTUK DI IKTIRAF

Sepanjang bulan puasa ini, selepas bersahur dan sambil-sambil nak menunggu masa untuk solat Subuh, sis sempat la menonton drama di TV1 yang bertajuk ISTERI UNTUK DI IKTIRAF. Drama ini di adaptasi daripada novel dan di terbitkan oleh JS Pictures. Bila sebut JS (Jinggo and Sheila) memang tak perlu di pertikaikan lagi. Memang best punya ceritanya dengan pemilihan watak yang sangat sesuai. Jom kita lihat sinopsis penuh cerita ini....



SINOPSIS PENUH
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang ayu dan lemah lembut bernama Safiyya. Safiyya telah menjadi yatim piatu setelah ibu dan bapanya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan setelah itu dia pun gigih mencari pekerjaan. Akhirnya berkat dari bantuan sahabat baiknya yang bernama Yati, Safiyya telah berjaya mendapat beberapa pekerjaan. 

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa oleh Tengku Wildan, anak Tengku Hairie yang memiliki hotel tersebut. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tidak di sangka-sangka, Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan, kelembutan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie terus mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan untuk dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Sedangkan ketika itu Tengku Wildan sedang menjalin hubungan dengan Ana Julia, seorang perempuan bandar.



Safiyya benar-benar terkejut ketika melihat Tengku Wildan tetapi apakan daya. Demi datuknya, Safiyya tetap bersetuju untuk disatukan dengan lelaki pilihan keluarga meskipun lelaki itu pernah berbuat onar terhadap dirinya. Safiyya yang taat tetap juga menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya itu menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang tidak suka melawan kata-kata Tengku Wildan hanya menurut saja kata-kata lelaki itu tanpa banyak tanya. 

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan mula dilanda cemburu. Tengku Wafie adalah abang kepada Tengku Wildan yang telah menetap di luar negara sebelum ini. Kepulangan Tengku Wafie sebagai anak sulung keluarga sedikit sebanyak telah menggugat ketenangan Tengku Wildan. 

Manakala Rafiq pula adalah seorang pemuda yang telah lama inginkan cinta dari Safiyya tetapi sejak dulu Safiyya sama sekali tidak menerimanya. Dek kerana cemburu dan rasa sayang yang semakin menebal, Tengku Wildan mula membawa Anna Julia sehingga ke pejabat demi untuk cuba membuat Safiyya berasa cemburu, malangnya Safiyya sama sekali tidak mahu mempedulikan semua itu. Safiyya hanya terus berkerja dengan habis baik tanpa mahu memikirkan hal-hal yang berunsur peribadi. Akibatnya Tengku Wildan terus menyakitkan hati Safiya dengan kata-kata yang kesat. hingga menyebabkan Safiyya merajuk dan pulang ke kampung.

Pada suatu hari Rafiq telah datang ke hotel dan ingin menemui Safiyya. Di sebabkan Safiyya berada di kampung maka dia nekad untuk ke kampung Safiyya untuk memberitahu segala isihatinya itu. Kelantangan Rafiq yang telah terus terang mahu menjadikan Safiyya sebagai isterinya benar-benar membuatkan Tengku Wildan berasa panas hati!Tengku Wildan yang mendengar semua itu mula berasa tergugat dan tergamam. Tanpa tunggu lama Tengku Wildan segera memandu ke kampung Safiyya untuk membawa Safiyya pulang ke rumahnya semula dengan kadar segera. 

Akhirnya Tengku Wildan berjaya juga membawa pulang Safiyya namun saat Tengku Wildan sedang berusaha untuk mencari jalan bagi memenangi hati Safiyya semula, dia telah dituduh merogol Ana Julia. Perkara itu benar-benar telah memberi tamparan yang hebat buat Safiyya. Bagi Safiyya, suaminya itu memang boleh berbuat seperti itu kerana sebelum ini suaminya itu turut telah melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Sekali lagi Safiyya melarikan diri.


Demi Safiyya yang semakin di cintainya, Tengku Wildan terus ke kampung dan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Dalam masa yang sama dia terus menerus memohon maaf kepada Safiyya supaya menerimanya semula. Walaubagaimanapun, segala usaha Tengku Wildan itu tetap juga tidak berhasil. Akhirnya Tengku Wildan nekad untuk pulang ke bandar semula tanpa ditemani oleh Safiyya. 

Apakah mungkin Tengku Wildan dan Safiyya akan bersatu kembali.....  Atau mungkinkah Safiyya lebih rela sendiri menanti jodoh lain yang jauh lebih baik dari Tengku Wildan....? Hmmm... sama-sama kita tunggu...

BARISAN PELAKON



  • Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
  • Elvina Mohamad sebagai Safiyya
  • Janna Nick sebagai Ana Julia
  • Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna
  • Shahz Jaszle sebagai Tengku Wafie
  • Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
  • Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
  • Arash Mohamad sebagai Tan Sri Tengku Hairie
  • Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah
  • Aishah Atan sebagai Datin Kasmah



  • JUMLAH EPISOD : 30 episod
    TARIKH TAYANGAN : bermula 16 Mei 2018
    WAKTU SIARAN ASAL : Isnin-Ahad, 7 malam

    SIARA ULANGAN : Isnin - Ahad , 5 pagi
    SIARAN TV :  Slot Widuri TV1 (RTM)
    PENULIS NOVEL : Nurfaza Alisya
    PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
    PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
    TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd



    2 comments for "SINOPSIS PENUH DAN PELAKON - ISTERI UNTUK DI IKTIRAF"

    1. menyesalnya Misaki baca sinopsis full TT^TT cara sis Hawa cerita terrrbaik... tapi sinopsis tu... wew... cannot go.. mwahahahhaha XD

      ReplyDelete
    2. hehehe tengok sikit2 je citer ni kalo terbuka..

      ReplyDelete