Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BATA RAYA COLLECTIONS 2018 - EXCLUSIVE, LAWA CANTIK BERGAYA

Assalamualaikum ualls.... macam biasa, bila semakin hampir dengan hari raya bermakna semakin sibuk jugalah kita semua buat persiapan untuk raikan Aidilfitri. Makin teruja semestinya adalah anak-anak dan untuk koleksi kasut Raya 2018 ni, daku sekeluarga mebuat keputusan untuk memakai kasut di jenama BATA. Tambahan pula Bata Malaysia ni memang dah sangat terkenal sejak dulu dengan kasut-kasutnya yang bermutu, cantik dan up to date. Koleksi terbaru mereka untuk Aidilftri 2018 ini pasti juga tak kurang hebatnya.

Kebetulan kedai Bata ni memang dekat je pun dari rumah sebab itu daku agak rajin juga berkunjung ke kedai Bata ni. Boleh di katakan saban tahun nak raya selalunya akan ke kedai Bata untuk lihat koleksi terbaru.


Kat Bata tu semuanya ada tau! Daripada kasut tumit tinggi wanita, sandal wanita, selipar lelaki, kasut bertutup lelaki, kasut bertali sehinggalah kepada kasut kanak-kanak lelaki dan kasut kanak-kanak perempuan. Pilih je nak yang style macamana mengikut warna kesukaan masing-masing. Daku ni suka ke Bata sebab tak perlu ke banyak kedai, pergi je ke mana satu cawangan Bata yang ada kat seluruh negara ni dan boleh shopping kasut anak bini suami isteri mak ayah di bawah satu bumbung.

Bila melangkah masuk je terus terpandang pada kempen terbaru Bata yang bersempena dengan aidilfitri ni. Haa kan ku dah kata.. mesti akan ada koleksi terbaru...


Menurut pekerja yang bertugas di situ, ada terlalu banyak pilihan rekabentuk kasut baru sempena Aidilfitri ni dan memang betul pun hinggakan daku sendiri rasa pening kepala tak tahu nak pilih yang mana satu.

Meskpun teruja namun daku tak lupa istilah ukur baju di badan sendiri ketika ingin berbelanja. Bukan soal harga tapi soal diri sendiri yang punya anak kecil. Walaupun hakikatnya daku suka high heels tapi daku dah bertukar arah pakai sandal yang lebih rendah supaya mudah untuk melangkah sambil mendukung Kasih.  Mujurlah kat Bata ni ada pelbagai pilihan sanda bertali yang cantik-cantik. Yeszzz!! I like....




Antara diskaun yang diberikan bersempena dengan aidilfitri 2018 ini adalah seperti potongan segera 6% dengan pembelian RM99 dan ke atas, berbelanja RM99 dalam satu resit dan boleh dapat diskaun RM25 (pembelian akan datang) + dapat sampul duit raya serta untuk pembelian RM149 ke atas PERCUMA wristlet Marie Claire + RM25 voucher (pembelian akan datang) + sampul duit raya.

Patutlah ramai pelanggan yang ada kat situ memilih-milih kasut idaman mereka. Banyak potongan harga dan hadiah sampingan rupa-rupanya..




Banyakkk sangat design sampaikan tak tahu nak beli yang mana. Tapi, dalam banyak-banyak design yang di pamerkan, daku rasa ini antara design yang sangat cantik.....


Design ni yang paling win dan tak di nafikan memang ramai betul yang pilih. Harganya pula tak adalah mahal mana pun.... hanya RM79.90 jer sepasang ualls. Berbaloi sangat -sangat. 

Bagi yang tak sukakan high heels, masih ada pelbagai design untuk ualls pilih. Dont worry. Antaranya kasut ballerina ni... harganya hanya RM59.99 je.. ualls boleh pilih mengikut warna kegemaran masing-masing.


Bagi kaun adam ualls boleh dapatkan kasut bertutup dan juga sandal. Design boleh di pilih mengikut style dan gaya masing-masing. Ada yang berwarna gelap dan ada yang colourful dan up to date. Yang pasti semuanya berkualiti dan sangat sesuai untuk di gayakan bukan hanya untuk aidilfitri tetapi juga untuk aktiviti seharian yang lain.

Cadangan terbaik beli terus dua pasang. Satu kasut bertutup seperti gambar di atas untuk di pakai ketikapergi berkunjung ke rumah sanak saudara ketika pagi raya dan satu lagi beli sandal seperti gambar di bawah untuk di pakai pada pagi hari ketika ke masjid.  Daku sendiri dah beri cadangan yang sama pada hubby dan anak sulung. Lagipun sandal kat Bata memang lawa-lawa pun. Selesa sangat dan gabungan colournya pun cantik dan menarik. 

 

Satu lagi design yang harus kena beli adalah kasut untuk kanak-kanak. Awwal yang ku bawa bersama macam rang dah rambang mata. Kasut itu di beleknya, kasut ini di pegangnya. Eh eh macam dia pula yang nak shopping dan bayar ye.

Daku sendiri naik geram tengok design kasut kanak-kanak ni. Makin geram bila tengok deisgn kasut untuk baby gurl... so cute!! Tapi apakan daya, Kasih masih kecil lagi. Tahun depan InshaAllah boleh beli kasut untuk Kasih.


Hampir sejam juga berada di sana. Puas belek itu, belek ini. Mujurlah semua pekerja kat Bata tu peramah dan baik-baik belaka. Masing-masing senyummm je.. siap tolong rekomen lagi kasut mana yang cantik dna kasut mana yang selesa.

Actually, daku ni kalau time shopping memang kurang gemar kalau ada pekerja yang followww je kat belakang macam kita nak ni nak mencuri, hahaha.. tapi pekerja kat Bata ni macam faham jer. Diaorang takde lah tahap follow dan jeling semacam tapi mereka datang dekat dengan senyuman dan sembang ramah dengan senyum yang lebar.


Yesss... akhirnya dah jumpa kasut yang paling win di hati. Rasa happy sangat-sangat. Daku ni dalam soal memilih kasut gaya jatuh nombor dua, sebaliknya selesa ketika berjalan menjadi faktor yang pertama. Apa tidaknya, daku ni kena dukung anak okay. Kadang-kadang dukung si Kasih dan kadangkala pula kena dukung si Awwal. Itu belum ambil kira kelincahan Awwal yang suka berlari sana sini lagi. Kalau mamanya ni pakai highheels dengan tumit yang halus, mahu kejang  dan melecet kaki ni.. haha...


Inilahd dia dua pasang kasut yang dah di bawa balik. Percaya atau tak, ke dua-dua kasut ni hanya berharga RM100 je okay... paling ku suka kasut untuk Awwal tu, so cute!!


Dapat juga sampul raya percuma. Silap juga hari tu, kalau ku spend lebih dari RM149, tentu dah boleh dapat wristlet Marie Claire. Aduh rugi rugi... tapi takpe sebabnya kasut untuk suami dan anak-anak lelaki yang lain belum beli lagi ni.. haa nanti bolehlah ke Bata lagi.. yahoooo....


Ohya, sebelum ku terlupa... bagi yang berada jauh dari Bata ataupun agak sukar untuk keluar membeli belah, ualls boleh beli secara atas talian melalui lamanweb rasmi mereka (Bata Malaysia). Bahkan kat website tu ada juga design-design special yang hanya di jual secara online je tau... so baik ualls buka lamanweb dan check dulu. Klik >>> Laman Web Bata Malaysia


Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Koleksi Raya Bata 2018:
Lokasi : Bata Tanah Merah , Kelantan

NAK SAMBUT RAYA? JOM CEPAT KITA KE BATA!!


4 comments for "BATA RAYA COLLECTIONS 2018 - EXCLUSIVE, LAWA CANTIK BERGAYA"

  1. Bestnya dapat shopping kasut kat bata. Bata memang jenama yang dipercayai

    ReplyDelete
  2. akak mmg suka bata brg berkualiti

    ReplyDelete
  3. berkenan nak beli wedges la tahun ni.. nak yang tinggi sket takde nampak ketot je tetiap tahun hehe

    ReplyDelete
  4. dah beli kasut raya dah dia... hehe... kasut bata pun lawa2... mahal2 dh loni

    ReplyDelete