Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenangan Persiapan Sambutan Aidilfitri 2018

Assalamualaikum.... hai ualls... sana sini nampak kengkawan team dok bercerita hal memori raya, daku pun nak story juga. At least dapatlah di simpan sebagai kenangan untuk di tatap semula di kemudian hari terutama untuk anak-anak dan famili. Yelah, makin hari usia makin meningkat dan masa yang dah lepas bukannya boleh di putar balik so secara tak langsung blog ini lah sebagai medan diari bergambar yang dapat diselak semula untuk kembali teringat di ingatan.

1st all of untuk pengetahuan ualls, kat kampung hanya ada ayah dan emak. Adik-beradik (termasuk daku sendiri) semuanya dah berkeluarga dan duduk di rumah masing-masing. Disebabkan emak dah sedikit berumur maka kami bercadang untuk menjalankan operasi mencantikkan rumah bersama-sama.. Daku sekeluarga beritahu emak akan balik pada hari Rabu (14/06) tapi hakikatnya kami balik ke sana pada hari Selasa (13/6) tanpa beritahu sama sekali. Suprisessssss!! 

Kasih Sufi sambut hari raya pertama bersama family

Perjalanan pulang dari Pantai Timur ke Utara biasa saja. Tapi di sebabkan kawasan yang dilalui ni berbukit maka doa sentiasa ada di hati. Tambahan pula daku sendiri yang drive so makin la risau. Jangan ingat co-pilot je takut, ni haaa driver 100 kali lebih takut! Kami bertolak balik sebaik saja usai solat subuh dan tiba di Indera Kayangan pada jam 1.30 petang. Alhamdulillah ngam ngam sempat untuk solat Zohor kat rumah di kampung. 

Sampai je kat rumah rupanya emak takde, hmmm kami nak prank mak ayah tapi alih-alih kami yang kena prank balik. Haha.. but still leh suprisekan mak sebabnya mak memang tak syak langsung yang kami akan balik hari tersebut. Tak lama lepas tu emak pulang dengan ayah dan apa lagi riuhlah satu rumah, meluru je nak peluk cium, bukan peluk cium anak tapi cucu! Aduh... emak emak. Dah tak sayang Awa lagi ke??? 

Macamanalah 'tok' nya tak rindu... ada saja keletahnya.

Esoknya bermulalah operasi kami semua. Ada yang mengemas halaman, ada yang bersihkan ruangan kat dalam dan ada juga yang tolong catkan rumah dengan colour yang baru. Masing-masing tolong bantu apa yang boleh. Penat jangan cerita sebab masih dalam bulan puasa tapi puashati. Makin puashati bila lihat wajah gembira mak dan ayah. 

Walaubagaimanapun, kat dalam hati ni tetap tak boleh lupa ayah kandung kami yang bina rumah pusaka ni dulu. Sebabnya arwah ayah kandung Awa dulu adalah insan yang paling busy setiap kali tiba bulan puasa malah makin teringat kerana ayah juga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir juga di bulan puasa. Oh ayah.. Awa rinduuu...

Berbalik pada cerita happy hari raya tahun ni.. inilah kami semua pada hari tu. Yang tak pakai baju tu sila abaikan pejam mata ke apa... kikiki.. biasalah buat kerja dengan cuaca agak panas.. berpeluh!


Luar dan dalam rumah kami kerjakan. Daripada sawang lelabah sehinggalah kepada mengecat, mop lantai, susun atur semula perabot dan sebagainya... semuanya kami lakukan bersama. Makin meriah apabila dapat tukar langsir dan set sofa baru untuk emak. Sofa baru di sponsor oleh my brother.

Disebabkan anak-anak busy ngan operasi membersih rumah maka tugasan lauk utama berbuka puasa diserahkan pada emak dan ayah. Hari tu ikan talapia bakar. Kasih ngan 'tok' nya memang tak boleh berenggang langsung!! Cucu tok la katakan..... 


Disebabkan kerja-kerja mencantikkan rumah hanya untuk mereka yang di dalam kategori sudah akil baligh maka anak-anak yang masih di tahap kanak-kanak ribena mulalah buat kerja sendiri. Untuk anak-anakku kesempatan ni mereka guna dengan menjelajah apa yang ada kat sekeliling.

Mula-mula mereka main di luar pagar rumah. Kat hadapan rumah tu ada tali air dan juga sawah bendang so syoklah bebudah tu bermain dekat dengan tali air. Lepas satu, satu batu di buang ke dalam air tu. Nasib baik ada si abang yang boleh di harap tengokkan si adik.

Pemandangan di hadapan rumah di kampung

Macam-macam dibuatnya. Puas baling batu di kerjakan pula pokok-pokok yang ada.. lepas tu diaorang start pula aktiviti mengail menggunakan joran yang memang sentiasa ada kat rumah tu. Memang tak reti nak duduk diam langsung!!

Dalam gambar ni dapat lihat rumah sedang bertukar warna dari putih ke orange...

Penat bermain kat kawasan hadapan rumah, mereka beralih pula beramai-ramai ke kawasan belakang. Kali ni habis ayam itik kat rumah tu jadi mangsa. Yang paling happy semestinya Awwal yang tak habis-habis nak kejar ayam itu tu ke sana ke mari. 


Kan dah kata.... kesian pula semua itik-itik tu. Huhuhu.... 


Setelah siap urusan kemas rumah bermula pula aktiviti membungkus ketupat. Bab ni daku memang boleh tengok je sebabnya tak juga menjadi lepas di cuba cuba dan cuba. Tangan keras mak ku cakap! Makan pandai, balut tak reti! 

mak ngan kak ipar buat, daku tukang pot pet
Yang pasti, meskipun cara kami sambut sederhana saja terutama setelah perginya arwah ayah tersayang di bulan yang penuh istimewa yakni Ramadhan, namun kami semua happy sebabnya dapat gunakan peluang ini untuk berkumpul bersama-sama.


5 comments for "Kenangan Persiapan Sambutan Aidilfitri 2018"

  1. rindu perlis. dan rindu kemeriahan aidilfitri. mek percaya siapa pun mesti seronok sambut aidilfitri sama sama dengan keluarga.

    ReplyDelete
  2. seronoknya meriah rasa bila gotong royong bersihkan dan hias rumah ni

    ReplyDelete
  3. wah bestnya. raya tahun ni pada sha takbest langsung takmacam raya huhu

    ReplyDelete
  4. First gambar tu 'mem' besar tengah pantau kawasan ketew? Hehe

    ReplyDelete
  5. tangan i ols pun kerasss!!hahaahhahaa!btw rindu rumah itu sebab ada kenangan kita bersama!hehe

    ReplyDelete