Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MAIRA EMINE - Baju Kurung Cantik Selesa Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum ualls..
Kalau ualls nak tahu sejak dari awal Ramadhan daku dok memikir, baju kurung macamanalah yang daku nak belikan untuk si Kasih ni. Yelah, ini kan kali pertama Kasih nak sambut raya. Kami yang juga akan menyambut raya pertama dengan si gegurl ni menjadi makin teruja. Tapi, di mana nak beli baju kurung untuk Kasih masih belum di putuskan lagi.

Belek punya belek, akhirnya daku terjumpalah seorang seller online ni dengan nama MAIRA EMINE dan produk yang diketengahkannya apalagi jika bukan bayu kurung baby termasuklah untuk bayi yang seusia dengan Kasih yang baru berusia 6 bulan ni. 

Kasih happy dan selesa 

Antara kelebihan baju kurung ini adalah pada kainnya yang di perbuat daripada kain cotton sepenuhnya. Sejuk, lembut dan mudah serap peluh! Jahitannya pun okay juga. Malah sangat sesuai untuk Kasih yang sangat aktif meniarap dan bergerak ke sana sini ni. 


Terdapat pelbagai pilihan corak kain yang ditawarkan, apa yang perlu ualls buat hanyalah memilih mana-mana corak yang ualls suka dan sahkan tempahan mengikut usia anak-anak ualls tu. Jangan risau kerana size baju untuk koleksi MAIRA ANIME ni daripada baby yang berusia 3 bulan sehinggalah kepada kanak-kanak yang 4 tahun.

Kasih bergaya dengan baju kurung MAIRA EMINE
Apa yang lebih membuatkan aku teruja adalah pada harganya yang hanya di jual dengan kadar MR26.90 sahaja sepasang! Haaa murah sangat-sangat! Bahkan tidak ada sebarang kospos yang akan di kenakan. Kiranya, hanya dengan membayar sebanyak RM26.90 ualls dah berjaya mendapatkan sepasang baju kurung untuk anak perempuan tersayang sama seperti yang telah ku dapatkan untuk Kasih ni.


Sebahagian daripada design lain yang di tawarkan......



Yang pasti, jangan tunggu lama-lama... nanti habis stok melopong pulak... 

Untuk info lanjut dan tempahan sila hubungi pihak MAIRA EMINE di :

Pakaian ini juga boleh di beli secara terus melalui Lazada >> DI SINI <<


6 comments for "MAIRA EMINE - Baju Kurung Cantik Selesa Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak"