Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Belanja Cara Bijak Dengan Cari, Banding dan Jimat di Hargapedia

Assalamualaikum ualls... pejam celik pejam celik dah pun selesai sambut Aidilfitri tapi raya tu kan sebulan so sana sini masih ramai yang tengah sibuk buat open house. Kat sini pun macam tu juga.

Untuk daku sendiri tahun ni takde sebarang open house sebaliknya hanya hadiri rumah berbuka kengkawan je. Secara tak langsung dah jimat belanja sebab takyah masak kat rumah kikiki. Almaklumlah, anak dah 6 orang ni bukannya mudah nak siapkan duit belanja tiap bulan. Tambah-tambah bulan selepas raya macam ni, perghhh penat beb! Terasa nak koyak rabak poket ni..

Tapi kan, beberapa hari lepas, sewaktu tengah buka Google Play untuk cari mainan baru untuk anak, daku terpandang akan satu aplikasi ni. Namanya Hargapedia. Mula-mula tu daku ingatkan aplikasi menjual barang tapi bila lihat pada feedback ramai yang say thank you sebab bantu menjimatkan wang mereka ketika berbelanja. Tiada paksaan untuk mendaftar tapi bila lihat betul-betul, macam bagus je... Apa lagi daku pun teruslah download ke handphone ni.


Sebaik saja buka, daku terus excited dan senyum lebar. Serius best! Kenapalah tak daku jumpa aplikasi ni dari dulu. Takpelah yang penting dah pun ada dalam handphone sekarang, biar lambat tahu daripada langsung sama sekali tak tahu, tak gitu?

Daku terus jatuh cinta pandang pertama dengan aplikasi ni kerana ia sangat berbeza dengan mana-mana aplikasi yang pernah ku muat turun sebelum ni. Ia bukan saja diberikan secara percuma dan mudah untuk digunakan malah segala info yang dikongsikannya itu juga sangat-sangat berfaedah untuk surirumah terutama ibu yang punya anak ramai macam daku ni.

Kalau tak percaya, cuba ualls lihat kat bawah ni sendiri....

1. Cari, banding dan jimat 

Melalui Hargapedia ni, ualls tak perlu lagi pening kepala macam dulu. Tak payah juga cuba nak buat pengiraan secara kasar dek kerana takut over budget. Sekarang ualls sudah boleh tahu harga sebenar semasa hanya dengan membuat carian mengenai barang yang dikehendaki. Dengan cara ni kita boleh membuat perbandingan harga antara satu pasaraya dengan pasaraya yang lain dengan mudah. 

Jangan risau kerana harga di Hargapedia ni dikemaskini saban hari kerana harga jualan harian ni tak sama. Kadangkala ada juga promosi.. kerana itu Hargapedia akan kemaskini selalu. Tugas kita sekarang adalah membuat perbandingan dan bolehlah beli dari mana-mana pasaraya yang menjual barangan yang kita hendak tu dengan kadar yang paling murah. 


Kat Hargapedia sudah boleh tahu harga semasa yang ditawarkan oleh pasaraya


2. Pelbagai kategori dengan lebih dari 5000 produk dari bermacam jenama 

Hanya di hujung jari di dalam satu aplikasi tetapi ada lebih daripada 5000 jenis produk daripada pelbagai jenama boleh ditemui di Hargapedia ni. Dengan adanya bermacam barangan ini sudah semestinya ia dapat membantu para pembeli seperti kita semua untuk membuat pilihan sebelum proses membelanjakan wang dilakukan.



Terdapat pasaraya kecil, pasaraya besar malah kedai serbaneka juga. Antara nama peruncit yang ada di dalam Hargapedia ini adalah seperti Tesco, Aeon, Watson, Guardian, Mydin dan banyak lagi. Semua barangan telah diletakkan mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan lagi urusan kita dalam melakukan pencarian.


3. Lihat katalog online secara percuma

Hargapedia

Walaupun boleh di cara secara ters namun di Hargapedia ini kita masih lagi boleh melihat promosi terkini melalui katalog-katalog yang telah di sediakan. Bezanya di sini semua katalog boleh di lihat secara atas talian dengan lebih cepat dan mudah. Nampaknya tak perlu lagi sepahkan rumah dengan kertas katalog yang menimbun mulai hari ini. 

4. Liga Hargapedia


Selain daripada tiga ciri-ciri kat atas tu, apps Hargapedia juga turut menyediakan sebuah liga yang akan dikemaskini seminggu sekali. Ini untuk memberi cadangan kepada kita tentang pasaraya manakah yang paling berbaloi dan murah harganya untuk minggu tersebut.

Hargapedia

Jadi senanglah kita nak buat keputusan di pasaraya mana kita nak berbelanja untuk minggu tersebut. Perbandingan harga ni di buat ke atas hampir semua barangan harian yang sering kita gunakan saban hari.

Hargapedia


5. Barangan mengikut tema

Maksud beli barangan mengikut tema ini adalah seperti musim demam bola piala dunia yang sedang hangat berjalan sekarang ni. Sambil menonton bola pastinya nak ada beberapa makanan ringan kat sebelah kan?



So, kat sini Hargapedia dah tolong shortlistkan produk-produk daripada pelbagai jenis makanan ringan yang sesuai untuk di nikmati sambil menonton bola tersebut. Dengan cara ini lebih menjimatkan masa daripada terpaksa memikirkan makanan apa yang hendak di beli.

Pendapat dari diriku sendiri

Semalam daku sempatlah check beberapa produk kat Hargapedia, antaranya lampin pakai buang kerana baby Kasih dan Awwal dua-duanya masih pakai lampin pakai buang. Selalunya Awa akan terus je ke pasaraya dekat rumah dan pasrah. Jika kebetulan ada promosi maka bersyukur kerana dapat jimatkan sedikit wang tapi jika kebetulan ketika itu tiada sebarang promosi maka redhalah membayar dengan harga yang akan di kenakan. Beli tetap kena beli. Sekarang dah tak perlu syukur redha macam dulu lagi.

Selain daripada lampin pakai buang, daku turut check untuk barang basah. Eeee suka sangat!! Naik geram pula tengok sayuran segar tu setelah dapat tahu harga yang sedang ditawarkan. Terasa macam nak terus ke pasaraya. 


Seperkara lagi yang daku suka berkaitan dengan Hargapedia ini kerana ia boleh membantu daku mendapatkan satu senarai barangan yang ingin di beli dengan mudah. Pilih nak tahu barangan mana lepas tu terus masukkan ke list, tak perlu lagi tulis dengan pen di kertas. Eh eh, mudah... dah macam ada orang gaji pulak! Hahaha... 

Terang lagi bersuluh, daku memang suka sesuka sukanya dengan aplikasi ni. Seriously memang bagus dan patut diberi pujian atas usaha pihak Hargapedia. Makin daku happy sebabnya aplikasi ni disediakan secara percuma je kot! Membantu sangat-sangat tapi percuma saja. So, siapa yang tak guna tu memang akan rugi besar. =D


Google Play Store :

Apple Store :





3 comments for "Belanja Cara Bijak Dengan Cari, Banding dan Jimat di Hargapedia"

  1. terbaek.. mudah nak banding harga sekarang ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. wowwwww tenkiu sebab share info ini.

    ReplyDelete