Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beraya Dengan Persalinan Hijau Bersama JAKEL - 2018

Beraya Dengan Persalinan Hijau Bersama JAKEL hanyalah untuk suami manakala untuk anak-anak semuanya warna carca marba dek kerana permintaan mereka sendiri yang teringin sangat nak pilih baju ikut warna favourite masing-masing untuk tahun ini. Hmmmm apa nk wat. Kalau anak perempuan mudahlah nak arah tapi ini anak lelaki. Tapi bagus juga sesekali begini, beri mereka  sedikit kebebasan untuk tentukan apa yang mereka suka.


Bagi daku baju Jakel yang di pakai suami memang sangat kena dengannya malah warna sampin yang dikenakan juga sangat sepadan dengan warna kain dari baju kurung moden yang ku pakai. Kiranya sangat sesuai dan sedondon kami berdua pada hari tersebut.

Suamiku ni berkulit agak gelap so dia memang agak cerewet soal warna pakaian tetapi dengan Jakel dia terus okay. Kiranya pakaian baju melayu dari JAKEL ni not bad untuk memenangi hati dia.


Selesai beraya dengan emak, ayah dan anak-anak.. tiba masa pula untuk bergambar berdua. Apabila mak dan ayah bergambar, siapa lagi yang perlu jadi si photographer jika bukan anak-anakku sendiri. Almaklumlah, anak dh besar la katakan.

Meskipun baju melayu ni di beri nama sempena AARON AZIZ namun apabila suamiku pakai tetap juga tak leh bertukar kepada Mr.Aaron yang sado hensem tu. Apa nak buat, baka lain-lain.. Takpe daku sentiasa bersyukur dengan apa adanya. Kalau suami terlajak hensem sado nanti daku juga yang susah hati tahap tak reti duduk diam dek kerana api cemburu. Kikiki...

Suami tak tengok ke arah kamera pun.... 

Yang pasti daku memang gerammmmmm sangat-sangat sebabnya suami aku ni cukup susah tiap kali di ajak berposing. Senyum tidak, tengok kamera tidak. Dia bukannya tak suka ambil gambar sebagai kenangan cuma dia tidak gemar ambil gambar dengan di suruh berposing. Kalau gambar kandid no hal, biasa aja..

Lepas di minta, dia paling ke arah kamera tapi tak senyum la pulak... 

Bila daku tegur suruh senyummmmm.... ini yang di buatnya!!


Ualls tengoklah sendiri perangai cik suami yang sengaja nak cari pasal ni. Macamanalah daku tak naik hangin..... Anak-anak yang duduk kat depan kami semua dah sukahati gelak riuh rendah dengan kerenah mak ayah mereka ni. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambamu ini...

Hah.. ambikkk!!! Gerammm guh.... memang patut kena pun ni... Sengaja sangat cari pasal..


kalau ualls nak tahu anak-anak dah lali dengan perangai mama dan abah mereka ni sebabnya kami berdua ni sama-sama susah untuk di jangka. Kejap-kejap baik, kejap-kejap gaduh, kejap-kejap suka ketawa sampai gelak satu rumah dan yang pasti siapa lagi tukang buat lawaknya jika bukan suamiku sendiri. Muka je nampak serius but he's so funny.. tapi, kalau time dia marah hmmm macam nak tercabut bumbung rumah!

Last sekali gambar bersama anak-anak. Inilah dia kami sekeluarga yang sebelum ini hanya daku seorang je perempuan. Sekarang daku dah ada geng sejak hadirnya Kasih Sufi yang tersayang. Alhamdulillah... Allah SWT makbulkan juga doa kami sekeluarga untuk merasai betapa indahnya menjaga dan mendidik seorang puteri.


Jika di lihat betul-betul pada wajah anak-anak daku ni, mereka agak kurang seiras dan nampak tak macam adik-beradik sangat pun. Daku selalu cakap kat suami kalau yang gelap tu ikut rupa dia dan kalau yang cerah sikit tu ikut rupa sayalah! Suami tak marah pun, yelah itu semua kan gurauan. Gelap tahap mana sekalipun hanya dia satu-satunya suamiku yang telah sanggup bersama menempuh pelbagai sukaduka sejak 16 tahun yang lalu.

Setiap seorang ni ada saja kerenah mereka masing-masing. Ada masanya mereka akan sependapat dan ada masanya juga mereka akan bertelagah. Biasalah sudah namapun kanak-kanak yang sedang menginjak ke alam remaja dan dewasa. Anggap sajalah ini semua proses untuk belajar bagi menjadi insan yang lebih baik dengan mengingati semula kesilapan dan salah silap.


Walaubagaimanapun, untuk raya berikutnya daku akan cuba pastikan kami semua berpakaian dengan persalinan dari warna yang sedondon, terutama untuk daku dan Kasih. Tak sabar pula nak tunggu raya aidiladha bila teringatkan hal baju raya ni. Untuk perempuan boleh jahit tapi untuk lelaki rasanya lebih best beli dari Jakel sebab murah, mudah dan berbaloi.

Ualls semua macamana? Tahun ni pakai warna apa? Cer citer....


7 comments for "Beraya Dengan Persalinan Hijau Bersama JAKEL - 2018"

  1. Haha suaminya tak suka difoto mbak, harus agak dipaksa. Selamat lebaran. Maaf lahir batin

    ReplyDelete
  2. Hihi lawak je awa ni...kasih la intan payung mak ye 😘😘

    ReplyDelete
  3. tahun ni pilihan warna2 di Jakel cantik2. suka range selection baju Scha tapi regeee ehooooi mencekik. kita pegi gak ronda tapi jeling2 je..

    ReplyDelete
  4. kita geng biruuu. nanti aidiladha ada geng lerr ngan kasih nk sedondon

    ReplyDelete
  5. boleh ku bayangkan betapa riuh rendahnya mak ayah budak budak nie..hahahahhaha

    ReplyDelete
  6. rindu suasana raya. selamat hari raya awa, maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete