Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MEMBONGKAR 15 RAHSIA TERSEMBUNYI DI - BUKIT GAMBANG RESORT CITY


Assalamualaikum ualls,.... Alhamdulillah, baru-baru ni daku dan team telah berjaya membongkar rahsia peribadi hakmilik kepada satu tempat percutian yang agak unik terutama untuk bahagian Pantai Timur Malaysia ini. Tempat yang daku maksudkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC), Leisure at it's best yang terletak di Gambang, Kuantan Pahang

Kenapa dikatakan telah berjaya membongkar rahsia? Ini disebabkan salahfaham yang telah berlaku di antara kami sesama ahli sendiri di mana ramai di antara kami telah menganggap yang Bukit Gambang Resort City ini hanyalah mempunyai waterpark semata-mata. Demi untuk membongkar apakah benar Bukit Gambang Resort City ini hanya mempunyai waterpark ataupun hakikatnya ada lebih daripada itu maka kami telah sepakat sebulat suara untuk ke sana selama 3 hari 2 malam bermula pada 04 Julai sehingga 06 Julai 2018. Jom baca review penuhku untuk BGRC ini.


Perjalanan daku dan keluarga ke Gambang dari Pantai Timur (Kelantan) Alhamdulillah sangat lancar dan menyeronokkan. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7pagi dan sepanjang perjalanan anak-anak semuanya dah overexcited.

Ohya, jika ualls juga dari Kelantan, daku sarankan ualls ikut laluan utama ke KualaTerengganu dan terus ambil highway untuk menuju ke Kuantan. Masa untuk perjalanan ini hanyalah sekitar 5 jam.




Dari situ ualls terus saja sehingga turun di susur keluar 330. Jumlah keseluruhan kos untuk tol hanyalah sebanyak RM26 sahaja! Maknanya utk trip ke sana bagi yang memandu kereta sendiri terus dari Kelantan ke Gambang setelah di campur antara tol dan kos minyak adalah di bawah RM100 sehala mengikut jenis kereta yang ualls pakai.


Turun je dari susur keluar 330 tu, terus je dan ualls akan jumpa trafic light di mana sebelah kirinya akan ternampak Caltex. Kat trafic light ni ualls turn right dan terus je jangan corner mana-mana lagi dah sehinggalah terjumpa papan tanda besar Bukit Gambang Resort City. #BGRC ni terletak di sebelah kanan. Mesti ualls dah tak sabar nak tahu apakah rahsia-rahsia yang tersembunyi di Bukit Gambang Resort City ni kan? Okay... jom kita lihat sama-sama.

1. PENGINAPAN YANG SANGAT CANTIK DAN SELESA

Di Bukit Gambang Resort City ini ada tiga jenis penginapan dengan konsep yang berbeza iaitu Arabian Bay Resort, Carribean Bay Resort dan juga Averia Villa Resort. Kami seluruh team telah sepakat untuk menginap di Arabian Bay Resort.





Arabian Bay Resort ini adalah resort suite mewah yang menawarkan penginapan yang sangat bergaya termasuk kedai hiburan dan pusat M.I.C.E yang komprehensif. Resort dengan jumlah sebanyak 546 buah suite ini terdiri daripada 320 Suite dengan dua 2 bilik tidur, 216 studio suites, 8 arabian suites dan juga 2 penthouse suites. Setiap suite mempunyai balkoni peribadi, ruang tamu dan bilik mandi peribadi untuk setiap bilik tidur. Kemudahan kawasan makan dan pantry turut disediakan untuk suite dua bilik tidur dan juga penthouse suites.


Kat Arabian Bay Resort ini juga turut terdapat gym. Kereta juga boleh terus parking kat bahagian bawah blok dan jangan risau kerana tempat parkingnya memang luas giler! Then ada pula swimming pool... aduhh makin teruja dah anak-anak ni nak terjun. Walaubagaimanapun, daku buat keputusan untuk terus ke bilik dulu bagi menyimpan beg dan berehat sebentar bagi melepaskan lelah.

Inilah bilik yang daku stay bersama suami dan anak-anak sepanjang berada di sana...

ruangannya yang sangat luas dan selesa dengan dua buah bilik tidur

Pemandangan dari balkoni yang boleh menampakkan kereta sendiri yang di parkir di bawah
Besar, luas dan selesa.... cukup sesuai untuk yang berkeluarga
Keadaan bilik yang kemas, bersih dan selesa
setiap bilik ada bilik air termasuk shower di dalamnya


Puashatikan dengan bilik kat sini?  Tapi, jika ualls mahukan suasana percutian yang lebih menarik seolah-olah seperti sedang berada di luarnegara, daku sarankan supaya Averia Villa Resort. Kenapa? Ini kerana, Everia Villas Resort menawarkan tempat penginapan dalam bentuk vila yang direka khas di dalam 727 ekar Bukit Gambang Resort City.

Penginapan di villa-villa ini terdapat dalam pelbagai rekaan yang menggambarkan rumah-rumah ikonik khas bandar-bandar seperti San Francisco, Amsterdam dan Venice.




Untuk lihat secara lebih dekat boleh tengok kat video di bawah ni..


Lebih mudah jika ualls booking lebih awal supaya tahu nak stay dekat mana then terus je ke lobi untuk urusan checkin. Sampai je kat bilik, wow!! Besar giler... macam tak percaya jer dengan harga yang telah ditawarkan. Terus-terang daku sangat berpuashati dengan servis dan keadaan bilik yang ada.



2. MAKANAN YANG SEDAP DAN PELBAGAI

Selesai rehatkan diri dan mandi, kami terus menuju ke kafeteria. Daku ni pulak jenis kuat makan so kalau time travel je memang cukup suka makan. Soal persembahan makanan, rasa, layanan dan kebersihan, Alhamdulillah semuanya okay dan memuaskan hati. So far so good! Antara makanan yang ku suka pada hari pertama kat situ adalah puding roti dengan kuah karamel. Perghhh terangkat! Sampai sekarang teringat ingat.


Seperkara lagi, untuk menu makanan ualls tak perlu bimbang kerana memang telah di sediakan menu yang variati. Ini bermakna akan ada nasi, lauk pauk, makanan ala barat, pencuci mulut dan lain-lain. Apa yang perlu ualls buat hanyalah menikmati semuanya mengikut selera dan citarasa masing-masing.


Bagi suami dan anak-anak, mereka paling suka kerana sepanjang kat sana tiap pagi ada roti canai. Sudahlah itu menu favourite mereka di tambah pula dengan rotinya yang rangup di luar lembut di dalam berserta dengan kuah dal dan kari ayam. Menyangkut habisss...


Untuk ualls yang vegeterian atau sedang berdiet turut ada salad, pasta dan juga coleslaw.Bagi diri aku sendiri, of course daku lebih memilih makanan melayu berbanding dengan menu yang lain. Anak melayu tulen la katakannn... hahaha....


Perut kenyang suka hati, begitu juga dengan daku dan family. Pada hari pertama, tak nak tunggu lama-lama kami terus menaiki trem yang sememangnya telah tersedia untuk terus menuju ke bahagian taman tema air (waterpark).

3. PERKHIDMATAN TRAM YANG MEMUDAHKAN

Ohya, sebelum daku terlupa sebenarnya di Bukit Gambang Resort City ini bukannya hanya ada waterpark saja semata-mata. Mungkin disebabkan BGRC ini mula terkenal dengan waterpark maka semua orang hanya ingat akan waterpark sedangkan ada lebih banyak aktiviti lain yang sama hebat malah lebihhh hebat dari itu. Untuk pengetahuan ualls BGRC bukan hanya mempunyai waterpark sebaliknya turut mempunyai safari park dengan pelbagai jenis haiwan termasuk haiwan preditor di dalamnya.

Untuk ke  bahagian waterpark dan safari park, ualls tak perlu risau kerana telah ada perkhidmatan tram yang sedia untuk membawa kita ke mana-mana hentian mengikut bahagian yang kita mahukan. Sebagai contoh, pada hari pertama kami ambil keputusan untuk membawa anak-anak bersukaria mandi manda di waterpark.

Tram yang sentiasa siap sedia untuk membawa ualls dari hotel terus ke waterpark

Dengan perkhidmatan tram ini kami semua sangat happy kerana tak perlu penat berjalan kaki untuk ke bahagian waterpark. Bukan setakat anak-anak je teruja mak ayah pun ikut excited sebabnya segala kemudahan yang ada di sini benar-benar dapat membantu untuk memberi kami percutian yang sangat selesa dan menggembirakan.

Terlihat dengan jelas wajah teruja campur happy di wajah kami semua

4. WATERPARK - BERMAIN AIR DAN MAKAN DENGAN SISTEM E-VALUE

Setelah tiba di bahagian waterpark, anak-anak dah tak sabar nak mandi hinggakan nak ajak bergambar di pintu masuk pun dah susah. Punyalah diaorang nak cepat-cepat masuk untuk mandi manda kat dalamnya. Sabar anak oiiii... kasi mak ayah beli tiket masuk dulu eh!

Nak ajak bergambar pun dah susah ni... nampak sangat tahap keterujaan anak-anak.

Apa yang membuatkan kami semakin kagum adalah apabila diberitahu oleh pihak yang bertugas bahawa kami sebagai pengunjung sama sekali tidak perlu membawa masuk wang tunai ke dalam bahagian waterpark bagi menggelakkan masalah keciciran wang dan wallet basah.

Apa yang perlu di buat hanyalah topup dengan sejumlah wang yang akan dilinkkan ke kod tiket masuk yang ada di pergelangan tangan. Konsep ini berfungsi secara 100% so ualls boleh main air sepuas-puasnya dengan perasaan yang lebih aman. Bagi yang tak punya pakaian mandi dan baju tukar, ualls boleh beli dari bahagian giftshop yang terletak betul-betul di pintu masuk (entrance).



Kat sini ada di jual pakain untuk kanak-kanak, lelaki dewasa dan juga wanita. Pakaian mandi dalam bentuk muslimah juga turut ada di sini dalam pelbagai design dan warna. Ualls pilih je mana yang ualls suka mengikut budget masing-masing.


Sebaik saja masuk ke dalam, anak-anak kami semua dah mula melompat suka. Masing-masing dah sangat teruja hendak bermain air. Mujurlah kami telah siap sedia pakai pakaian untuk mandi manda. Ualls sendiri, daku sarankan pakai je pakaian untuk mandi tu siap-siap dan hanya bawa pakaian untuk di tuakr selepas puas bermain air nanti. Dengan cara ini ualls bukan hanya dapat menjimatkan masa malah dapat meringankan sedikit beban pakaian yang perlu di bawa.


Di sini juga telah disediakan peta untuk seluruh kawasan yang ada. Seriously memang sangat luas hinggakan daku sendiri naik pening tak tahu nak main kat bahagian mana tetapi disebabkan sedar diri dengan keadaan semasa yang punya bayi maka daku ambil keputusan untuk berada di kawasan kanak-kanak.



Di setiap bahagian turut disediakan cabana untuk ualls stay rehat-rehat bersama family. Dengan cara ini lebih mudah untuk letak barang-barang peribadi seperti pakaian dan juga untuk ibubapa handle anak kecil. Daku memilih untuk duduk di salah sebuah cabana berhampiran dengan beberapa rakan yang lain supaya dapat mengawasi pergerakan anak-anak kami yang sedang bermain air sambil berbual-bual kosong. Sekali tengok dah macam aktiviti membawang pulak. Kikiki...


Nak tahu permainan apakah sebenarnya yang ada di sini?? Haaa ni dia...

Penguin Island
Glacier River - photo credit Lea Azleeya
Coco Beach - photo credit Najah
Kat Coco Beach ini ada ombak buatan yang sama seolah sedang bermandi manda di pantai lautan yang sebenar. Memang best sangat cumanya ombak tu ada jadual-jadualnya so janganlah marah kalau tetiba ualls sedang mandi tapi takde ombak ketika tu. Mesti kena alert tau!


Itu baru sikit je sedangkan hakikatnya ada banyak lagi mainan lain yang ada kat sana.

5. INILAH ANTARA PIZZA YANG PALING SEDAP PERNAH KU MAKAN

Penat bermain dan berbual, perut mula berbunyi. Jangan risau kerana ualls boleh order pizza yang turut ada di dalam kawasan waterpark tersebut. Makan minum yang ada di jual di sini semestinya ualls hanya perlu membayar secara scanning dengan menggunakan kod tiket masuk yang ada di pergelangan masing-masing seperti yang telah diterangkan tadi. Ualls tak perlu tunggu sebaliknya buat tempahan kemudian buat bayaran dengan cara scan kodbar kemudian boleh kembali main seperti biasa. Nanti pizza akan di hantar terus ke tempat anda.


Dalam banyak-banyak menu pizza yang ada, daku sarankan supaya ualls order Chicken Satay King. Serius sedap!! Harganya juga tersangatlah murah, hanya seperti beli dari tempat pizza lain jer pun. Takde sebarang 'ketuk harga' untuk menu pizza yang ada dijual di dalam bahagian waterpark ini. Alhamdulillah.


Berehat sebentar sambil pekena pizza yang masih panas-panas dengan rasa yang sangat sedap memang sangat best!! Terus terang secara jujur dari lubuk hatiku yang paling dalam, pizza yang di jual di dalam bahagian taman tema air milik Bukit Gambang Resort City ini adalah antara pizza yang paling sedap pernah daku makan. Sebiji tu sekali hadap terus licin okayyy...


Ish ish ish.. tengoklah tu sampai lencun anak-anakku. Dari apa yang daku perhatikan, kat sini bukan hanya ada permainan untuk dewasa bahkan ada juga permainan untuk kanak-kanak malah turut ada kemudahan-kemudahan lain di sini yang boleh digunakan bersama-sama sepanjang menghabiskan masa di sini.

Bagi aku jika setakat beberapa jam memang tak cukup kerana kawasan ini sangat luas dan terdapat pelbagai jenis permainan yang cukup seronok! Tidak hairanlah kenapa Bukit Gambang Resort City ini boleh terkenal dengan waterparknya.

Hampir tiga jam kami habiskan masa di situ namun masih belum puas untuk menerokai semuanya. Mujurlah kami masih ada berbaki selama sehari lebih lagi di situ jika tidak mesti akan kempunan untuk main segala macam aktiviti kat sana. Inipun, anak-anak masih lagi belum puas dan asyik merengek minta di bawa ke sana semula apabila tiba cuti sekolah.



6. MENGELUARKAN PELUH DI ACTIVE ACADEMY

Untuk mengeratkan hubungan supaya menjadi lebih akrab, aktiviti team building adalah antara cara yang terbaik sekali. Kerana itu kami yang sememangnya telah ke sana secara berkumpulan turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti team building dengan menggunakan segala kemudahan yang telah di sediakan. Teruja sangat hati kami apabila di beritahu turut ada bahagian untuk melakukan aktiviti ini yang di gelar sebagai Active Academy.


Aku anggapkan sebagai ini juga adalah sebahagian daripada rahsia yang ada di BGRC kerana daku sememangnya sama sekali tidak menyangka bahawa di sini turut ada aktiviti-aktiviti seperti ini. Bayangkanlah, bukan hanya boleh bermain mandi manda di waterpark bahkan dapat pula mencabar diri dengan aktiviti memanah, paintball, sky trail dan juga flying fox.

Nampak tu bukan main excited masing-masing nak mencabar diri dengan segala aktiviti yang ada di sini. Jangan ingat golongan mak-mak tak berani menyahut cabaran. Cakap pandai tapi hakikatnya daku sendiri gagal nak sempurnakan task sky trail dek kerana gayat. Ketar lulut tau dakkkk.. haha.

Anak-anak kami juga ikut teruja dan turut berpeluang untuk merasai pengalaman bermain paintball dengan menembak ke arah target yang telah di sediakan. 


ATV juga ada tau! Macamanalah kami semua tak teruja tapi daku sendiri agak gementar untuk mencuba semuanya disebabkan diri sendiri yang kurang berani dengan ketinggian.


Dalam banyak-banyak aktiviti yang ada di situ daku paling sukakan aktiviti memanah dan juga flying fox. Rasa puashati sangat-sangat kerana dapat melepaskan tekanan kerja dengan aktiviti sebegini. Kiranya amat sesuailah aktiviti begini di selitkan di dalam percutian di dalam kawasan BGRC kerana ianya mampu memberikan rasa puas di dalam hati kami semua.


Jika sebelum ini ualls dah pernah ke BGRC tetapi hanyalah sekadar bermain air mandi manda di dalam kawasan waterpark sahaja, apakata kali ini ualls cabarkan diri untuk melakukan aktiviti mencabar yang telah sedia menanti di bahagian Active Academy ini. 


7. MENGINTAI BINTANG BUAS DARI DALAM TRAM

Inilah yang dimaksudkan segalanya ada di sini. Berbeza dengan beberapa lokasi percutian yang selalunya hanya menekankan sesuatu tarikan semata-mata sebaliknya BGRC memberi beberapa tarikan dalam satu masa khas untuk memberikan pengalaman percutian sebenar yang menyeronokkan untuk para pelanggan mereka.


Bagi yang sukakan haiwan, di BGRC ini bukan hanya ada haiwan yang agak jinak sebaliknya turut terdapat binatang buas seperti singa, harimau, cheetah dan lain-lain lagi. Untuk melihat binatang buas ini ualls boleh berbuat demikian dengan menaiki tram yang telah disediakan dan nikmatilah segalanya dengan penuh rasa teruja bersama yang tersayang.



Soal keselamatan anda tidak perlu risau kerana di BGRC ini sangat-sangat menekankan tahap keselamatan yang sangat tinggi sebagai contoh telah dipasang pagar elektrik dan juga double gate yang sangat kukuh berserta dengan elektrik juga supaya tidak dapat di tembusi oleh para haiwan yang agak liar ini dengan mudah.


8. MEMASUKI DUNIA HAIWAN DENGAN ATV

Bagi yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, ualls boleh memasuki dunia haiwan yang ada di BGRC dengan menaiki ATV. Dengan menaiki ATV ini ualls bukan hanya boleh merasai pengalaman sebenar memandu ATV yang menyeronokkan ini malah ualls boleh turut melihat sendiri haiwan-haiwan yang ada di BGRC secara lebih dekat lagi.


Ualls bukan hanya boleh naik berseorangan bahkan boleh naik berdua bersama pasangan mahupun rakan. Dengan cara ini akan lebih memudahkan ualls untuk bersiar dengan seronok sambil merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan.


Ualls juga tidak perlu risau kerana ketika aktiviti itu dilakukan telah ada pengiring yang akan membantu ualls di sepanjang pengembaraan tersebut. Apa yang perlu ualls buat hanyalah enjoy!!


9. KEJUTAN DI PREDATOR INSTINCT SHOW

Setelah puas melihat haiwan melalui tram dan ATV, kami telah sempat melihat predator instinct show yang telah berjaya memperlihatkan harimau yang besar dengan beberapa haiwan yang lain. 


Meskipun terhalang dek kaca pameran yang tebal dan kukuh namun, kusss semangat! Takut juga tengok harimau besar gitu.


10. MENGEMBIRAKAN HATI ANAK-ANAK DI WONDERFUL BIRDS DAN MULTI ANIMAL SHOW

Selesai melihat haiwan pemangsa kami terus ke bahagian haiwan yang lebih lucu dan comel-comel. Pada mulanya kami berhajat untuk melihat burung dan spesis monyet yang terkecil sahaja tetapi sebaliknya kami mendapat tahu yang kat situ juga turut ada persembahan yang di beri nama Multi Animal Show. Tanpa berlengah, kami terus ke bahagian persembahan yang telah disediakan.


Semasa sedang melihat persembahan, salah seorang daripada anakku telah di panggil ke atas pentas dan kami sama sekali tidak menyangka yang dia akan berpeluang untuk merasai sendiri memegang seekor ular sawa yang agak besar sizenya. Mujurlah bukan aku, kalau daku sendiri alamatnya terus pengsan tergolek sampai esok. Hahaha..


Antara yang paling happy siapa lagi jika bukan anak-anak. Wajah seronok dengan senyum lebar di wajah mereka semua amat membuatkan kami sebagai ibu dan ayah rasa sangat berpuashati. Bahkan ada dikalangan anak-anak kami yang tidak mahu berganjak dari situ dek kerana ingin melihat haiwan-haiwan terbabit dengan lebih lama. 


11. MENJEJAKI HAIWAN AKTIF DI WAKTU MALAM

Selain daripada melihat haiwan-haiwan yang ada pada waktu siang, ualls juga boleh melihat haiwan yang bergerak aktif pada waktu malam. Antara haiwan yang ada di sini adalah singa putih. Ramai di antara kami yang sangat terkejut dengan bunyi ngauman singa terbabit tetapi bagi daku yang punya anak kecil ni, kami hanya duduk bersantai di salah sebuah kerusi yang telah di sediakan.



12. MAKAN MALAM BERSAMA WHITE LION

Teringin nak lihat singa putih tersebut? Jangan risau... ualls boleh melihat secara terang-terangan malahah dapat terus melihat gelagatnya sambil menikmati makan malam yang best dan super sedap. 
Caranya adalah dengan meluangkan sedikit masa untuk makan malam di Simba Hill Gourmet Hall

Kat sini semuanya ada daripada menu western sehinggalah kepada menu asia. Ketika berada di sana daku telah berpeluang untuk merasai gulai kambing, nasi goreng, kueteau sup, ayam grill dan bermacam jenis makanan lain lagi. Memang sangat sedap dan puashati! Terbaikkk...


13. BER'BBQ' MELIHAT PEMANDANGAN DARI ATAS BUMBUNG

Satu pilihan lagi untuk makan malam yang best adalah dengan cara BBQ. Ualls boleh request dan boleh menikmati makanan sedap dengan konsep BBQ ini di kawasan rooftop. Soal rasa dan persembahan makanan di sini sangat bagus dan semasa sedang naik ke tingkat atas, bau semerbak daging yang di grill terus menusuk ke hidung. Makin best apabila ada menu ikan pari bakar. Ohmy, macam tau-tau je faourite I tu!! Haha... puashati sampai tak boleh nak di suap lagi dah.. kenyangg sangat-sangat...



Suami dan anak-anak sukakan menu kambing grill tapi bagi daku yang tak berapa suka dengan daging kambing masih lagi tetap happy kerana turut disediakan menu ayam grill dengan blackpepper sauce dan juga beberapa sampingan menu lain yang bagi aku semuanya mabeles! Superbbb...

14. MERASAI SUASANA DEBAR DENGAN AFRICAN YABARA FIRE SHOW

African Yabara Fire Show adalah persembahan api pertama yang pernah daku lihat secara berdepan dan terus terang ianya sangat menyeronokkan. Pada mulanya rasa agak berdebar juga kerana takut dek api yang menjulang tu tetapi disebabkan persembahan tersebut di buat dengan konsep agak lucu dan bersahaja maka rasa takut dan berdebar tadi mula hilang sebaliknya berganti dengan rasa seronok dengan penuh gelak tawa.


Bukan setakat anak-anak tetapi kami sebagai ibu bapa juga ikut teruja dengan persembahan ini dan ianya akan kami kenang sebagai pengalaman terindah yang akan kami bawa balik dan simpan selama-lamanya daripada BGRC.

Bergambar kenangan bersama pahlawan api

15. BERGELAK KETAWA DENGAN TARZAN MALAYA

Daripada melihat persembahan api, kami beralih pula kepada persembahan tarzan. Ehhh tetiba ada tarzan pula? Ye.. memang ini adalah salah satu daripada persembahan yang ada kat sini. Rasa suka gelak ketawa ketika di persembahan api tadi kami teruskan kepada persembahan tarzan dan sememangnya ianya juga salah satu kenangan yang akan kami kenang sampai bila-bila.


Jika ke BGRC daku sarankan ualls harus ke Safari Park dan tonton segala macam persembahan yang ada di sana kerana ianya sangat-sangat best dan awesome! Kami sendiri meskipun teruja dengan waterpark tetapi percutian kami di sana rasa telah lengkap hanya setelah melihat segala persembahan yang ada. Rasa puas tersebut makin bertambah apabila semua orang tersenyum lebar dan masing-masing sudah mula membuat rencana ke sana lagi walaupun hakikatnya ketika itu kaki masih lagi berpijak di dalam kawasan BGRC terbabit.


Ualls boleh lihat sendiri senyuman manis yang sedang terukir di wajah kami semua. Itulah dia wajah happy tulus tanda berpuashati kerana dapat merasai percutian sebenar yang amat kami idam-idamkan. 

DI SINI ADA SEGALANYA.....

Kesimpulannya....... jika ualls punya keingingan untuk bercuti tidak kiralah bersama dengan keluarga mahupun rakan-rakan seperti kami ini, daku sarankan ualls memilih Bukit Gambang Resort City sebagai lokasi utama kerana di sini ualls pasti akan berasa puas sepuas puasnya kerana terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan selama ualls berada di sana.

Hebatnya Bukit Gambang Resort City ini adalah disebabkan adanya pelbagai jenis tarikan hinggakan kami sendiri berasa tidak puas untuk menikmati segalanya meskipun telah berada di sana selama beberapa hari.


Adakah kami mahu ke sana lagi? Semestinya YA!! Terus terang Bukit Gambang Resort City telah berjaya menjadi antara lokasi utama yang akan aku repeat semula untuk ke sana di masa akan datang. Bagi daku, inilah antara lokasi percutian yang terbaik bagi pantai timur Malaysia dan meskipun punya anak enam namun di Bukit Gambang Resort City ini kami dapat menikmati sebuah percutian dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, murah dan berbaloi.

Jika tak percaya ualls boleh hubungi terus pihak Bukit Gambang Resort City melalui info di bawah.

Alamat

Bukit Gambang Resort City 26300 Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur ,Malaysia 

No. Telefon

+09-548 8000 ext. 8400 Fax : +609-548 6288 

Email 

bg_waterpark@bgcr.com.my 

Hotline

016-9884768


____________________________________________________

BACA JUGA : 





21 comments for "MEMBONGKAR 15 RAHSIA TERSEMBUNYI DI - BUKIT GAMBANG RESORT CITY"

  1. wow.... 15 rahsia ini harus diterokai....

    ReplyDelete
  2. terbaikkk bercuti di Bukit Gambang Resort City!

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat-tempat nie, dulu saya pun ingat yang Bukit Gambang Resort hanya ada waterpark jea, tapi bila dah terbongkar rahsia nie, nak simpan duit la.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Seronok kan bila dapat bawa keluarga bercuti, nak repeat lagi kesini
    Banyak tarikan yang ada sesuai untuk keluarga,apsangan dan rakan - rakan

    ReplyDelete
  5. wahhh! banyak sangat bila short list macam ni :D

    ReplyDelete
  6. Pernah pergi sekali dgn family tapi dekat kawasan yg haiwan2 je.. Rupanya byk lg kawasan lawa2.. Hui seronoknya tengok gambar bersama rakan2..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya bacaaaa. Yang tak tahan beraninya anak kak awa gendong cik uuuu sis yang seram nengok huhu !

    ReplyDelete
  8. bestnya!! tapi mcm jauh je drpd tmpat saya kt utara ni.. :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  9. ingatkan kat situ ada waterpark jer.. Tak tahu ada lebih dari tu.

    ReplyDelete
  10. seronok weih serius ! memang kena buat aktiviti tahunan untuk bpt. dan semestinya kena plih yg dalam PANTAI TIMUR jugak kan

    ReplyDelete
  11. Bukit Gambang Resort City wajib pergi! berbaloi lagi-lagi bersama mereka tersayang

    ReplyDelete
  12. banyaknya aktiviti di BGR ni..

    ReplyDelete
  13. wow...makin banyak aktiviti sekarang ni kat sana kan...best²

    ReplyDelete
  14. Taun bile ni.. Skrang gi cam x ramei je.. Tram pun aircond cam x rase je.. Makanan kat dlm agak mahal kalo milo pun sampei rm4 hengget lebey segelas.. Sangkar binatang pun byk yg kosong.. Kalo waterpark.. Ok la.. Not bad..

    ReplyDelete
  15. details betul... terasa turut berada di situ di setiap penceritaan yang ditulis ... bgrc memang terbaik

    ReplyDelete