Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menjamu Selera Dengan Jimat Menggunakan Aplikasi McDonald's

Bagi yang telah membaca blog ini pasti ualls perasan yang daku baru je ke McDonald's di Jalan Gambang, Kuantan baru-baru ni tapi di sebabkan anak-anak masih dok minta jasa baik ibu ayah (daku dan suami) ke sana lagi dek kerana tak puas dengan menu baru mereka maka daku dan suami redhakan jua.Cuma kali ini kami tidaklah ke McDonald's di Jalan Gambang, Kuantan sebaliknya kami ambil keputusan untuk ke McDonald's Kok Lanas Kota Bharu Kelantan.

Tiba kat sana, perkara pertama yang ku perasan adalah managernya mempunyai nama yang sama denganku. Dua-duanya HAWA ualls... ehhh macam ada jodoh pulak! Comey sangat orangnya.


Tak nak tunggu lama daku terus ke kaunter. Sampai je kat sana daku terus keluarkan handphone! Haaa nak tahu sebab apa? Kerana dengan handphone kita dapat membuat penjimatan dengan banyak malah boleh dapat burger PERCUMA hanya dengan memuat turun aplikasi McDonald's dari Google Store. Haaaa.. best kan? Itulah siapa suruh ualls tak alert....

Takpe takpe, dont worry.. bagi yang belum muat turun aplikasi tersebut ke handphone, hari ini ualls cepat-cepat download okay but jangan mandai-mandai klik 'redeem' pulak... Redeem tu hanya boleh di klik ketika berada di kaunter semasa sedang membuat pesanan sahaja! Ingat tu tau...


CARA UNTUK MENEBUS BAUCER DARI APPLIKASI MCDONALD'S



Bagi peminat durian D24, ualls boleh order Durian McFlurry dengan potongan diskaun RM1 untuk sekali pesanan.


Terpulanglah ya samada nak dine in (makan situ) ataupun take away (bawa balik). Takde masalah. Cuma kalau nak tebus ni silalah buat pesanan di kaunter, jangan cuba-cuba nak tebus dengan cara drive thru (pandu lalu) pulak.


Daku ni tak tentu... kadang-kadang dine in dan kadang-kadang take away. Tengok keadaan kata orang. Jika super busy giler alamatnya terus drive thru je. Sebab itu daku agak suka dengan restoran McDonald's ni sebabnya ia amat memudahkan daku sebagai ibu yang kadangkala agak sibuk ini. Selain dari tu daku juga suka segala fasiliti yang ada di sana seperti permainan, toilet yang besar, parking yang luas dan tak lupa juga staff-staffnya yang sangat friendly tu.

Sebab lain kenapa McDonald's di hati sudah semestinya disebabkan menunya yang pelbagai. Ada menu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa dalam pelbagai cara dan rasa. Untuk diriku sendiri daku lebih prefer burger GCB dan apple pie.


Manakala Mr.Qamar suamiku lebih sukakan beef burger (tak kisah menu yang mana) dan yang terbaru ni dia dah tahap jatuh cinta dengan burger RIO!





Bukti dia sangat sukakan burger RIO ni hingga sanggup pakai baju Brazil ke McDonald's untuk matchingkan dengan burger RIO favourite terbaru dia tu. Hek elehhhh..... ngadaaaa..... benci!! (dalam hati jeles hahaha)


Yang pasti, di McDonald's segalanya ada dan dari segi makanan itu terpulang pada citarasa ualls sendiri. Makanlah apa yang ualls suka yang pasti ualls boleh luangkan masa dengan happy bersama insan tersayang, ibu ayah dan anak-anak dalam suasana santai yang penuh ceria dan selesa.

bergambar kenangan bersama managernya yang sangat super friendly & sporting

Tetiba pula terbayang burger McDonald's lagi.. hmmmm... masalah ni hahahaha.... anyway, ualls macamana? Suka ke McDonald's tak? Jika suka menu mana yang paling ualls berkenan.. cer citer!!


2 comments for "Menjamu Selera Dengan Jimat Menggunakan Aplikasi McDonald's"

  1. sedapnya. lapa ni. huhu. suka makan mcd sebab cepat dan boleh mengisi perut yang lapar. selama ni makan mcd xpernah lagi order guna apps. sbb xbiasa kot. entahla. tpi burger rio tu mcm sedap

    ReplyDelete
  2. Xpernah lg install apps mcD ni. Nti nk try..

    ReplyDelete