Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RESEPI - KAILAN IKAN MASIN BERKUAH

Di dalam banyak-banyak sayur, daku sukakan sayur jenis berdaun hijau dan salah satu daripadanya adalah kailan. Makin best jika dapat nikmati menu kailan ikan masin bersama nasi panas dan tomyam atau sup. Setahu daku, kailan ni adalah salah satu jenis sayuran yang amat digemari oleh masyarakat cina.

Harga untuk kailan tidaklah semahal mana tetapi untuk memasak menu ikan masin agak memerlukan kos yang lebih dek kerana ikan masin tenggiri jeruk yang harus di beli untuk digabungkan dengan kailan tersebut. 


Walaubagaimanapun, sebenarnya untuk masak menu kailan ikan masin ini tidaklah semestinya menggunakan ikan masin tenggiri jeruk semata-mata. Nak guna ikan masin jenis yang lain pun tak ada salahnya asalkan ikan masin tersebut haruslah dalam bentuk 'agak basah' supaya mudah untuk di tumbuk dan boleh sebati dengan sayur kailan yang akan digunakan nanti. 

Ini adalah contoh ikan masin gelama basah yang daku agak sering juga gunakan untuk memasak kailan ikan masin. At least bila teringin sangat nak makan kailan ikan masin tetapi tiba-tiba susah pula nak dapatkan ikan tenggiri jeruk tu, ualls masih boleh lepaskan hajat dengan membeli ikan kering lain seperti ini.


Cara untuk memasaknya simple dan sangat mudah! Sepantas ABC je dah pun boleh siap. Tapi macam biasa, lain orang lain caranya dan yang akan daku kongsikan di sini seperti biasa adalah di dalam versi super ringkas supaya sesuai untuk mama mama sibuk macam diri aku sendiri.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :


1 ikat sayur kailan , potong dan bersihkan. Batangnya di ketuk sedikit.
1/2 ikan gelama masam @ 1 keping ikan tenggiri jeruk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
4 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula sebagai perasa


Cara-Cara Untuk Memasaknya :


1. Buang tulang dari isi ikan dan terus tumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat menggunakan lesung batu.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan sos tiram dan air, gaul sebati.

4. Akhir sekali masukkan sayur kailan dan masaklah hingga sayur menjadi layu atau sehingga masak sepenuhnya mengikut selera anda sendiri.

5. Letakkan garam dan gula sesedap rasa.



SIAP!! SELAMAT MENCUBA..............







2 comments for "RESEPI - KAILAN IKAN MASIN BERKUAH"