ASSALAMUALAIKUM dari ku yang bernama Siti Awadah.....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di WWW.SISHAWA.COM. Untuk pengetahuan semua, saya berusia sekitar 30an. Berasal dari utara tetapi kini menetap di pantai timur. 

Saya mendapat pendidikan di dalam bidang pengurusan perniagaan dan telah menimba pengalaman di dalam bidang pemasaran selama lebih daripada 10 tahun. Bertahun membina kerjaya akhirnya saya nekad untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Disebabkan sudah terbiasa menjadi seorang yang 'sibuk' maka saya nekad memasuki dunia penulisan blog ini mencipta peluang kerjaya yang baru.

Sesuai dengan status sekarang yang bergelar seorang isteri dan ibu maka saya memilih isu perhubungan, keibubapaan dan gaya hidup sebagai topik utama. Saya juga turut berkongsi kisah semasa, pendapat dan maklumbalas tentang pelbagai produk yang ada di pasaran.

Disebabkan punya pengalaman dalam bidang pemasaran maka saya sentiasa berusaha supaya blog ini mencapai tahap yang telah saya tetapkan. Alhamdulillah berkat kesabaran sebahagian hasil penulisan sudah berjaya menembusi dinding Google untuk berada di carta teratas.

Kini saya membuka peluang pada sesiapa saja yang berminat untuk berkolaborasi melalui medan blog ini.

Jika berminat untuk berkolaborasi, sila emailkan ke:
rosebirumuda@gmail.com


My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa