Tak sangka! Betul-betul tak sangka! Setelah aku share cerita Kisah Benar Hidupku sebanyak 5 part, bukan saja komen baik yang dapat aku terima malah timbul pula permintaan untuk aku tulis novel online di blog ini.

Terkejut! Tergamam! Tersentak! Semua perasaan tu telah bercampur menjadi satu dalam tubuh badan aku masa ni. Tak tahu nak ucap apa melainkan "terima kasih banyak-banyak" kerana sudi menjadi salah seorang pembaca di blog ini.

Sukar untuk aku percaya yang cara penulisan aku dapat di terima baik oleh semua. Terharu rasanya apabila penulisan kita dapat di hargai oleh orang lain.

Berbalik pada permintaan supaya aku menulis novel online, hmmm.. rasanya sis kena fikirkan dulu. Bukannya sis tak mahu menulis cumanya sis masih kurang yakin samada ini suatu cadangan yang baik atau tidak. Jadi untuk mendapatkan satu keputusan, suka untuk aku bertanya pada rakan-rakan blogger yang lain.

Sebagai seseorang yang pernah membaca blog ini, apa pendapat u alls? Perlukah aku menulis sebuah novel online dengan menggunakan cara penulisan yang aku terapkan dalam Kisah Benar Hidupku?

Sis harapkan pendapat yang ikhlas... ikhlas dari hati kalian. Please, help me