Tempahan edit blog seterusnya di minta oleh Liez. Liez membuat tempahan melalui inbox facebook dan Liez inginkan sebuah blog berwarna hitam dan putih. Liez juga mahukan header yang di hiasi dengan bunga tulip. Liez ni memang minat giler dengan bunga tulip.

Setelah mengambil kira apa yang di minta oleh Liez, akhirnya aku mulakan kerja mengedit sebuah template yanga hanya akan di pakai oleh Liez. Bunga tulip berwarna kuning menjadi penarik utama untuk blog ini kerana Liez sendiri beritahu yang dia suka dengan warna kuning. 

Responsive with SEO template menjadi pilihan dan setelah mengodek itu dan ini supaya kena dengan permintaan Liez, akhirnya inilah dia wajah blog Liez selepas di makeover. Alhamdulillah, mujurlah Liez terus berpuashati sebaik saja melihatnya buat kali pertama. :D



Ini wajah blog Liez SEBELUM  di makeover.



dan ini pula wajah blog Liez SELEPAS di makeover. 




Untuk lihat secara live, boleh kunjungi blog Liez di : https://deariescouple.blogspot.my