Alhamdulillah, rezeki datang lagi. Syukur ke hadarat Nya. Tempahan edit blog kali ni di request oleh Nour Adieb. 


Sebelum ni memang aku ada perasan yang Nour sering singgah baca entry dan tinggalkan komen cuma tak sangka yang Nour juga berhajat untuk dapatkan servis dari blog aku yang tak seberapa ni .. "terima kasih banyak-banyak ya Nour..." 

Bila di tanya blog macamana yang Nour nak? Katanya dia nak blog yang simple simple jer. Cuma kalau boleh dia mahu ada bunga-bunga di bahagian header. Itu saja. 

Bila di beri link untuk Nour memilih warna tema untuk blognya, Nour mengambil keputusan untuk memilih dua warna seperti di bawah ni. Bagi aku kombinasi dua warna ni memang baik sebabnya apabila di gabungkan dengan mana-mana warna kontra yang lain, automatik ia akan nampak semakin cantik dan menonjol.


Berbekalkan dua warna asas yang di pilih tadi, aku mula mengedit blog untuk Nour. Bermula dari header, footer, sidebar dan fly up button, aku matchingkan semuanya supaya nampak sedondon. Bahagian date, body post, komen dan footer post turut mengikut skema warna yang di pilih. Cuma aku buat keputusan drastik sikit dengan melekatkan sedikit elemen biru muda. Risau juga mula tu kalau Nour tak suka tapi aku terpaksa letak untuk naikkan seri warna di blog Nour. 

Selepas 24 jam bermain dengan kod, akhirnya tercantum juga menjadi satu. Sebaik saja selesai, aku terus emailkan pada Nour dan alhamdulillah... Nour sangat berpuashati... Syukur sangatttt sangatttt... fuhh.. lega.. Baru lah aku rasa boleh senyum balik sampai ke telinga.. haha..

 Jom kita tengok rupa blog Nour selepas di makeover

[ SEBELUM ]


[ SELEPAS ]



Bagi yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan edit blog macam Nour, boleh hubungi diri sis ni melalui facebook @ email. Jangan risau, harga yang akan sis kenakan teramatlah murah dan berpatutan. Untuk tempahan sepanjang bulan Mac, diskaun RM5 akan turut sis berikan....

Jom kita singgah blog Nour ramai-ramai.... https://nourayuadieb.blogspot.my