Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga siapkan header untuk blog ElsaaliciousSebenarnya Elsa tempah header dari aku ni pada hari Sabtu lepas (04 Mac) tapi di sebabkan ada kecemasan jadi baru hari ini aku dapat submit pada Elsa.

Elsa mahukan sebuah header yang simple tapi bertemakan 'musim sejuk', ye lah dah namapun Elsa kan? Semestinya musim sejuk lah. Ala ala frozen gitu.

Risau juga masa submit pada Elsa tadi tapi bila saja Elsa lihat headernya dia terus reply


Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat bila Elsa setuju dan berpuashati. Seronok sangat bila dapat feedback yang begini. Disebabkan kelewatan, aku turut kasi watermark sebagai freegift pada Elsa. At least takde la rasa bersalah sangat sebab Elsa terpaksa tunggu lebih lama dari masa yang di janjikan.


Bagaimanakah rupa header dan watermark baru untuk blog Elsa? Sama-sama kita nantikan apabila Elsa upload ke blog nya nanti ya. Buat masa ni Elsa belum tukar lagi jadi biar kasi suprise dulu la ya.

Pada rakan blogger lain, jika mahukan header baru macam Elsa, boleh hubungi sis melalui inbox facebook atau email. Harga untuk header hanyalah RM5 dan harga untuk watermark pula RM3.

Terima Kasih! :D