Assalamualaikum ualls...

1st of all aku nak minta maaf seandainya ualls akan mengalami simptom simptom pelik seperti muntah hijau, geli geleman dan lain-lain yang seangkatan dengannya selepas membaca entry aku kali ini. Aku kasi warning awal-awal jadi aku tak akan bertanggungjawab sama sekali atas apa yang bakal terjadi ke atas ualls selepas habis baca keseluruhan entry ni...

Hari ni aku nak share apa yang orang lain cakap tentang blog aku ni. Biarlah kalau ada yang nak anggap aku jenis makan puji pun.. Tapi bila puji blog bermakna puji ownernya lah kan? Kikiki... (perasan!! tak malu betoi....!! wakaka.... )

Ye ke aku perasan? Rasanya tak kot... sebabnya pujian yang aku cakapkan kat sini bukanlah kepujian tentang hasil kerja aku mencantikkan blog tetapi adalah kepujian atas sikap aku terhadap mereka selama ni. Rasanya memang tak boleh nak di gambarkan. Happy giler..

Inilah antara kata-kata yang mereka tujukan pada aku di entry... sukacita aku maklumkan yang semua ayat yang mereka tulis tu adalah tanpa apa-apa rasuah pun dari aku ye.. Aku sendiri baru tahu lepas baca semuanya di entry blog diaorang... Aku ni bukannya mak nujum boleh tahu apa orang rasa jadi hanya selepas semuanya di tulis barulah aku boleh paham... :D

-kata-kata dari ELSALICOUS

Aku kenal Elsa di sebabkan blogwalking. Dia antara blogger yang cukup rajin singgah di blog aku. Selain di blog dia ada juga pm aku kat facebook. Aku anggap Elsa ni dah macam adik-adik aku. Ye lah dia kan muda lagi sedangkan aku ni dah 30++. Jauh jugak jarak umur aku dan dia tapi alhamdulillah kami berdua boleh get along.

- kata-kata dari SISGEE DOT COM

Aku kenal SisGee di sebabkan servis edit blog beberapa bulan yang lalu. Kebetulan dia mesej aku bertanyakan tentang servis makeover yang aku buat. Bila makin hari makin mesej tu, eh rasa macam ada persamaan pula antara aku dan dia. Maybe sebab kami sama-sama ibu dengan bilangan anak yang agak ramai agaknya. Kami juga merupakan surirumah sepenuh masa dan rutin kehidupan seharian kami juga adalah hampir sama.

Bermula dari hanya beri servis edit blog, kami mula bertukar-tukar pendapat. Aku juga ada beri beberapa tips cara untuk naikkan blog pada beliau. Yang membuatkan aku makin terharu adalah apabila SisGee menggunakan semua idea dan tips yang telah aku berikan pada dia tu.

Sekarang ni aku lihat SisGee makin happy dengan dunia blogging. Aku harap blognya akan menjadi makin sukses dari hari ke hari InshaaAlllah.


- kata-kata dari SULAMAN COMEL DOT COM

Blog ini di miliki oleh KakNoor. Aku dan Kaknoor baru je kenal sebenarnya sebab Kaknoor ni bukannya seorang blogger sebaliknya beliau adalah seorang peniaga online yang aktif dalam bidang sulaman tuala yang comel-comel. Cara aku mula berkenalan dengan KakNoor adalah sama sebagaimana aku kenal SisGee tadi. Ya! Kaknoor juga adalah salah seorang pelanggan yang sudi menggunakan servis edit blog yang aku tawarkan demi untuk memperkenalkan lagi perniagaannya pada umum.

Di sebabkan KakNoor belum biasa dengan blog maka aku pun ajarlah sikit-sikit cara untuk menggunakan blog ni. Aku juga ada memberikan tips-tips cara untuk perkenalkan blog beliau pada umum. Aku ni takde lah terror sangat tapi kebetulan aku juga merupakan bekas seller online jadi bolehlah aku berikan beberapa panduan untuk bantu KakNoor.


SISHAWA SEORANG YANG FRIENDLY!

Ini adalah kata-kata dari Yana, pemilik kepada blog Cik Cappucino Latte (minuman favourite aku ni)... dan memang betul pun yang aku ini seorang yang agak friendly. Maybe sebab tu ramai yang suka berborak dengan aku kot. Tapi tahap friendly aku ni bukannya di tahap yang terlalu ekstrem sehinggakan aku boleh merapatkan diri dengan sesiapa saja ya. Aku juga bukannya di tahap terlalu friendly hingga sanggup membantu segala pertanyaan dari siapa saja macam sebuah kaunter pertanyaan costumer service. Kot ya pun agak-agaklah kan? Nak berkawan dengan orang bukannya boleh main redah jer.. hihi... itu sengaja cari pasal namanya,...

Aku boleh berkawan baik dengan siapa saja yang boleh menerima aku dengan baik. Soal ramah ke tidak itu persoalan nombor dua, yang penting ikhlas.... Jika ualls seorang yang ikhlas dan mudah merendah diri aku yakin ualls mesti boleh ngam dengan aku.

Tak tahu lah sebab apa tapi memang sejak dari dulu lagi, aku cukup tak suka dengan orang yang sombong dan meninggi diri. Bagi aku lebih elok bersikap seperti padi yang semakin berisi, semakin menunduk ke tanah. Sebab tu pada mulanya aku agak risau nak menegur blogger-blogger lama ni. Ye lah aku siapa? Mereka tu pula siapa?

Tapi.... itu pandangan aku masa mula-mula berblog dulu jer. Sekarang ni aku mula berbaik dengan semua para blogger dan alhamdulilah rupanya tak semua blogger lama ni berperangai sombong macam tu. (memang ada blogger yang sombong giler tapi hanya segelintir saja...)

Walaubagaimanapun aku juga nak minta maaf sangat-sangat sekiranya ada yang berkecil hati atau tak senang dengan aku. Ye lah mana tahu ualls mesej aku lambat reply ke apa ke sebabnya aku ni kan keja design blog jadi kalau aku tengah busy memang aku off abis semua chatbox. Kalau aku tak off alamatnya sampai ke sudah aku akan asyik melayan sembang... hahaha...


TERIMA KASIH...
hanya ini ucapan yang mampu aku ucapkan pada ualls semua yang sering mendoakan aku selama ni. Walaupun kita semua ni hanya berhubung di alamaya tapi honestly aku cukup terharu dengan layanan ualls semua terhadap aku selama ni. Terima kasih juga semua pelanggan dan PR yang sudi berkerjasama dengan aku selama ni.

Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian,... dan jangan lupa doakan moga aku selamat bersalin nanti ya,. Ameen :D

*** Macamana? ada rasa nak muntah tak? Kalau ya lekas lekas lari gi toilet ye! hahaha


" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"