Assalamualaikum ualls..
Aku nak tanya, ualls perasan tak ada info menular di media social sejak beberapa hari yang lalu tentang produk Johnson & Johnson?  Kata mereka, produk dari jenama terkenal ini mengandungi satu bahan yang boleh menyebabkan kanser.


Sebenarnya isu ini sudah lama. Malah isu ni sudah gah di kongsikan pada umum sejak tahun lepas setelah tampilnya beberapa orang pengguna yang mendakwa mereka menghidapi kanser ovari selepas menggunakan produk penjagaan diri yang di keluarkan oleh jenama syarikat terbabit tetapi tidak semua sebaliknya adalah BEDAK TALKUM.

Antara pengguna yang berjaya mendapat pampasan dengan arahan mahkamah Amerika Syarikat adalah Gloria Ristesund.

Perbicaraan yang berlangsung selama tiga minggu itu mengarahkan syarikat terbabit memberi pampasan AS$5 juta ganti rugi dan AS$50 juta ganti rugi dalaman kepada Gloria. Jumlah keseluruhan yang di terima oleh Gloria adalah sebanyak AS$55juta.


Ekoran pendedahan tersebut, syarikat pengeluaran produk kebersihan dan penjagaan kanak-kanak itu terpaksa berdepan tindakan saman daripada 1,200 orang kerana di dakwa gagal memberi mesej peringatan kepada pengguna mengenai risiko kanser akibat produk syarikat tersebut.

Walaubagaimanapun, kes-kes itu berada dalam siasatan kerana terdapat laporan yang menyatakan bahawa syarikat tersebut sedang dalam proses untuk melawan semula kenyataan-kenyataan itu. Syarikat itu mahu terus mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan dan mempertahankan kualiti produk keluarannya.

BUKTI ISU INI SUDAH LAMA BERLAKU

Perkongsian di Youtube

Kecoh seluruh dunia apabila berlakunya kes saman menyaman terbabit dan Malaysia turut sama berasa risau kerana produk terbabit semestinya agak terkenal di sini. Contohnya sebagaimana yang di terangkan di dalam artikel yang bertarikh 25 FEBRUARI 2016 ini.

Baca artikel penuh >> DI SINI <<

Namun tidak lama selepas itu, keluar pula kenyataan bahawa produk di bawah jenama ini selamat untuk di gunakan. Contohnya seperti di dalam artikel yang bertarikh 12 MAC 2016 ini.

Baca penuh `>> DI SINI <<



KENAPA ISU INI BANGKIT KEMBALI?
Ini di sebabkan pihak syarikat sekali lagi terpaksa akur dengan keputusan mahkamah dengan membayar pampasan sebanyak AS$417 juta (RM1.776 billion) kepada salah seorang daripada pengguna produknya sekali lagi. Pengguna yang berjaya mendapat pampasan kali ini adalah Eva Echeverria. Eva dikatakan terpaksa berhadapan dengan risiko menghidap kanser ovari setelah menggunakan Johnson & Johnson Baby Powder dalam tempoh 50 tahun.


Eva Echeverria, 63, dari Los Angeles berkata, dia menggunakan bedak jenama itu untuk menjaga kebersihan dirinya sejak berusia 11 tahun, lapor CNN.
Antara website yang sedang memberi info tentang hal ini adalah TRUEFEED menerusi sebuah artikel yang bertarikh 03 NOV 2017.


Boleh baca penuh di sini >> http://truefeed.info/2017/11/03/johnson-johnson-finally-admits-baby-products-contain-cancer-causing-ingredients/





JANGAN KELIRU... 

Produk yang dimaksudkan di sini bukannya semua sebaliknya BEDAK TALKUM dan punca ini berlaku adalah disebabkan suka pakai bedak talkum dalam bentuk debu ini pada pada tempat sensitif itu juga sedangkan sepatutnya bedak sebegini tidak patut di letakkan pada tempat sensitif tersebut. Kesilapan yang terjadi dan perlu di tanggung oleh J&J adalah disebabkan kesilapan kerana tidak meletakkan tanda amaran bahawa BEDAK TALKUM ini tidak boleh dipakai pada tempat sensitif itu dan jika dipakai juga maka akan boleh mengundang bahaya.
SENTIASA BACA DETAIL PRODUK DI LABEL SEBELUM MEMBELI.. SEDIHNYA ADA PART YANG MASIH SUSAH NAK FAHAM SEBAB TERLALU BANYAK ISTILAH, CODE DAN AYAT SAINTIFIK YANG DI GUNAKAN.. HUHU..