Setiap pasangan yang telah bernikah, bukan berkahwin tetapi bernikah yakni dengan adanya ijab dan kabul yang sah semestinya akan melakukan hubungan mesra terutamanya pada malam pertama. 


Di dalam Islam topik berkaitan ini bukanlah sesuatu hal yang tidak patut di bicarakan sama sekali malahan terdapat beberapa perkara sunat berkaitan persetubuhan mengikut Islam yang harus dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri.

Antara langkah untuk melakukan persetubuhan berlandaskan Islam adalah....

1. Suci daripada hadas kecil.

2. Sunat untuk mengambil air sembahyang terlebih dahulu. 
3. Bersihkan diri sepenuhnya (mandi) dan pakailah wangi-wangian.
4. Berdandan dan kenakan pakaian yang 'special'
5. Sunat melakukan persetubuhan pada malam Isnin dan malam Jumaat. 
6. Sunat bersama di waktu yang bersedia (tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang)
7. Sunat bersama dengan di mulai oleh cumbuan.
8. Sunat bersama di dalam satu selimut (tidak boleh tanpa bertutup sama sekali.)
9. Sunat membaca Bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersama.
10. Setelah selesai, segerakan mandi junub. Jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat untuk membasuh bahagian sulit dan mengambil wudhu'.
Moga-moga dengan panduan ini kita akan beroleh anak yang soleh dan solehan dan semoga juga rasa cinta antara suami dan isteri itu akan kekal sehingga ke jannah... 
Ameen




Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.