Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BBB2019 - Bintang Bersama Bintang - CARA BAGI UNDI

Jika tahun lalu rancangan ini menyaksikan Mark Adam dinobatkan sebagai juara BBB, pada kali ini Mark Adam akan bergandingan bersama otai terkenal, Saiful Apek sebagai juri tetap BBB 2019. Seperti tahun berikutnya, juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di lamanweb undian.


Pentas BBB pada kali ini diwarnai dengan wajah baru iaitu Elly Mazlein sebagai hos dan peserta baru seperti Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Namun, penonton masih tetap dihiburkan dengan aksi lawak tak kering gusi oleh Achey dan Shuk. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat bergandingan dengan seorang selebriti jemputan pada setiap minggu untuk memeriahkan lagi pentas BBB 2019. 

BBB akan mula bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. 
“Setiap minggu kita akan tampilkan sketsa yang “fresh” dan artis jemputan yang berbeza, saya rasa teruja untuk membuat latihan dan persembahan live dengan artis jemputan. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik” kata Achey.

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahadjam 6.00 petang diTV3. 



BAGAIMANA CARA UNTUK UNDI? 

Mudah saja... anda hanya perlu layari lamanweb https://www.xtra.com.my/ms/bbb2019 dan klik pada peserta yang ingin anda berikan undi. Seorang hanya boleh mengundi 1 kali sahaja!!



BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!


Terima Kasih Sudi Singgah. jika ada masa jemput baca juga topik di bawah :












14 comments for "BBB2019 - Bintang Bersama Bintang - CARA BAGI UNDI "

  1. Salam... Maaf.. anda di tag

    http://www.mohdnoorshawals.com/2018/02/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete
  2. Tak tengok pun rancangan ni hihihihi x ingat sokmo

    ReplyDelete
  3. alaa ade Mark Adam la hehe.. dia tu bukak mulut je da lawak. dari penyanyi ha.. jadi pelawak da. Ajak pun best jugak..

    ReplyDelete
  4. Mark Adam tgok Sja bayagan dia rsa hti dah mula gelak geli lucu sdar2 air mata ku terkeluar x boleh tahan lucu nak mmpos❤❤❤Good luck Mark Adam😂

    ReplyDelete
  5. Mark Adam 😂😂😂 msuk je x than air mata terkeluar mcm tu Sja lucu gila❤Mark Adam go go go 😂😂😂

    ReplyDelete