MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

CONTOHI ADAB MAKAN MINUM MENGIKUT CARA RASULLAH

Sebagai seorang muslim, semestinya kita seumua sudah tahu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah idola yang paling hebat untuk kita semua. Rasulullah SAW bukan hanya memberi panduan pada kita bagaimana untuk hidup selamat dunia akhirat malah juga cara untuk jalani kehidupan seharian dengan gaya yang betul dan sihat.

Di bawah ini ku senaraikan beberapa Adab makan dan minum mengikut sunnah Nabi.

ADAB MAKAN 
- BASUH TANGAN SEBELUM MAKAN
Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).

- MEMBACA BISMILLAH / DOA MAKAN
Sabda Nabi SAW  yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." 

Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"
 (Hadis Riwayat Muslim)

- BERKUMPUL SEMASA MAKAN


- MENYUAP MAKANAN DENGAN TANGAN KANAN
ketika makan, wajib makan dengan menggunakan tangan kanan walaupun makan dengan menggunakan sudu. Sekiranya makan dengan tangan kanan dan ketika itu terasa seperti hendak minum air maka air di dalam gelas atau cawan tersebut boleh di minum dengan menggunakan tangan kiri tetapi haruslah dengan cara berlapik dengan tangan kanan.

- AMBIL LAUK PAUK YANG MENGIRINGI
Ambil lauk pauk yang paling hampir dengan kita terlebih dahulu kemudian barulah ambil lauk pauk yang lebih jauh pula.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."
(Hadis Riwayat Bukhari).

- MAKAN BERMULA DARI TEPI
Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang berdekatan dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (kebawah)" (Hadis Riwayat Abu Daud).


- JANGAN TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.
Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)

MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Mengikut Jaabir B. Abdullah RA.... Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)

ADAB MINUM
1 - “Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

Kita rakyat Malaysia makan dengan tangan. Maka, apabila makan tangan kanan akan kotor. Jika sedang makan, tiba-tiba tersedak... tak sempat nak basuh tangan untuk minum dengan tangan kanan. Jadi bagaimana?

Caranya, angkat gelas dengan tangan kiri, lapik bawah permukaan gelas dengan tangan kanan dan halakan ke mulut dengan cara menolak ke mulut dengan menggunakan tangan kanan yang di bawah itu. Jangan turunkan tangan kanan itu sepanjang sedang minum.


2 - Tidak kira minum secara terus atau dengan menggunakan straw, jangan terus di teguk atau menelan air tersebut secara berpanjangan dengan sekali teguk. Cara yang betul adalah, teguk sedikit air dan ucapknan Alhamdulillah. Kemudian teguk lagi untuk kali yang ke dua dan ucapkan Alhamdulillah. Akhir sekali lakukan untuk tegukan ke tiga dengan cara yang sama. Untuk tegukan ke empat boleh lah di teguk air tersebut sehingga habis jika mahu.

Mengikut saintifik bagus untuk paru-paru kerana paru-paru kita kembang dan kuncup. Jika terus minum sekaligus boleh menyebabkan sesak nafas.


3 - Jangan minum secara terus daripada bekas yang besar seperti jag dan lain-lain. Terutama bekas dengan permukaan yang besar ini kerana....

Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)

SELEPAS MAKAN & MINUM

MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN

Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).




Jom kita sama-sama cuba praktikkan untuk makan dan minum dengan mengikut cara Rasulullah SAW




1 comment:

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY