MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

PERTEMUAN ADMIN UTAMA TEAMBPT - BLOGGER PANTAI TIMUR

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, pada hari Jumaat 09.02.2018 terciptalah sejarah apabila bertemunya secara berdepan dua orang pengasas utama untuk #teambpt #bloggerpantaitimur. Orang yang aku maksudkan siapa lagi kalau bukan aku dan Sis Gee. Bermula hanya dengan ikatan sebagai seorang pengedit blog dan pelanggan kini telah bertukar sepenuhnya menjadi rakan karib yang bukan hanya berjanji untuk bersatu malah sudah seperti kembar yang akan berjuang bersusah payah bersama di dalam dunia penulisan blog ini.

Pertemuan kami berlaku sekitar jam 4.15petang bertempat di JL Fara Crab. Selain kami berdua, Mek Yuni turut ada bersama untuk ambil kesempatan ni bertemu dengan Sis Gee yang telah sanggup datang bersama keluarganya dari Terengganu Darul Iman.


Teruja rasa di hati apabila dapat bertentang mata dan terasa amat berpuashati juga kerana kami semakin dapat di terima oleh orang ramai di luar sana. Terus terang kami sangat-sangat berterima kasih kerana ramai yang sudi memandang pada kami yang tidak seberapanya ini.

Keterbukaan hati pihak-pihak di luar sana yang sudi berkerjasama membuatkan hati kami berasa amat gembira dan berbesar hati dan secara tidak langsung ia dapat membuktikan bahawa platform media berdasarkan blog ini sebenarnya semakin di kenali ramai oleh banyak pihak di luar sana.


SUAMI & ANAK PENYOKONG SETIA DARI BELAKANG
Pada mulanya aku tidak pernah membayangkan yang kerjaya menulis blog ini benar-benar dapat membantu meningkatkan taraf hidup aku dan keluarga. Namun itulah hakikatnya yang terjadi. Disebabkan itu aku dan Sis Gee yang hanya bergelar surirumah sebelum ini berusaha untuk membuktikan yang blog juga boleh di angkat sebagai satu peluang menjana pendapatan daripada rumah jika di usahakan tanpa jemu dengan cara yang betul.

Hasilnya, kini suami-suami kami telah memberi keizinan penuh malah sanggup berkorban masa dan tenaga menyokong kami dari belakang sedaya yang mereka mampu. Buktinya, mereka bukan hanya sudi mengambil cuti untuk menemani kami menghadiri aktiviti luar yang berkaitan dengan blogger malahan turut memberi pertolongan lain seperti membantu jagakan anak-anak, membuat kad bisnes, mengambil gambar yang sesuai, membantu mewar-warkan tentang #teambpt pada kenalan mereka malah menjadi pengkritik kepada penulisan kami sendiri.

MR.ADIE, suami Sis Gee sedang bantu siapkan bisnes card untuk aku dan isterinya. " TQSM Abg Adie, lainkali tolong kami lagi ye.. =D "

Suami dan anak-anak adalah pemberi semangat pada kami. Terutama pada aku dan Sis Gee yang berperanan sebagai surirumah sepenuh masa sebelum ini. Keakraban yang tercetus bukan hanya terlihat pada aku, Sis Gee dan Mek Yuni malah pada anak-anak kami juga. Suami dan anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan baik walau hakikatnya baru bertemu buat pertama kali.


HADIAH KENANG KENANGAN
Terbalik!! Betul-betul terbalik!! Sepatutnya tuan rumah yang perlu sediakan hadiah sebagai tanda alu-aluan kepada si tetamu tetapi beralih pula situasi yang berlaku di antara aku dan Sis Gee. Bukan aku yang beri hadiah pada beliau sebaliknya dia yang beri hadiah pada aku.

Inilah hadiah-hadiahnya....

  • Produk kecantikan daripada MEDISPA Terengganu
  • Beg baby jenama Fiffy untuk kegunaan Kasih Sufi
  • Business Card yang di print sendiri oleh Abang Adie


DOA DAN HARAPAN
Dengan ini, maka terbuktilah bahawa pasukan Blogger Pantai Timur ini benar-benar wujud dan akan semakin berkembang dari masa ke semasa terutama untuk event event sekitar bumi Pantai Timur Malaysia ini. Doa dan harapan semoga kami akan terus di kenali dari masa ke semasa demi untuk menyampaikan info tips dan ilmu untuk para pembaca di luar sana.

Kami juga turut mengalu-alukan apa-apa cadangan dan tawaran untuk berkerjasama dan lain-lain lagi. Jika berminat bolehlah hubungi admin utama yang juga merupakan pengasas kepada #teambpt iaitu saya sendiri, Siti Awadah (www.sishawa.com) melalui email : rosebirumuda@gmail.com 


TERIMA KASIH
Terima kasih atas segalanya... pertama sekali semestinya untuk Dia Yang Maha Esa kerana telah membuka jalan dan idea untuk kami wujudkan pasukan ini pada tahun 2017 yang lalu.

Terima kasih pada Sis Gee dan keluarga kerana sudi datang ke Kelantan untuk menjayakan pertemuan ini.

Terima kasih juga pada suami, anak-anak dan rakan blogger yang lain kerana sentiasa memberi semnagat dan mendoakan kami untuk terus bersemangat dan berjuang. Walau semakin berkembang dan di kenali namun pegangan slogan "Blogger Berudu Bilis" akan terus di pegang supaya kami sentiasa sedar bahawa ini semua adalah anugerah daripada NYA Yang Maha Esa semata-mata.

Kami menulis adalah untuk memberi info dan bantuan untuk pembaca di luar sana bukannya demi untuk jadi terkenal dengan menyampaikan berita yang tidak sepatutnya. Ameen...



5 comments:

  1. Apehal tetiba sebak semacam perasaan ira bila baca ni hahaha aduyai. All the best admin ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH!!Entry surprise ni!!Thank you Sis Hawa sebab be with me ajar semua pasal blog dan juga pasal LIFE.In syaa Allah selagi niat kita betul, Allah permudahkan semuanya. Tinggal usaha, doa, tawakal. Thank you semua yang support TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR walaupun korang bukan dari team kami. semoga keakraban kita semua berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..bertemu jua akhirnya..:)

    jemput baca dan komen :https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah.. harap dapat berjumpa gak gak sis awa n semua hihihihi

    ReplyDelete
  5. Alhmdulillah. Sama sama kita usaha untuk naikkan bpt.
    Ap yg mek boleh bntu, mek bantu.
    Korang full time blogger memang kena cekal lebih. Dn mek akn support tu insyaAllah

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY