MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

Sebab Mengapa Susu kambing ellVita VACHOC 10 PLUS Sedap Dan Terbaik!

Mengapa Susu kambing ellVita VACHOC 10 PLUS dikatakan Sedap Dan Terbaik? Nak tahu apa sebabnya? Mari sini nak terangkan. Susu kambing yang segar sememangnya amat di yakini ramai bahawa ianya dapat memberi manfaat dan  khasiat. Namun tidak dinafikan masih ramai di luar sana tidak berani dan masih lagi takut-takut untuk mencuba susu kambing segar ini. Apa tidaknya, susu kambing kan lebih berbau tetapi sebenarnya soal bau sama sekali telah berjaya di atasi. Bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat kita zaman sekarang yang semuanya nak cepat, bagus dan terbaik maka susu kambing juga sudah berjaya di proses supaya menjadi suatu produk baru yang amat menepati kriteria yang kita cari selama ini. Maka tidak ada lagi masalah bau hamis sepenuhnya seperti yang di takutkan tu. 

Antara produk terbaik yang berasaskan susu kambing dengan rasa dan bau yang menyelerakan semestinya adalah ELLVITA VACHOC 10 PLUS


KENAPA MESTI SUSU KAMBING?
  • Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari

KENAPA SUSU KAMBING TERBAIK SELEPAS SUSU IBU?

1. Susu Kambing Lebih Mudah Di Hadam
Meskipun kandungan sesetengah nutrisi dan khasiat yang terdapat di dalam susu kambing adalah lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan susu lembu, namun ianya lebih mudah untuk di hadam oleh tubuh badan kita. Masa yang di perlukan oleh tubuh badan untuk mencerna semua nutrisi yang dibekalkan oleh susu kambing ini hanyalah 20 minit sahaja dan ternyata masa itu cukup pantas jika hendak di bandingkan dengan susu lembu yang mengambil masa hampir dua jam atau lebih. 
Susu kambing juga turut mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, dan mudah untuk di hadam berbanding susu lembu. Kandungan ini sangat baik untuk diet kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus, maka ianya sangat sesuai untuk digunakan bagi membantu mengatasi masalah ulcer dan gastrik.  
Susu kambing ellVita VACHOC 10 PLUS - sesuai untuk seisi keluarga

2. Susu Kambing Bersifat Alkali
Bersifat alkali ini bermaksud ianya dapat bertindak untuk melawan virus di dalam tubuh badan kita. Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali sama seperti susu ibu berbanding dengan susu lembu, kerana itu ia boleh bertindak untuk membantu meneutralkan kembali asid di dalam badan.
VACHOC - Susu Kambing Berperasa Vanila Coklat

3. Tidak Menyebabkan Alahan
Kajian menunjukkan bahawa orang yang alah kepada susu lembu adalah disebabkan oleh satu protein yang dikenali sebagai Aplha-S1-casein. Dan Susu kambing kurang mengandungi kandungan protein tersebut maka bagi mereka yang mengalami alahan terhadap susu lembu bolehlah beralih kepada susu kambing. Ianya sangat sesuai untuk di gunakan terhadap mereka terutamanya kanak-kanak yang tidak dapat menerima susu lembu. Antara simptom yang di tunjukkan jika mengalami alahan ini adalah cirit birit dan muntah.
4. Khasiat Tetap Tidak Berubah Walau Di Proses & Di Sejukkan
Walau disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiat dan kualiti susu kambing tetap sama dan tidak berubah. Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak. Kerana itu susu kambing ini boleh di oleh mengikut kreativiti sendiri untuk di jadikan bahan makanan lain seperti aiskrim, kek, pencuci mulut dan sebagainya. Apa yang lebih penting khasiat yang ada dapat di salurkan sehingga sampai kepada si peminumnya terutama sekali kanak-kanak yang amat cerewet terhadap makanan.


5. Susu Kambing Mempunyai Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.  
KENAPA PERLU MEMILIH SUSU KAMBING VACHOC 10 PLUS?
Susu kambing Ellvita Vachoc 10 Plus ini bukan hanya sedap dan menyelerakan malah ianya juga amat berkhasiat dan boleh diminum bersama seisi keluarga. Di sebabkan bahan yang di gunakannya ternyata suci, bersih, halal dan semulajadi tanpa sebarang bahan terlarang maka ia turut  boleh di amalkan oleh ibu mengandung dan kanak-kanak. 100% ORGANIK!! Bukan mudah nak cari produk sebegini.

Cara untuk menyediakannya sudah semestinya tersangatlah mudah. Ualls hanya perlu sediakan air, sudu dan mug jer. Apa yang perlu di buat hanyalah bukakan sachet, tuang ke dalam mug, masukkan air dan kemdian kacau. Tak perlu lagi nak letak itu ini sebabnya rasanya dah sedang elok cukup manis, cukup rasa, cukup itu cukup ini. Tapi kalau ualls nak tambah dengan bahan lain seperti oat atau nestum, itu atas kreativiti ualls sendirilah. Aku sendiri suka juga letakkan nestum untuk dijadikan sebagai menu minum pagi yang lebih lengkap dan mengenyangkan. 


Ia boleh di minum pada bila-bila masa yang kita suka. Aku suka menggunakan dua paket bagi setiap kali bancuhan kerana aku sukakan air yang lebih pekat supaya terasa lebih puas ketika di minum. Perasa yang digunakan pula adalah vanila coklat. Hmmmm bila sebut vanila coklat mesti ualls dah boleh bayangkan bagaimana rasanya kan? Of courselah sedap beb! Yummylicious..... 


Boleh Nikmati Dengan Pelbagai Cara 

Percaya atau tidak, produk ini bukan hanya boleh diminum begitu saja dalam bancuhan sejuk atau suam malah boleh juga di gunakan sebagai bahan masakan untuk menggantikan coklat atau serbuk koko seperti yang sering di beli di pasaran. 


Antara menu yang boleh di buat menggunakan produk ini adalah kek dan pencuci mulut.



TESTIMONI PENGGUNA



TESTIMONI DIRI SENDIRI
Aku seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya kepada Kasih yang berusia 3 bulan. Setelah menggunakan Ellvita Vachoc 10 Plus susu ibu menjadi semakin banyak. Apa yang lebih mengujakan aku bukan hanya minum seorang diri malah bersama keluarga termasuk Awwal yang kini berusia 2 1/2 tahun. 

Kesimpulannya, produk ini benar-benar berjaya memberi manfaat pada semua golongan dari kanak-kanak, ibu menyusu dan sebagainya. Apabila satu produk boleh di minum sekeluarga sudah tentu dapat menjimatkan kewangan juga kan? Sebagai ibu kita juga tidak lagi perlu pening kepala mencari apakah produk untuk semua ahli keluarga.


Ellvita Vachoc 10 Plus, satu produk untuk satu keluarga. Dapatkan segera hari ini!! Anda pasti akan jatuh cinta dan berpuashati.

 Website: www.ellvita.com

Hotline: 019-2020 911

3 comments:

  1. tengok susu kambing ni macam sedap je hawa,lagi pulak dia banyak kelebihan bila minum kan...

    ReplyDelete
  2. sedap ke susu tu x bau hamis ke

    ReplyDelete
  3. Teringin nak cuba perisa coklat ni... Nanti nak order la...

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY