Riuh rendah komuniti facebook apabila mendapat satu video bertajuk A WORLD WITHOUT FACEBOOK yang merupakan pengumuman bahawa facebook akan dikenakan bayaran dan jika mahu gunakan secara free maka perlu share video terbabit pada 9 rakan yang lain. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan facebook di tutup buat selama-lamanya.

Video tersebut dimuatnaik bermula 30 Mac 2018 ini oleh sebuah akaun di laman facebook yang bernama 'Video Of The Internet'.

Sebanyak 23 juta penonton telah melihat video terbabit dan sebanyak hampir 200k kongsian telah di buat menyebabkan ramai komuniti di facebook telah mendapat mesej ni.


Inilah video tersebut.....

Walaubagaimanapun, tidak semua yang menonton percaya dengan perkara ini. Ia di katakan hanyalah rekaan semata-mata dengan cara mengedit video tersebut pada bahagian 'mulut Zuck' dengan meletakkan mulut si pencerita yang semestinya tampak berbeza dan pelik dengan wajah asal Zuck. Gerakan mulut sama sekali tidak sama dengan wajah Zuck dan suara yang digunakan untuk video itu juga semestinya bukan suara Zuck.
Tambahan pula, berita `pemadaman facebook` ini sama sekali tidak ada di halaman utama milik FACEBOOK itu sendiri. 
Disebabkan tidak semua orang di komuniti Facebook mempercayai, akhirnya si pemuatnaik video ini iaitu 'Video Of The Internet' itu tadi mengaku secara terang terangan di bahagian komen video terbabit bahawa benarlah yang ini semua hanyalah rekaan sekadar untuk bergurau saja semata-mata.

Akibatnya, ada yang suka dan ada juga yang marah. Walaubagaimanpaun, gurauan ini telah berjaya dihebohkan hingga ke serata pelosok dunia... =D


" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"