MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Assalamualaikum ualls...
Terasa macam baru je sambut raya tahun lepas dan kali ini bulan Ramadhan datang lagi. Excitednya nak raya tahun ni bersama Kasih Sufi my baby gurl untuk kali yang pertama. Jika dulu pakai baju kurung tak leh nk sedondon baju dan tudung sebab anak semuanya boboi tapi kali ni nampaknya impian tu dah boleh.

Walaupun excited nak sambut syawal tapi jangan pula di lupa betapa tinggi dan mulianya bulan Ramadhan. Masa ini la kita dapat turut memberi kesedaran pada diri kita sendiri bagaimana untuk merasai kesusahan orang lain terutamanya yang kurang berkemampuan. 

Dan... di sebabkan itulah aku berminat untuk join segmen blogwalking Ramadhan-Raya 2018 anjuran Mr. Hasrul Hassan yang sangat rajin menjalankan segmen demi segmen untuk para bloggers ni. Mr.HH tanya apakah aktiviti untuk raya tahun ni.... 

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Hmmm aktiviti raya tahun ni rasanya lebih kurang sama je dengan tahun-tahun sebelum ni....

1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran - aku nak cuba baca beberapa helai selepas solat lima kali sehari berserta dengan terjemahannya sekali. 
2. Solat sunat - aku juga berhajat untuk bangun malam untuk lakukan solat sunat. Jika dulu asyik tak lena awal kerana stay up buat kerja tapi kali ni aku nak tidur awal kemudian bangun untuk stay up menghadap Ilahi. InshaAllah. 
3. Pasang pelita di keliling kawasan rumah - ini aktiviti yang memang dah terbiasa sejak kecil lagi. Dulu di kampung selalu pasang pelita dengan arwah ayah
4. Hindari pasar ramadhan - untuk hindari pasar ramadhan ni bermula sejak tahun lepas. Inipun dek kerana Mr.Qamar yang cabar aku supaya jangan pandang pasar ramadhan. Nak pergi boleh tapi hanya boleh beberapa kali saja dalam sebulan ataupun jika terdesak.
 5. Banyakkan bersedekah - bukannya sedekah duit tapi sedekah makanan seperti kuih muih pada jiran-jiran, surau terdekat dan ahli keluarga.
Itulah dia aktiviti yang amat aku hajatkan untuk tahun ini. Moga-moga di permudahkan segalanya dan ingatlah, walau rasa seronok dan teruja untuk beraya namun keistimewaan bulan Ramadhan janganlah sesekali di lupa. Pada yang berminat nak join segmen jom lekas klik LINK INI. Tarikh akhir adalah pada 29 April 2018. =D


2 comments:

  1. selamay bersegmen! nak join jugak la

    ReplyDelete
  2. salam kenal, boleh tak saya ikutan nih hehehe, salam kenal dari Bloger Bengkulu - Indonesia.

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY