Sejak merangkak usia 30an ni daku sudah perasan kulit wajah semakin menunjukkan masalah pigmentasi dan apa yang menyedihkan lagi kulit semakin kusam dan tampak gelap daripada biasa. Ini rupanya yang terjadi apabila wajah semakin meningkat ke arah yang lebih tua.

Walaupun begitu, tak salahkan untuk kita tetap menjapa penampilan dan berusaha untuk cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kecantikan asal dan secara tidak langsung turut mengekalkan tahap kecantikan sedaya yang termampu supaya diri sentiasa tampak cergas dan cantik untuk menjaga dan memikat hati suami tercinta. Well, kalau tak jaga aset yang ada nanti tak pasal-pasal suami cari lain pulak! Masa tu suami pastinya akan menyalahkan kita yang konon tak pandai nak jaga aset diri, selebeh tapi hakikatnya diaorang tu yang gatalllll!!!


Dek kerana itu daku cuba mencari apakah ada produk bagus yang boleh membantu aku saat ini dan semestinyalah ada kan? Produk kat pasaran kita apa yang takde semuanya ada cuma nak memilih yang terbaik itu je agak pening kepala. Takpe takpe, pada ualls yang turut ada masalah yang sama seperti daku ni... meh sini daku nak share produk yang daku sendiri dah cuba, dah amal dan dah makin suka hati jatuh cinta tak nak berpisah kerana ianya sangat-sangat umphh kebabooo! Sungguh menjadi wa cakap lu... ehhh ehhh ayat tak leh blah pulak! Hehe..

Produk yang daku maksudkan di sini adalah COLLA WHITE DIAMOND keluaran BioXcellent yang banyak ada di pasaran dan cara paling mudah nak dapatkan adalah daripada Watsons. Tak nak cakap banyak meh daku share apa yang patut.



Kelebihan Colla White Diamond Yang Sangat Banyak

Antara kelebihan Colla White Diamond ini pada tubuh badan kita nanti adalah :
  • 1. Membantu membaik pulih struktur kulit
  • 2. Membantu menjadikan kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
  • 3. Membantu menghilangkan garisan halus dan kedutan
  • 4. Membantu mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
  • 5. Membantu mengatasi kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan bintik hitam
  • 6. Membantu melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
  • 7. Membantu mencantikan kuku lebih kuat dan atasi keguguran rambut
  • 8. Sangat sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan dari usia 16 tahun dan ke atas
  • 9. Membantu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan
  • 10. Memberikan zat penting yang bagus pada kulit



Hanya Mengandungi Bahan Semulajadi Bersifat Botani Yang Selamat!

Soal kandungannya tidak perlu risau dan susah hati kerana hanya bahan bersifat semulajadi dan botani sahaja yang digunakan tanpa ada sebarang bahan kimia terlarang berunsur dadah dan juga sebagainya. Ianya sangat-sangat selamat dan bersifat semulajadi semata-mata. 

Antara bahan yang digunakan itu adalah :
  • Campuran beri 
  • Collagen Tripeptide
  • Astaxanthin
  • Acacia gum
  • Ekstrak buah anggur
  • Tomato
  • Epal
  • Strawberi & Buah delima


Peringatan : Astaxanthin ini adalah bahan yang didapatkan daripada hidupan laut yang berwarna merah seperti udang dan ketam maka jika ualls ada alahan pada makanan laut so produk ini adalah tidak digalakkan.


Cara Pengambilan Yang Sangat Mudah

Hanya dengan perlu mencampurkan 1 skop  (20gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk ataupun air suam, kemudian kacau atau goncang sehingga larut dan bolehlah terus di minum serta-merta setelah itu. Sangat mudah dan cepat tanpa perlu susahkan diri. 


Tips Dan Panduan Untuk Kesan Yang Paling Cepat !

Jika mahukan kesan yang lebih cepat dan umph.. ualls haruslah praktikan apa yang ada di bawah ini. Apa yang patut dielak sila elakkan. Namun suka untuk diingatkan yang kesan apda setiap individu adalah sama sekali tidak serupa. Yang penting sila ikuti nasihat-nasihat di bawah ini untuk kesan yang sangat berkesan.

  • Untuk masalah jerawat sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
  • Elakkan pengambilan kafein kerana dapat mempercepatkan penuaan
  • Stop pengambilan semasa period kerana sistem penyerapan badan masih lemah dan bazir jika teruskan minum
  • Jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika anda mengambil ubat dari hospital/klinik
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung atau ibu menyusu kecuali produk slimming/detox (Boleh dapatkan pendapat doktor sebelum guna)
  • Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik
  • Jika mempunyai masalah kesihatan sila rujuk kepada doktor atau pakar kesihatan sebelum mengambil apa-apa produk 


Harga Murah Dengan Hasil Yang Terbaik!

Harga sebekas hanya RM66 sahaja untuk pengambilan selama 30 hari. Ini bermakna beli sekali tapi boleh guna selama sebulan. Jimat giler! Kerana itu ualls patut dapatkan Colla White Diamond ini dan untuk mendapatkannya juga senang kerana semua semua produk-produk keluaran daripada jenama BioXcellent ada di jual di semua cawangan Watsons seluruh negara. Singgah sekejap ke mana-mana cawangan Watsons yang berdekatan selesai masalah dan jika tidak ada masa untuk beli secara terus boleh juga di beli secara online di lamanweb utama BioXcellent.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :