Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Althea Petal Velvet Sunaway | Pelindung Kulit Dari Sinar Mentari

Althea Petal Velvet Sunaway | Pelindung Kulit Dari Sinar Mentari | Tatkala ingin bercuti antara perkara yang perlu kita ambil berat adalah pada sinaran matahari terutama dengan cuaca mentari di negara kita ini yang agak panas. Jika dulu mungkin tak berapa kisahkan sangat hal-hal begini tapi sejak dah jejak 30 series ni sudah semakin faham apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga kulit supaya kekal lembab dan sihat. 

Yelah, kecantikan sebenar seseorang wanita itu bukannya terletak pada makeup yang mahal tetapi pada sifat kulit wajah itu sendiri yang bebas daripada sebarang cela dan itulah yang amat aku tekankan dari dulu hingga kini. Kerana itu saat diperkenalkan dengan satu lagi produk baharu dari Althea (laman website K-Beauty dari Korea) iaitu ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY daku berasa berminat untuk mencubanya. Yang bestnya, Althea Petal Velvet Sunaway tidak mengandungi sebarang bahan kimia. 



Semasa daku menerimanya, sama seperti produk Althea yang lain, comel sangat rupanya dalam botol kecil mudah bawa ke mana saja dengan rona warna pink pastel. Kalau nak tahu, Petal Velvet Sunaway mempunyai SPF 50 + PA ++++ yang akan menjadi pelindung kepada sinaran matahari dengan sifat sangat ringan untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB

Ianya turut mempunyai zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit licin tanpa masalah bercapuk dan sebagainya. Bila pakai terus resap dan tipis saja tanpa ada kesan-kesan putih pada muka sebagaimana lazimnya tatkala memakai sunaway biasa yang ada di pasaran. Dengan pemakaian sunaway sebegini secara tidak langsung ianya bukan hanya akan membantu menghalang sinaran matahari secara terus ke kulit wajah malah akan menghalang daripada kemunculan jeragat pada kulit wajah.  



Yang penting sebagaimana yang telah daku katakan tadi, Althea Petal Velvet Sunaway ini sama sekali tidak mengandungi sebarang bahan kimia tetapi diperbuat daripada ekstrak Damask Rose yang akan membantu untuk menghalus, melembap dan melembutkan kulit dari masa ke semasa selepas penggunaan. Selain daripada ekstrak Damask Rose ia turut mengandungi Geranium Oil dan Hyaluronic Acid yang akan turut memberi khasiat pada kulit kita untuk terus sentiasa segar sepanjang hari selepas pemakaiannya. 




Boleh Juga Dapatkan Dalam Bentuk Althea Petal Velvet Set

Untuk dapatkan kesan yang lebih ringan pada kulit wajah, Petal Velvet Sunaway ini amat bagus jika dikenakan dengan Althea Petal Velvet Powder. Althea Petal Velvet Powder yang merupakan loose powder akan membantu mengurangkan sebum untuk menampakkan kesan kulit yang lebih halus , lembut dan mulus dengan molekulnya yang sangat nipis dan ringan. 

Althea Petal Velvet Powder ini didatangkan di dalam 3 ( tiga ) jenis kod warna untuk disesuaikan dengan semua jenis kulit iaitu Warm Beige , Translucent dan juga Pink Lavendar. Althea Petal Velvet Set turut disertakan juga dengan beg makeup transparent untuk memudahkan lagi urusan untuk membawa set ini ke mana saja terutama ketika sedang travel. 


Set ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dari normal, sensitif, kering dan berminyak. Sama sekali tidak berminyak kerana itu ianya turut sesuai untuk kulit wajah yang jenis oily. Jangan lupa juga untuk dapatkan Althea Milk Peel Cream Mask yang baru saja dilancarkan untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih halus, gebu dan mulus sesuai dengan cuaca Asia khususnya. 


Shield your skin from the sun's rays and give it some petal protection with Althea's Petal Velvet Sunaway

Untuk sebarang info lanjut boleh layari :



Facebook: Althea

Instagram: @altheakorea

Youtube: Althea Korea



5 comments for " Althea Petal Velvet Sunaway | Pelindung Kulit Dari Sinar Mentari "

  1. best sunaway ni, tak kelabukan muka haha. cepat meresap pulak tu

    ReplyDelete
  2. Marsha pun suka pakai ni sebab tekstur dia ringan

    ReplyDelete
  3. produk korean memang terbaik untuk kulit mek, so far.

    ReplyDelete
  4. product baik, plus bekas pun cantik alahai jatuh cinta

    ReplyDelete
  5. sudah saya follback, makasih :)

    ReplyDelete