Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lafee Nursing Bra Shapee - Antara Bra Menyusu Terbaik Di Pasaran Malaysia

Lafee Nursing Bra Shapee - Antara Bra Menyusu Terbaik Di Pasaran Malaysia | Tak dinafikan bra menyusu dan bra biasa hampir kelihatan sama. Yang membezakan bra menyusu dan bra biasa adalah pada aksesnya yang mudah untuk menyusukan anak sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Dan dalam banyak-banyak bra menyusu, bagiku LAFEE NURSING BRA dari Shapee Malaysia adalah antara yang terbaik sekali. Nak tahu mengapa daku rasakan begitu? Jom baca review ini....


Kali Pertama Cuba Terus Jatuh Cinta

Betul, tak tipu! Kali pertama daku mencubanya terus jatuh cinta. Kerana itulah daku sangat teruja untuk review Shapee Lafee Nursing Bra ini untuk kalian semua tahu mengenainya. Bagi diriku sendiri bra menyusu memang patut ada bagi seorang ibu yang menyusu badan. Dengan cara itu barulah tugas menyusu rasa lebih mudah dan selesa tatkala sedang bersama bayi tersayang.



Mempunyai Pilihan Warna dan Saiz Yang Pelbagai

Jeng jeng jeng...... Inilah  Shapee Lafee Nursing Bra milikku. Sebenarnya bra menyusu dari Shapee ni didatangkan dalam 3 (tiga) pilihan warna yang berbeza, Semuanya dalam nada pastel dan nampak cantik sangat! Daku sendiri pun blur masa nak pilih colour untuk Shapee Lafee Nursing Bra. Warna-arna tersebut adalah GREY, PINK dan BEIGE


Akhirnya lepas puas berfikir daku membuat keputusan untuk memilih warna Grey. Bila sampai tu wow!! Memang menarik sangat warnanya. Nampak sweet je. Makin mengancam ia didatangkan dalam sebuah kotak yang kelihatan sangat exclusive.


Lafee Nursing Bra Shapee ini didatangkan dalam 4 size iaitu M, L, XL dan juga XXL. Size untuk ukuran cup juga turut disertakan sekali. Kiranya baik badan kecil mahupun agak berisi, masing-masing boleh dapatkan Lafee Nursing Bra Shapee ini mengikut size yang tepat sesuai dengan ukuran tubuh masing-masing. Untuk diri sendiri daku memilih saiz L. 

  • M (32B, 32C, 32D, 32E)
  • L (34B, 34C, 34D, 34E)
  • XL (36B, 36C, 36D, 36E)
  • XXL (38B, 38C, 38D, 38E)


Bra Menyusu Ada Lace, Lain Daripada Yang Lain

Jujurnya, selama daku menyusu sejak anak pertama sehingga anak ke enam ini, sangat susah untuk bertemu dengan bra menyusu yang cantik. Apatah lagi yang mempunyai lace sebegini lawa. Selalunya bra menyusu hanya menekankan unsur keselesaan lebih daripada gaya. Akan tetapi untuk Lafee Nursing Bra Shapee ini ternyata ia fokus kepada kedua-duanya sekali.


Lace yang dijahit pada Lafee Nursing Bra Shapee ini bukan saja tampak cantik tetapi juga lembut dan tidak menyakitkan. Warnanya yang kontra dengan fabrik bra membuatkan baju dalam menyusu ini tampak lebih menarik dan menonjol. Tak macam rupa bra menyusu pula bila dilihat dengan sekali imbas. 

100% Cotton - Material Fabrik Yang Bekualiti Tinggi 

Saat menyentuhnya memang tersangat lembut. Diperbuat daripada cotton yang mudah menyerap peluh, senang untuk bernafas dan sejuk sememangnya adalah sangat tepat. Tidak hanya itu, bahagian getah pada bahagian bawah Lafee Nursing Bra ini juga sangat selesa dan amat mudah memeri. Jahitannya juga kemas!


Bahagian Dalam Menyokong Payudara Sepenuhnya

Tidak hanya cantik di luar tetapi juga selesa pada bahagian dalam. Bila pakai terasa bagaikan ada kusyen yang sangat lembut dan selesa sedang membantu memberi sokongan dengan penuh kasih sayang. Tidak hanya lembut, bahkan mudah untuk bernafas juga.


Cups ni boleh tanggal bagi yang tak suka baju dalam tebal dan boleh digunakan sebagai nursing pad untuk mengelakkan susu bocor dari terkena pada baju.



Tali Serta Penyangkut Bermutu Dan Kuat!

Haaa daku punya perangai kalau time beli bra mesti akan telek lama-lama pada penyangkut. Tak tahu lah sebab apa! Kalau penyangkut nampak mudah terbuka dengan sendiri walau hanya dengan sekali tarik, memang daku takkan beli. Tali pun sama. 


Daku akan check dulu samada benar-benar elastik ataupun tidak. Walaupun tali boleh laras mahu panjang atau pendek tetapi boleh memeri adalah satu ciri utama dalam memilih bra yang sesuai. Almaklumlah, bra nursing ni kejap-kejap kena buka untuk menyusu. Untuk Lafee Nursing Bra Shapee memang puashati sangat-sangat!

Turut Disediakan Penyangkut Tambahan Lebih

Penyediaan penyangkut tambahan lebih oleh pihak Shapee untuk memudahkan mereka yang bersaiz lebih besar memang patut diberi pujian. Ternyata pihak Shapee telah memikirkan semua aspek untuk kemudahan para wanita melalui Lafee Nursing Bra ini. 


Secara tak langsung dapatlah elak masalah tersalah beli size. Yelah, jika dulu nak ikut size cup takut saiz ukuran baju dalam tak cukup panjang. Nak dibeli saiz yang lebih besar takut cup pula terlajak muat. Tetapi dengan adanya penyangkut lebih begini terus selesai masalah tersebut. Dengan Lafee Nursing Bra, tak perlu lagi pening kepala. Pilih saja saiz yang sesuai dengan ukuran cup masing-masing.



Ketahui Tips Memilih Bra Yang Betul Ketika Hamil Dan Menyusukan Anak

  • Saiz nursing bra yang tepat
  • Boleh dilaraskan
  • Material berkualiti yang boleh menyerap peluh
  • Bra yang mudah di buka dan ditutup menggunakan satu tangan
  • Selesa dipakai sepanjang hari
  • Lembut dan tidak menyakitkan
  • Senang untuk bernafas setiap masa

Berikut adalah tips untuk memilih bra yang betul ketika hamil dan menyusukan anak. Ternyata semua tips memilih bra menyusu yang betul itu ada pada Lafee Nursing Bra dari Shapee ini.

Boleh Dibeli Secara Set - Bra + Panty

Setiap pembelian Lafee Nursing Bra turut didatangkan dengan sehelai lace panty dari rona warna yang sama.   


Sama seperti Lafee Nursing Bra, panty ini tersangat selesa untuk dipakai dalam masa yang lama. Fabrik yang digunakan sangat berkualiti dan mudah untuk menyerap peluh. Paling best ia turut mempunyai rekaan cantik dengan lace disekelilingnya, sama sebagaimana rupa Lafee Nursing Bra tadi. 



Getah di bahagian atas pinggang tidaklah terlalu besar dan tebal. Tetapi sangat kemas dan tahan lasak serta sangat elastik. Apabila dipakai kedudukan agak ke atas yakni pada bahagian perut dan secara tidak langsung ianya turut sesuai untuk dipakai oleh ibu mengandung dengan penuh rasa selesa. 



Sempurna Serta Sesuai Untuk Dijadikan Hadiah

Kebetulan semasa daku mencuba Lafee Nursing Bra jenama Shapee ini, kita baru saja menyambut Hari Wanita Sedunia yang bertarikh 08 March, jadi secara tiba-tiba rasa seperti dihargai sangat. Bagi para suami yang mahu memberi hadiah pada si isteri tetapi tidak tahu apakah barangan yang perlu di beri, kasi je Lafee Nursing Bra untuknya. Gerenti isteri akan tersenyum lebar jika dapat hadiah begini dari suami. 



Pentingnya Bra Menyusu / Nursing Bra Untuk Ibu-Ibu

Itulah serba sedikit panduan, review dan tips pemilihan Nursing Bra untuk ibu menyusu. Ia turut sesuai untuk dipakai sebagai Bra untuk ibu mengandung. Bra ibu menyusu dan bra ibu mengandung lebih kurang sama je. Lebih menguntungkan, ada baiknya beli bra yang sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu supaya dapat dipakai lama tanpa perlu merugikan wang. Paling penting, pilih bra yang selesa dan sesuai untuk menyusu dengan mudah dalam apa jua keadaan.



Harga untuk Lafee Nursing Bra  ini hanyalah RM69.00 sahaja!! 
Diulang sekali lagi, hanya RM69 saja!! 

Murah sangat-sangat!!
dan yang lebih bestnya lagi, 

bagi sesiapa yang membuat pembelian untuk Lafee Nursing Bra di www.theshapee.com selepas membaca artikel yang ku tulis ini, kalian boleh tebus potongan harga sebanyak RM10 hanya dengan masukkan kod LNBSW bagi setiap pembelian. 
Sudahlah murah, boleh jimar RM10 pulak tu? Kan untung!!  

Sedang Mencari Bra Menyusu Yang Bagus? Mahu Pakai Dengan Rasa Yakin Penuh Selesa? Jom Dapatkan Lafee Nursing Bra Set Sekarang Juga! Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian boleh layari :

Website : www.theshapee.com


5 comments for "Lafee Nursing Bra Shapee - Antara Bra Menyusu Terbaik Di Pasaran Malaysia"

  1. Comel je nursing bra ni. Siap ada lace lagi. Berkenan pulak kita.

    ReplyDelete
  2. Tengok pun nampak selesa je kalau pakai bra ni kan

    ReplyDelete
  3. info yang bagus untuk golongan wanita ni

    jemput singgah | pendidikan4all |

    ReplyDelete
  4. Yeah, warna kita pilih sama #teamgrey ...

    ReplyDelete
  5. cantik,ada lace tu.Dan kain pon nampak selesa betul..

    ReplyDelete