Assalamualaikum. Hai korang semua! Dari jauh ku doakan kalian senantiasa sihat gembira di samping yang tersayang. Hmmm, hari ni daku teringin nak kongsikan satu kisah yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain (termasuk diri aku sendiri). Pemberi inspirasi ni bagi aku adalah seorang yang sangat tabah, sangat berani, sangat berjiwa besar dan sangat tahu nilai sebuah kesyukuran yang sebenar.

Orang yang daku maksudkan ini bukanlah individu yang punya zahir sempurna untuk membuat semua perkara dengan mudah tetapi beliau adalah seorang yang sangat sempurna secara dalaman sehinggakan mampu membuatkan sesiapa yang mengikuti kisahnya menitis airmata. Beliau yang daku maksudkan ini adalah Saudara KHAIRUL NIZAM, pengasas kepada JAMU MALL.



Untuk pengetahuan kalian juga, Saudara Nizam ini antara individu yang telah mampu berjaya di dalam bidang perniagaan. Kejayaan demi kejayaan berjaya beliau kecapi dan apa yang membuatkan beliau sangat istimewa adalah disebabkan keadaan dirinya yang merupakan seorang OKU.

Untuk kenal beliau dengan lebih mendalam, kalian boleh tonton luahan hati beliau di FB. Daku sendiri dah lihat dan hati ni memang terasa sangat terkesan dengan apa yang beliau sampaikan. 



Antara bibit kata yang diucapkan di dalam video tersebut adalah.........

Di usia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .





Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bile ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...



Jadi aku bangkit!!! 

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..




Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 




Untuk lihat sendiri video tersebut, kalian boleh tonton video di bawah ini dan dengarkanlah sendiri apa yang saudara Khairul Nizam cuba sampaikan.



Bagi pendapat peribadiku sendiri, jika beliau yang dalam keadaan ini boleh bersyukur dan boleh bangkit untuk berusaha hingga berjaya, inikan pula kita yang Allah SWT telah kurniakan dengan jumlah anggota tubuh yang cukup. 

Tidak kisahlah apa jua pekerjaan yang dilakukan. Paling penting berkerja dengan niat yang betul dan berusaha dengan penuh yakin yang diri kita juga boleh berjaya sama seperti orang lain. Saudara Khairul Nizam yang dalam keadaan begini boleh berjaya! Inikan pula kita! 


Jom follow Khairul Nizam



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"