Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah, Cepat dan Jimat! (Sesuai Untuk Bajet Yang Rendah)

10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah, Cepat dan Jimat! (Sesuai Untuk Bajet Yang Rendah) | Hias rumah! Bila sebut saja perkataan hias rumah atau 'deko' ini, antara perkara pertama yang berlegar di fikiran adalah rupa ruang rumah yang menarik.

Tapi masalahnya tidak semua orang ada daya kreativiti yang tinggi dan daku salah seorang daripada golongan tersebut. Honest, daku masih di peringkat cuba-cuba dan baru belajar. Jika dulu hmmmm main hentam saja! Dalam banyak-banyak gaya hiasan dalaman rumah yang ku lihat, GAYA SCANDINAVIAN paling dekat di hati.


Sebab mengapa daku sukakan gaya SCANDINAVIAN ini kerana ia boleh beri rasa selesa dan menenangkan. Scandinavian ini merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Hiasan dalaman ala Scandinavian ini juga boleh bantu rumah kelihatan lebih cerah dan ceria.

Apa Sebenarnya Scandinavian Ini Dan Dari Mana Ia Berasal?

Konsep scandinavian ni sebenarnya dah lama. Malah design rumah dengan konsep Scandinavian mula diperkenalkan pada pameran design rumah di Amerika dan Kanada sekitar tahun 1950-an lagi. Menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk "Choose and create the look that's right for you and your home", scandinavian ini merujuk kepada kawasan yang terletak di hemisfera utara dengan kedudukannya di antara negara Sweeden dan Norway. 




Wilayah ini kekurangan cahaya semulajadi dari matahari di sebelah siang terutama pada musim sejuk disebabkan oleh kedudukannya yang bergunung-ganang dan bersalji. Jadi untuk memastikan keadaan dalam rumah nampak lebih terang, para penduduk di situ akan mengecat bahagian dalam rumah mereka dengan warna putih. Mereka juga banyak menggunakan bahan berunsur kayu sebagai sokongan elemen semulajadi. 



Kayu dijadikan pilihan utama untuk perabot kerana ia boleh membiaskan semula cahaya. Susunan atur rumah juga dibiarkan dalam keadaan lebih terbuka untuk cahaya lebih mudah masuk untuk menerangi seluruh ruang. Tema sebenar gaya Scandinavian adalah ringkas, sederhana serta sesuai untuk kediaman yang aman, tenang dan lapang. Ternyata gaya ringkas, moden dan minimalis ini sebenarnya sangat mudah untuk dicapai. 




Wajah Ruangtamuku Sebelum Operasi Tukar Konsep 

Disebabkan daku ni dalam usaha untuk tukar konsep maka terpaksalah buat secara sedikit demi sedikit supaya perabot yang sedia ada dapat diubah apa yang boleh untuk ke arah konsep scandanavian. Iyalah, takkan semua nak di beli perabot baru dan buang terus apa yang ada dalam rumah kot! Itu dah membazir dan cari nahas dengan encik suami namanya.

Cabaran utama yang patut aku lalui adalah perabot sedia ada yang hampir semuanya berwarna gelap.  Ini sebab semasa mula berpindah dulu lantai sedia ada untuk ruangtamu adalah jubin yang berwarna coklat dengan motif flora. Jadi masa itu malas nak fikir panjang, daku terus saja ikut jubin dengan tempahan langsir dan pembelian perabot dengan warna coklat. 

- warna jubin lantai coklat dengan tema flora - 

Inilah rupa keseluruhan ruangtamuku sebelum ini. Masa ni memang daku tak tahu apa sebenarnya konsep yang daku nak. Apa yang ku fikir masa tu baik guna warna yang gelap-gelap sebabnya tak mudah nampak kotor dan sesuai dengan keadaan anak yang suka main lasak. 


10 Cara Hias Rumah Tema Scandinavian Yang Kugunakan

1. Lihat Dekor Rumah Orang Lain Sebagai Inspirasi
Perkara pertama yang perlu ku lakukan adalah dengan melihat contoh dekorasi dari orang lain sebagai pencetus idea. Untuk diri ini, daku impian sebuah ruangtamu dengan gaya simple dan nampak cozy (selesa). Ini adalah antara contoh dekorasi ruang tamu sempit yang cantik mengikut seleraku. 





Daku juga sukakan hiasan rumah gaya scandinavian yang ada masukkan elemen perabot kayu DIY. Ini dapatlah disesuaikan dengan minat suami yang sangat suka buat perabot sendiri sebagai hobi. Ini adalah antara contohnya :



Cantik-cantik contoh ni. Kena sangat dengan selera. Tapi untuk diri sendiri ni, aktiviti hias rumah sewa memang agak mencabar kerana tidak boleh diletakkan sebarang perabot dalam bentuk kekal. Nak tebuk lubang untuk rak dan gambar di dinding juga tak berani nak buat. Namun dengan hanya menggunakan perabot basic masih boleh kelihatan okay sebenarnya. Usaha selagi boleh. 

2. Pilih Warna Putih Untuk Dinding Supaya Selamat
Untuk masih di peringkat cuba-cuba begini, warna yang paling selamat untuk dinding adalah putih. So daku tetap gunakan putih untuk seluruh ruang tamu. Hajat hati teringin juga nak buat feature wall bagai tapi bila memikirkan ini rumah sewa maka daku teruskan dengan plan asal untuk deko ruang tamu dengan cara paling mudah, cepat dan jimat saja.  

3. Tukar Langsir Dengan Tema Yang Dinginkan
Disebabkan daku tak tukar warna untuk dinding so daku nekad untuk pilih langsir yang tampak lebih 'muda' dan ceria berbanding dulu. Untuk urusan penukaran langsir daku gunakan khidmat tenaga dari anak sulung. 


Sebaik saja siap acara pasang langsir, Kasih dah mula start mengacau. Dah start nak main aci sembunyi bagai... Aduh la sayang oiii... Tapi takleh nak cakap apa juga sebabnya langsir yang lama memang telah menjadi salah satu tempat persembunyi waktu Kasih main sorok-sorok dengan abang-abangnya. 


4. Susun Perabot Agar Tidak Menghalang Trafik  
Part ni paling penting! Sebabnya kat rumah daku ni ada kanak-kanak jadi perlu fikirkan ruang untuk bergerak tanpa ada banyak sekatan. Paling penting ruang ni boleh di buat berlari setakat yang boleh. Almaklumlah namapun kanak-kanak kan. Tambah lagi sebesar Kasih yang sememangnya aktif tak reti nak duduk diam. Bucu perabot juga perlu di beri perhatian. Secara tak langsung ia juga membolehkan kita mudah mengemas bila anak buat sepah dan sampah. 



5. Tambahkan Aksesori Sesuai Yang Tidak Keterlaluan 
Bercerita bab akesori, untuk gaya scandanavian ni konsepnya mudah saja iaitu "the less is more" dan "stick to nature". Yang penting warna utamanya adalah putih. Disebabkan daku memang sudah ada set kerusi rotan warna putih maka daku hanya perlu tambahkan dengan kusyen dan sedikit bunga lavender fake untuk hiasan meja. Untuk nak nampak lebih sweet daku letakkan alas dengan corak daun tropika yang ku beli hanya dengan harga RM2.10 sekeping! 

- nampak almari besar warna coklat kat belakang tu? Itu bakal di cat dengan warna putih nanti - 

6. Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Corak 
Menghias kediaman tidak perlu tersekat dengan peraturan. Cuma kita perlu untuk menjadi lebih kreatif bagi melakukannya dengan cara neutral. Untuk gaya scandinavian ni boleh letak corak abstrak yang nampak ringkas dan minimalis. Tak perlu letak alas meja dari corak bunga bagai kan dah terlari masuk ke konsep English pulak. 

Daku sendiri pilih alas meja dari kain jenis waterproof dalam warna hitam putih dengan corak jalur memanjang. Untuk hiasan atas meja daku letakkan cermin bulat dan juga sedikit daun hiasan. Takde bunga-bunga bagai. Cuma sedihnya kerusi meja makanku ini ada motif bunga sikit. Apa nak buat perabot beli masa belum ada apa idea deko dulu. Tapi tak mengapa, akan cuba gantikan dengan set yang baru bila ada rezeki lebih nanti, inshaAllah.  



7. Wujudkan Sudut Tambahan Mengikut Fungsi Yang Diperlukan
Sengaja daku sediakan meja tambahan di tepi dinding tu. Sebenarnya tu dua buah meja yang ku cantum. Untuk tidak menampakkan ianya dua buah meja maka daku tutupkan dengan alas meja plastik kalis air. Sebab daku letakkan meja tu untuk mudah diletakkan lauk pauk dan tudung saji. Bukannya apa, senang time anak balik sekolah dan suami balik kerja. Nak tahu ada makanan ke tidak buka je tudung saji tu.

Penutup alas kain tudung saji tu jahit biasa je bentuk bulat untuk tutup di bahagian atas. At least takdelah tudung saji kotor sangat dengan debu dan sebagainya. Boleh hindari lalat juga dari berjaya ceroboh masuk ke dalam tudung saji.



Sejak ada ruang meja tambahan ni fuhhh rasa makin lapang. Meja makan kalau dulu ada saja makanan diatasnya tapi sekarang meja makan sentiasa clear untuk digunakan bagi tujuan yang lain. Anak nak buat homework ke, sekadar sembang dengan suami ke, untuk duduk minum petang ke, semuanya dah makin mudah. 

8. Barang Yang Murah Tak Bererti Takde Rupa
Setelah seharian berada di luar, rumah yang kemas membantu seseorang berasa lebih relax. Seperti tips dekorasi bajet ni, tak semua barang yang murah tu tak cantik. Daku sendiri ada je beli barang dari kedai Eco RM2.10 tu. Sebagai contoh bingkai gambar yang ada kat dinding ni, semua beli dari sana. 


Daku juga akan selalu lihat-lihat kalau ada yang kena dengan konsep. Kalau sekadar nampak cantik tapi tak kena dengan konsep memang daku tak kan beli. Itu cara untuk elakkan diri dari membazir. Selain dari beli secara direct begitu, aku juga sering beli secara online. Kedai deko dengan harga standard pun ku kunjungi juga. Ikut nasib la mana yang ku sempat pergi.

Yang penting daku akan lihat harga dan apakah kena dengan konsep. Tunggu beli masa ada promosi pun bagus juga. Sebagai contoh langsir yang baru tu harganya hanya RM18 saja sekeping dari harga asalnya yang berpuluh-puluh ringgit!

9. Buat Secara Berperingkat Supaya Tidak Over Budget  

Untuk hias rumah (tak kira dengan apa saja gaya), kita tak semestinya kena siapkan semua dalam masa sehari. Itu kalau ada bajet besar bolelah. Memadai dulu jika dapat ubah apa yang patut sedikit demi sedikit. Paling penting sebelum muka di hias sila fikirkan dulu cara susun atur perabot. Buangkan apa yang tidak perlu juga. Tok sah nak display semuanya sampai naik semak!


Setelah tahu apa yang patut ada dan apa yang patut simpan, kemudian barulah difikirkan apa yang patut di tukar dan apa pula yang patut di tambah. Nak beli pun jangan terburu-buru beli itu beli ini. Surve harga dan utamakan apa yang wajib dulu sebagai contoh cat, langsir dan sofa. Tak cukup bajet nak beli sofa baru? Beli je dulu sofa cover. Nanti-nanti dah cukup duit baru beli sofa baru. 

10. Hiaskan Dengan Gaya Kreativiti Sendiri Tanpa Perlu Takutkan Pendapat Orang Lain 

Walaupun terikat dengan sesuatu jenis gaya tapi itu tak bermakna kita kena tiru gaya yang dihasilkan oleh orang lain secara 100%. Tak perlu begitu. Tepuk poket lihat jumlah bajet adalah cara yang paling baik. Rumah kita dengan rumah orang tak sama kan? Jadi kenapa nak menyeksa diri sendiri. Fokus utama adalah untuk bikin rumah nampak lebih kemas, lebih ceria dan lebih selesa. Suami balik kerja rasa lapang dan anak balik sekolah rasa happy.



Tak perlu terlalu taksub hingga nak beli barang yang mahal. Tak perlu juga terlalu teruja hinggakan semua benda nak di tukar sekaligus. Jawapannya tak cukup cash boleh beli hutang. Aiyooo kenapa mesti sampai nak berhutang hanya kerana nak hias rumah. Buatlah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri dengan barangan yang mampu di beli. Barulah suami rasa tak terbeban dengan kerenah kita ni. 

Deko Itu Pencetus Kreativiti Yang Ada Dalam Diri

Ohya, seperkara lagi. Nak hias rumah memang perlukan daya kreativiti. Maksudnya jika apa yang ingin di beli tu tak ada maka fikirlah bagaimana nak gunakan apa saja yang ada. Sebagai contoh, bahagian sliding door kat rumah ni jenis hook. Manakala langsir yang ku suka pula jenis ring. Maka penyelesaiannya daku beli free hanger untuk sangkut langsir.


Tara.... berjaya juga kan? Nampak cute pun ya. Inilah yang dikatakan perlu gunakan kreaviti untuk hasilkan apa yang kita hendak. Fikir juga jalan paling mudah yang tidak memerlukan kos yang banyak. Lihat kat sudut yang nak di ubah tu kemudian mula angankan apa yang boleh di buat dengan ruang tersebut. Nak lukis atas kertas dulu pun boleh. Pandai-pandailah ya. 


INILAH WAJAH SEBELUM DAN SELEPAS DI MAKEOVER !!

Inilah rupa ruang tamuku yang tidak semengah mana (please jangan gelak). Jika dulu daku pernah buat silap sekali dengan memilih warna coklat dengan banyak di sana sini hinggakan satu ruang nampak gelap dan sempit, tapi kini tidak lagi. Sekarang alhamdulillah dah makin berani untuk mix and match.


Tak dinafikan daku dah mula bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama. Sebab itu daku gunakan kesempatan menyambut Hari Raya untuk laksanakan tips dan trik untuk hiasan ruang tamu tersebut. 

Walaupun masih ada banyak yang boleh kuperbaiki tapi setidaknya daku rasa agak berpuashati kerana rupa ruangtamuku ini ada juga sedikit perubahan ke arah yang lebih positif. Bila bandingkan gambar sebelum dan selepas memang ketara yang rupa sekarang nampak lebih luas, cerah dan ceria berbanding dulu. 




Perubahan Seterusnya Yang Akan Ku Usahakan 

1. Warnakan almari sudut dan rak buku dengan warna putih sepenuhnya

2. Tukar karpet dengan corak abstrak yang lebih menonjol (maybe warna hitam putih / blue black)

3. Tukar set meja makan warna putih yang lebih simple designnya

4. Beli sofa 3 seater yang ringkas dan simple dengan saiz yang tidak terlalu besar

5. Tambahkan pokok fake yang sedikit besar untuk ruang sudut yang masih kosong 

6. Letak cermin di dinding untuk ruang nampak lebih besar dan luas

7. Tambah lampu sorot untuk sempurnakan segalanya

- ruang kerjaku, rak ni bakal di cat warnanya dari hitam ke putih -

Gaya Deko Impian Sebenar Bila Tinggal Di Rumah Sendiri Nanti

Untuk rumah sendiri nanti (jika ada rezeki), daku benar-benar berhajat untuk gayakan dengan gaya Scandanavian Modern yang akan di selit dengan pelbagai perabot kayu DIY buatan sendiri oleh cik Suami. Daku sebenarnya memang suka elemen daun hijau dalam gaya tropika. Paling tak sabar nak sangat gunakan sofa, kusyen dan karpet dari warna yang stricking supaya kontra dengan warna asas seperti contoh gambar di bawah ni. 


Harap-harap akan terlaksanalah suatu hari nanti. Ameen... 

So macamana? Okay ke tidak gaya scandanavian ni? Daku budak baru belajar, jom sama-sama kita usaha untuk susunan ruang rumah mengikut impian masing-masing. =D



12 comments for "10 Cara Hias Rumah Gaya Scandinavian Dengan Mudah, Cepat dan Jimat! (Sesuai Untuk Bajet Yang Rendah)"

  1. Wah, kalau rumah modelnya begini jadi makin betah tinggal di rumah :D

    ReplyDelete
  2. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  3. Mmg kemas dgn gaya Scandinavian ni.. ceria dan welcoming. Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  4. rajin awa arrange rumah.. liez tak deco-deco lagi rumah since pindah rumah sendiri tahun 2015.. liez suka jugak scandi ni.

    ReplyDelete
  5. ok jer.kemas..yg penting kita selesa nak duduk..hihi..selamat hari raya sis :)

    ReplyDelete
  6. cantik, saya juga suka bab deko2 ni

    ReplyDelete
  7. kenan jugak gaya scandavilian ni, simple, kalau betul2 nak ikut deko sofa semua tu memang over budget dah la.. cantik deko rumah awa. kalau kat sini habis nak kena kube dengan anok sedara ;D

    ReplyDelete
  8. Bagus sharing macam ni. Baru nampak macam mana nak start. Kalau tidak asyik terperap dalam otak ajelah ideanya. Haha.

    ReplyDelete
  9. Salam, teruja tengok rumah sis, hobi yg menarik.

    ReplyDelete
  10. Hi dear, effort dah ada. Which is very good. Just a few tips to make your space has more scadanavian minimalist look are:
    1. Pilih hanya 3-5 warna sahaja. 3 warna utama seperti hitam, putih, biru utk benda2 besar seperti dinding, sofa, almari tv. Kaitkan barang2 kecil sperti meja, bantal hiasan dan bersama warna utama. Bila terlampau banyak warna, akan menyebabkan ruang nampak sempit & semak.
    2. Pilih focal point. Adakah langsir tarikan utama? Atau carpet tarikan utama? Ada sesetengah orang jadikan sofa focal point dgn memilih warna kuning terang. Tp barang lain dijadikan warna neutral sperti warna kayu, putih, biru cair.
    3. Pastikan sofa juga diletakkan sedikit di dalam kawasan carpet, ertinya kena beli carpet besar. Bila ada 2 carpet sila layering supaya ruang nampak bersatu (tak terpisah2 section). If possible beli carpet monochrome utk naikkan warna langsir dan dan lawan corak pada lantai. (Kelemahan corak pada lantai adalah ia akan berlawan dgn carpet)

    It is good to learn the basic of interior design & furniture arrangement first.

    ReplyDelete