Kenangan Best : Day Trip & Snorkeling Di Pulau Redang Bersama Alur Galley Suites | Assalamualaikum, hi korang. Hari ni daku nak ceritakan semula kenangan best sewaktu bercuti secara day trip dengan aktiviti snorkeling di Pulau Redang. Manalah tahu kalau-kalau korang juga sedang berhajat untuk bersnorkeling Pulau Redang dengan tidak mahu stay di pulau. Maka entry ini akan berkongsi pengalaman untuk percutian dalam bentuk day trip dengan Pakej Snorkeling Pulau Redang.



Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk bercuti ke Pulau Redang ini, kalian boleh ke sana bermula dari bulan Mac sehingga bulan Oktober. Masa yang paling menarik untuk melawat Pulau Redang pula adalah antara Jun sehingga Ogos. Selain dari waktu itu, para pelancong tidak dibenarkan ke Pulau Redang atas dasar keselamatan disebabkan oleh musim tengkujuh. 


Hajat Ke Pulau Redang Bermula Dari Hanya Sebuah Impian 

Sebagai permulaan cerita, suka untuk daku beritahu yang Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang sangat daku hajati untuk dikunjungi. Yelah Pulau Redang ni kan salah satu dari pulau yang cantik di Malaysia. Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Jadi memang teringin sangat nak jejakkan kaki ke sana. Makin happy jika dapat pergi ke Pulau Redang bersama famili dan teman-teman.

Namun, bukan mudah sebenarnya untuk ke Pulau Redang ni. Bukan kerana cara untuk ke sana tetapi disebabkan kosnya yang agak mahal. Jika cuti sekolah, harga memang mahal sedikit. Nak murah kena pandai pilih pakej dari pihak yang boleh dipercayai. 



Bayangkanlah daku pernah survey untuk menginap di satu hotel ni, mak dato' mahal yang amat sangat! Harga yang diberikan mencecah ribuan ringgit semalam! Almaklumlah daku ni kan anak ramai maka suka ataupun tidak terpaksa pilih bilik yang luas. Hmmmm... kabur harapan bila lihat harga yang agak dasyat tu!

Sambil melihat-lihat info mengenai Pulau Redang hati makin tertawan dengan keindahannya yang terpamer di Google. Makin rasa membuak hati ni apabila terlihat gambar para pengunjung yang dapat berenang bersama penyu. Aduhhh.. best sangat ni!! Hati mula rasa teringin sangat untuk ke sana... Hmmm nampaknya ini sudah menjadi semakin parah!


Siapa Sangka Dari Impian Telah Bertukar Menjadi Sebuah Kenyataan Dengan Pakej Murah Ke Pulau Redang

Akhirnya daku buka mulut beritahu pada suami yang hati ni teringin sangat nak bercuti di Pulau Redang. Maka antara cadangan yang muncul adalah dengan bercuti dalam bentuk kumpulan untuk menjimatkan lagi bajet yang perlu dikeluarkan. Tanya punya tanya alhamdulillah dua daripada kenalan rakan blogger bersetuju untuk turut serta. Maka bermulalah misi baruku untuk mencari penginapan dan sebagainya. 

Siapa sangka siapa menduga akhirnya daku berjaya juga mendapat info tentang percutian ke Pulau Redang dalam bentuk day trip berserta dengan aktiviti snorkeling. Apa yang lebih menarik ia turut mempunyai pakej murah ke Pulau Redang sekali dengan tempat penginapan dengan kolam renang private yang sangat menarik. Pihak yang daku maksudkan ini adalah ALUR GALLEY SUITES



Bagaimanakah Cara Untuk Ke Pulau Redang Ini Sebenarnya

Untuk pengetahuan semua, cara untuk ke Pulau Redang ni ada beberapa kaedah. Jika datang dari Kuala Lumpur boleh terus ke Terengganu dengan menaiki kenderaan sendiri, pengangkutan awam mahupun flight. Ohya, jika hendak menjimatkan masa adalah lebih baik naik pengangkutan awam atau flight secara terus sehingga ke Kota Bharu sebagai destinasi tujuan. Kemudian bolehlah menaiki kenderaan awam lain sehingga ke jeti untuk menaiki boat yang akan ke Pulau Redang. 




Jeti yang paling dekat untuk ke Pulau Redang adalah Merang dan juga jeti Shahbandar manakala jeti terdekat untuk ke Pulau Perhentian pula adalah Jeti Kuala Besut. Dengan berhenti di Kota Bharu terlebih dulu kalian boleh jimatkan banyak masa kerana jeti-jeti ini tidaklah terlalu jauh dengan sempadan Kelantan. 

Bagusnya jika mengambil pakej bercuti dengan Alur Galley Suites ini kalian boleh terus jeti mereka sendiri yang lebih bersifat persendirian untuk ke Pulau Redang tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak di jeti-jeti utama yang telah disebutkan tadi.




Malah apa yang lebih menariknya lagi, semua pelanggan Alur Galley Suites turut diberikan tapak untuk parking kereta secara percuma. Kiranya dari mula pergi ke Pulau Redang untuk aktiviti snorkeling pada waktu pagi sehinggalah pulang semula pada waktu petang, para pelanggan tak perlu pening kepala tentang kenderaan masing-masing. Kiranya pakej bercuti secara day trip dengan Alur Galley Suites ini memang sangat eksklusif sekali.


Kelebihan Servis Day Trip Snorkeling (Pakej Setengah Hari Menyelam) Di Pulau Redang Bersama Alur Galley Suites

Ini adalah kali pertama daku menggunakan servis percutian dengan pihak Alur Galley Suites. Apa yang ku perhatikan ramai pelanggan telah memberi maklumbalas yang sangat baik dan kerana itu hati aku ni makin membara untuk bertanyakan soal pakej. 

Berdasarkan segala info yang ku perolehi, pihak Alur Galley Suites ini telah lama dan telah ramai rupanya pelanggan dari dalam dan luarnegara yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Daku pun bertanyakan juga apakah sebenarnya aktiviti untuk day trip ke Pulau Redang ini. Dan inilah antara info yang telah ku perolehi wakil team Alur Galley Suites. 



1 - Mempunyai homestay 3 bilik berserta private pool dengan kadar sewaan RM420 semalam untuk weekday, RM450 semalam untuk weekend dan RM480 semalam untuk peak season. 

2 - Pakej day trip untuk bercuti sambil snorkeling di Pulau Redang atau Pulau Perhentian tersangatlah murah dengan kadar RM99 saja / person 

3 - Tempat parkir kereta dan makanan tengahari turut disediakan secara Percuma

4 - Peralatan snorkeling juga turut disediakan secara percuma untuk digunakan di Pulau Redang / Pulau Perhentian nanti

5 - Diskaun makan malam / tengahari sebanyak 10% di Restoran Mr Celup Tepung Station turut diberikan untuk penghuni homestay

Selesai dapat info tersebut daku pun apa lagi terus cari tarikh yang sesuai untuk ke sana dengan famili. Mau taknya, harga RM99 per person tu terlajak murah tau! Jika nak dibandingkan menginap di Pulau Redang saja sudah cecah ribu ringgit belum termasuk pakej snorkeling yang di caj dengan kadar berasingan tu. Ada baiknya daku terus tempah untuk day trip begini. At least ada aktiviti sepanjang hari dan balik nanti boleh terus berehat di homestay yang cantik dan selesa. 

Kenangan Penuh Percutianku Dalam Bentuk Day Trip Ke Pulau Redang Bersama Famili

Pada hari mula bercuti tu daku telah tiba ke homestay penginapan milik Alur Galley Suited bersama famili sekitar jam 11 pagi. Homestay dengan nama Alur Galley Suites ini terletak berdekatan dengan Pantai Penarik. Homestay Alur Galle Suites ini sangat unik kerana lokasinya yang berhampiran dengan laut dan sungai yang sangat famous untuk aktiviti memancing.  Jika tak percaya kalian boleh baca artikel mengenai Alur Galley Suites yang pernah daku kongsikan sebelum ini. Untuk info penuh berkenaan dengan homestay ini kalian boleh baca KAT SINI.


Daku dan para sahabat menyewa homestay untuk penginapan selama 2 hari 1 malam dan disebabkan kami pergi dalam bentuk 3 famili maka sesuai sangatlah dengan homestay berkenaan yang ada 3 bilik di dalamnya. Bagi kalian yang tidak mahu tinggal di homestay ini pun tak mengapa. Kalian boleh terus datang hanya untuk ke Pulau Redang semata-mata. Penduduk sekitar yang ingin bercuti ke Pulau Redang secara day trip ini juga turut dialu-alukan. 

Hari Yang Dinanti Untuk Ke Pulau Redang Akhirnya Tiba 

Tepat pukul 7 pagi kami semua telah berkumpul di jeti Penarik dan waktu itu boat yang telah disediakan oleh pihak Alur Galley Suite telahpun siap sedia menanti. Kebetulan pula waktu itu kami belum breakfast lagi maka sempatlah jamu selera alas perut di kedai makan yang ada kat situ. Hmmm banyak juga pilihan makanan yang ada! Alhamdulillah sedap sedap semuanya. Kedai Makan Selera Pantai namanya dan harga makanan kat sini okay, takde la tahap cekik darah.


Pelbagai menu ada kat sini dari nasi putih, nasi lemak, nasi dagang, lauk pauk. mee dan bihun goreng, roti bakar, telur masak separuh dan lain-lain lagi. Memang banyak pilihan sampaikan diri sendiri tak tahu nak makan apa. Pilih punya pilih akhirnya daku buat keputusan untuk makan roti dengan inti jem strawberi yang telah di bawa sendiri je. Hmmm apa nak buat. Agaknya happy sangat sampai tak lalu makan kot ni!



Ohya, di kawasan belakang Kedai Makan Selera Pantai inilah ditempatkan ruangan untuk parkir kereta para pelancong yang ingin ke Pulau Redang dengan pakej Day Trip bersama pihak Alur Galley Suites. Luas tau tempat parkirnya tu. Yang penting dekat dengan jeti dan free of charge sebab ini semua dah pun termasuk dalam pakej yang telah disediakan.


Selesai urusan bersarapan maka bergeraklah kami ke jeti yang hanya terletak di sebelah kedai makan tersebut. Maka bermulalah pengembaraan kami beramai-ramai dengan menaiki bot untuk ke Pulau Redang. Masa ini perasaan teruja tu sangat kuat! Dub dap dub dap hati ni riang suka gembira nak ke Pulau Redang. Di tambah lagi dengan abang 'pilot' dan 'co pilot' nya yang sangat ramah dan lucu.

Happy je kami semua sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Redang dengan layanan baik mereka berdua. Sebelum perjalanan doa selamat turut dibacakan supaya semuanya berjalan dengan lancar.



Jarak Dari Jeti Ke Pulau Redang Mengambil Masa Sekitar 45 Minit

Untuk Pulau Redang day trip bersama Alur Galley ini akan mengambil masa dari pagi hingga ke petang. Manakala jarak dari tanah besar ke Pulau Redang pula adalah dalam 45 minit. Mula-mula rasa nervouslah juga takut muntah ke apa tapi seriously sangat best dengan angin yang segar. Takde sapa pun muntah termasuk kanak-kanak. Semuanya still and steady. Alhamdulillah.




Sebagaimana yang telah diberitahu lebih awal oleh pihak pentadbir Alur Galley Suite sebelum ini, kami semua akan di bawa untuk berhenti di 5 tempat hentian yang berbeza di sekitar Pulau Redang itu sendiri. Paling best dapat snorkeling tapi dalam hati cuak giler tau sebabnya daku ni tak reti berenang langsung! Hahahaha..... 

           Baca Juga : Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil & Kanak-Kanak



Pulau Redang Day Trip Bersama Alur Galley Sangat Happening Dan Best Dengan 5 Checkpoint (Pit Stop)

Akhirnya tibalah kami semua ke destinasi-destinasi tersebut. Bila berhenti saja 'mr pilot' terus keluarkan peralatan snorkeling untuk kami semua gunakan. Sebagaimana yang telah diberitahu dulu dan inilah juga yang berlaku. Alhamdulillah peralatan snorkeling turut disediakan tanpa apa-apa bayaran cuma jangan kasi hilang je dan hanyut je.. kalau hilang hanyut kena bayarlah yer... =D


Disebabkan daku ni ada fobia dengan air sebab punya pengalaman lemas suatu ketika dulu, maka Encik Suami pun takdelah push untuk daku masuk ke dalam air. Tapi, sebaliknya yang berlaku apabila daku sendiri yang hendak masuk ke dalam air tu. Mana tahan cantik kot tempat tu! Maka Encik suami pun prepairlah pelampung untuk bini dia ni. 

Dalam masa yang sama abang pilot dan co pilotnya yang memang dah punya pengalaman luas dengan skill sebagai penyelamat turut ada untuk pantau keadaan kami semua kalau-kalau timbul sebarang kecemasan.



Checkpoint #1 : ALUR AKAR

Pit stop pertama untuk pakej day trip Pulau Redang bersama Alur Galley ini adalah Alur Akar. Harap betullah nama ni sebabnya tahu nama ni pun bila dengar abang-abang guide kami ni sebut. Kat sini memang best sebabnya ada banyak ikan. Bermacam jenis bermacam warna. Cantik yang amat sangat! Air kat sini memang sangat jernih dan bersih. Syukur masa tu arus juga tidak deras mana so dapatlah anakku turun sekali.




Daku juga amat berterima kasih dengan staff yang pihak Alur Galley Suites sediakan sebabkan tanpa mereka memang kami agak nervous juga. Yelah rombongan cuti kami ni melibatkan kanak-kanak dan pengalaman dalam air pun takde la sehebat abang-abang staff ni. Hebat tak hebat staff Alur Galley Suites untuk trip ke Redang ni hinggakan anakku sendiri berasa sangat selamat. Siap tak nak berenggang langsung tu dengan 'pakcik lifeguard'. Terima kasih banyak sebab sabar je dengan kerenah anak-anak kami semua. 


Nampak tak semua ikan tu? Ya Allah banyak sangat tau! Cantik giler... Memang nampak dengan jelas dan punyalah sangat teruja hinggakan semua bekalan roti inti jem strawberi yang konon-konon di bawa sebagai bekal telah habis kami kasi pada ikan-ikan ni semua. Hahahaa... jeng!


Daku sendiri gunakan kesempatan ni untuk turun tapi nervous wehh! Yelah sebab ada fobia dengan air kan. Tak sedar pulak tu pelampung kami dah hanyut makin jauh dari bot. Mujurlah abang guard sentiasa dok perati je kami semua ni. Bila nampak kami makin jauh terus datang untuk bawa kami ke tepi bot semula. Dah macam hero penyelamat betul. Alhamdulillah.... 



Checkpoint  #2 : PULAU LIMA

Trip ke Pulau Redang diteruskan dengan pit stop yang ke dua. Tempat checkpoint yang ke dua ini digelar sebagai Pulau Lima. Okay kat sini agak mencabar sebabnya ia kurang sesuai dengan keadaan kami yang tidak berapa hebat dalam skill menyelam. Untuk yang hebat dengan skill menyelam dan snorkeling bolehlah lihat pelbagai spesis ikan dan lain-lain kat sini.

Arus kat sini pun agak deras sikit so memang sangat-sangat tak berani nak terjun. Kan tak pasal-pasal pelampung kami makin hanyut jauh... Nampak sangat ayat orang takut dengan air kan? But pemandangan kat sini memang lawa! Sangat sesuai untuk sesi bergambar dan selfie. 



Daku sendiri sempat jugalah bergambar ala-ala duyung yang tak sedar diri. Mau taknya, masing-masing dah beranak pinak kot! Apapun credits untuk encik suamiku yang sudi jadi photographer tak bergaji. Dan credits juga untuk suami-suami kami semua yang dengan rela hati sudi pegang dan jagakan anak sementara kami nak berposing. Ala sekali sekala je pun, apalah salahnya kan?


Checkpoint #3 : LONG BEACH 

Day trip kami ke Pulau Redang kini berhenti di destinasi yang ke tiga iaitu Long Beach. Haa kat sini memang port paling popular untuk semua pengunjung Pulau Redang. Pasirnya putih, luas dan memanjang. Ditambah lagi dengan air laut yang membiru dan jernih. Ombak datang dan pergi membasahkan kaki. Oh nikmat sangat kat sini! Anak-anaklah yang paling best sebab dapat main pasir pantai dan air. 



Kesempatan berhenti di sini kami gunakan juga untuk makan tengahari. Lapar oi.... dah la roti habis kena makan dek ikan. Dari mana dapat bekal nasi tengahari untuk di makan ni? Ini semua adalah dari pihak Alur Galley Suites sendiri. Bekal makanan tengahari ni telahpun di masukkan sekali dalam pakej sebagaimana diberikan tempat untuk parkir kereta tadi so tak payah rungsing soal makan tengahari ye. Just enjoy the moment with our love friends and families. 



Kat sini juga dapatlah rehatkan diri dan lepaskan penat kejap. Sementara tunggu anak-anak puas bermain dapatlah juga bergambar sekeping dua sebagai bukti benar-benar telah jejakkan kaki ke Pulau Redang yang cantik teramat sangat ni! 


Checkpoint  #4 : TELUK BATU SAUH

Hampir 2 jam juga kami di checkpoint yang ke tiga, akhirnya naik bot semula untuk ke checkpoint yang ke empat. Kat sini 'mr pilot' tanya sama ada nak turun snorkeling atau tidak? Hmmm fikir punya fikir masing-masing tak nak turun. Sebabnya semua dah excited nak ke tempat yang terakhir. Mau tak teruja bila di beritahu kat checkpoint yang ke lima tu ada penyu. Hip hip hooorayyyy....




Checkpoint  #5 : TELUK DALAM

Inilah tempat yang dikatakan ada penyu tu. Nama tempat ni adalah Teluk Dalam. Kat sini semua dah teruja nak turun dan yang paling bestnya air kat sini tenanggg je.. macam kat sungai pulak. Jernih jangan cakaplah. Biru je dengan rasa suam sejuk. 


Pada mulanya encik suami dah syok sangat sebab dapat berenang bebas tapi at the end dia terpaksa mengalah bila anakku Awwal sibuk nak turun juga ke dalam air. Apa nak buat, mengalah je la kan? Daku sendiri alhamdulillah boleh turun juga dan kali ni memang tak ada rasa takut macam awal-awal tadi. Siap dah boleh lepas tangan dari pelampung! Tapi sayang takde gambar.. alahai...


Apapun hari tu memang happy sangat sebab boleh berenang bersama penyu. Uwaaa rasa nak nangis pula hati ni bila dapat lihat penyu datang dekat! Penyu kat sini jinak tau! Langsung tak gigit. Banyak ekor jugalah yang datang dan masing-masing bukan main bersorak sukahati gembira bila lihat penyu datang dekat untuk berenang bersama-sama. Siap ada adegan kejar mengejar punyalah nak berenang lama-lama dengan si penyu yang unik dan special ni. 


Day Trip : Pergi Pagi Balik Petang

Setelah puashati dan di tambah lagi dengan hari yang dah semakin petang maka kami pun beransurlah pulang. Masa ni aduh sedih sangat-sangat! Masing-masing rasa masih berat hati nak lepaskan penyu-penyu ni dari pandangan mata. 

Dalam perjalanan pulang ni anak-anak kami mula melelapkan mata seorang demi seorang. Agaknya masing-masing penat bermain dan berenang dalam air. Aku sendiri pangku Kasih yang terlena di atas riba.


Jujur cakap, bagi pendapat peribadiku sendiri, percutian ke Pulau Redang bersama keluarga cara termurah dengan Alur Galley Suites ini sangat-sangat berbaloi. Dari terpaksa habiskan beribu ringgit semalam untuk menginap di Pulau Redang berkenaan rasanya daku lebih prefer untuk bercuti dengan cara yang jauh lebih murah bersama pakej day trip dari Alur Galley Suites. Walau tak dapat bermalam di Pulau Redang but at least daku tetap boleh nikmati saat manis kat sana dengan kadar yang sangat minima. 


Kalau korang berhajat nak bersnorkeling di Pulau Redang dengan kos belanja yang sangat murah, daku nasihatkan korang ambillah Pakej Snorkeling Pulau Redang DayTrip dengan pihak Alur Galley Suites ini. Bukannya apa, servis Pakej Pulau Redang bajet (murah) diaorang memang sangat terbaik di tambah lagi dengan bermacam fasiliti dan staff juga alhamdulillah semuanya sangat ramah dan sempoi... dah macam berada dengan famili sendiri pula sepanjang bercuti kat sana. Sampaikan terasa rinduuuu sangat tau bila dah habis cuti tu... 



Sedang Mencari Pakej Bajet di Pulau Redang? Berhajat Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Tapi Tidak Tahu Aktiviti Apa Harus Dilakukan? Lekas Tempah Pakej Day Trip Dengan Alur Galley Suites Sekarang Juga! 

Ohya, pihak Alur Galley ini turut menyediakan pakej day trip sekali snorkeling untuk ke Pulau Perhentian juga. So kalian boleh pilih nanti semasa hendak membuat tempahan sama ada ingin ke Pulau Redang ataupun ke Pulau Perhentian. Untuk info lanjut yang berkaitan kalian boleh hubungi wakil pihak Alur Galle Suites yang sah melalui detail di bawah ini :


ALUR GALLEY SUITES | PAKEJ DAY TRIP MURAH & BEST KE PULAU REDANG
Call / Whatsapp :   60199443929  

Alamat Premis Perniagaan :
Jln Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.