Joylee Olber Series Traveller Backpack - Beg Galas Isi Barang Bayi Yang Ohsem!Lain orang lain citarasa dan bagi aku ini, daku sukakan beg yang boleh memberikan aku banyak faedah! Dalam erti kata lain daku sukakan beg yang boleh membantu aku membawa pelbagai barangan dengan cara yang sangat mudah bawa, ada style dan juga tahan lasak. Eh macam cerewet sangat pula bunyinya kan?

Jika dulu memang daku suka beg yang nampak cantik di bahu tetapi sekarang tak lagi. Sesuai dengan anak-anak yang aktif semasa keluar daku sekarang lebih gemarkan beg lampin yang boleh ku isi dengan pelbagai barang baby. Makin best, beg lampin sekarang bukannya macam dulu lagi. Beg lampin (diaper bag) sekarang datang dengan pelbagai gaya seperi beg tote, beg sandang dan beg galas belakang (backpack).



Dalam banyak-banyak style, daku lebih gemar menggunakan backpack mummy diaper bag kerana ternyata ianya lebih mudah untuk digunakan dan lebih senang untuk bergerak sambil mendukung anak. Jika beg sandang di sebelah bahu atau perlu pegang di tangan, eh macam leceh jer... mana nak dukung anak lagi, mana nak pegang beg lagi... alamak! Rimasnya.... 

Nak dijadikan rezeki, baru-baru ini daku ada terlihat satu website dengan nama JOYLEE Olber Series yang sedang hangat mengadakan promosi untuk beg galas barang bayi yang ohsem untuk mama dan papa guna. Warnanya yang cantik dan sesuai untuk kegunaan unisex (mama dan papa) membuatkan mata aku semakin bersinar untuk memilikinya. 




Bag Travel Tahan Lasak Pelbagai Guna Yang Sangat Menarik!

Saat pertama kali melihat detail yang diberikan, eh betul ke ni? Mau taknya banyak giler kelebihan yang ada pada  Joylee Olber Series Traveller Backpack ni. Tak terkira tau! Lepas satu ternampak pula satu lagi kelebihan lain. Semua aspek diteliti dan perinciannya benar-benar membuatkan seorang ibu seperti aku ini jatuh kagum. 

Antara kelebihan yang ada pada diaper bag dari jenama Joylee ini adalah seperti mempunyai poket yang sangat banyak, kalis air, warna yang menarik dan nampak stylo, mudah disesuaikan dengan apa juga gaya, design yang menepati selera mama papa, tahan lasak untuk di bawa semasa bercuti dan mesra pengguna dengan pelbagai aspek tambahan mengikut keperluan cahayamata tersayang. 



Beg Berkualiti Diterima Dengan Penuh Rasa Puashati 

Beg ini didatangkan dalam beberapa warna pilihan iaitu Hitam, Kelabu dan juga Biru. Daku memilih warna biru kerana ia nampak lebih menyerlah dan ceria. Sesuai sangatlah juga dengan karakterku yang agak sukakan suasana riuh ini. 

Saat pertama kali memegang diaper beg jenama Joylee ini, yes! Inilah beg barangan baby yang ku cari-cari selama ini. Ya inilah dia! Akhirnya berjaya juga daku mendapatkannya dengan harga yang sangat rendah. Ini kalau beli kat oversea hmmm mau rabak poket okay. Tak sangka dapat beli dengan harga menguntungkan dari pihak Joylee. 



Kenapa daku cakap beg ini sangat best dan terbaik? Apakah ciri-cirinya hingga membuatkan daku berada di tahap jatuh cinta yang sangat teruk? Tak apa, ini haa daku kongsikan sebab musababnya berserta dengan gambar. Manalah tahu kalau-kalau ianya dapat dijadikan panduan pada kalian yang sedang dalam misi mencari diaper bag sebegini juga. 


10 Kelebihan Utama Diaper Bag Joylee Berbanding Jenama Yang Lain 

1. Sesuai Untuk Kegunaan Harian dan Semasa Travel

Apabila hendak pergi melancong sama ada dalam jangka masa yang panjang atau pendek, pasti memerlukan beg untuk isi barangana anak kesayangan kan? Nak isi bajulah, botol susulah, makananlah, lampin pakai buang lagi... hmm penuh satu beg. Alih-alih barang mommy dah tak muat nak isi sekali. Jangan risau diaper bag Joylee ini sangat sesuai saiznya untuk isi barangan mommy dan baby secara sekaligus.




2. Ruang Yang Luas Untuk Isi Pelbagai Barangan Peribadi 

Nampak tu, bukan setakat barang baby je tapi laptop mama papa pun boleh isi sekali. Sangat sesuai sebabnya bagpack dari Joylee ni sangat lembut dan boleh di isi dengan pelbagai barangan tanpa rasa risau. Memang sedang elok je saiznya untuk di bawa ke mana saja dengan senang.



3. Mempunyai 20 Poket Kesemuanya

Macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. 20 poket okay! Haa punyalah banyak! Poket-poket ni ada yang side insulated pocket, wet tissue pocket, multi-use pocket, food and drinks compartment, diapers & changing compartment, dan paling best ada anti -theft hidden pocket di bahagian belakang bag.


Haa bayangkan mana nak cari beg yang serba lengkap begini. Sangat-sangat berguna untuk mama papa yang ada anak kecil. Bahagian poket hadapan yang tahan panas ni paling menarik perhatian sebabnya dah boleh bawa susu siap bancuh dalam botol untuk anak dengan senang tanpa perlu bersusah payah macam dulu lagi. 



4. Zip Dan Mutu Jahitan Yang Sangat Berkualiti 


Tidak hanya menitikberatkan isu kemudahan, kualiti juga turut di beri perhatian sekali. Buktinya zip yang digunakan pada diaper bag jenama Joylee ini sangat bermutu tinggi. Jahitannya juga sangat kemas dan teliti. Bila zip di tarik eh dah macam tak nampak pun batas zip tersebut. Smooth je.



5. Tidak Mudah Kotor Dan Bersifat Kalis Air Serta Tahan Calar 

Beg ni juga amat mudah dibersihkan sebab ianya kalis air dan juga mudah nak jaga kerana diperbuat daripada shield coated fabric and scratch resistant. Dengan ciri-ciri begini barulah boleh terus nampak kekal baru walaupun dah di bawa ke mana saja. Pada bahagian dalamnya juga ada poket tambahan yang boleh ditanggalkan untuk di isi dengan baju kotor dan sebagainya. Hebat kan?



6. Sangat Selesa Dengan Perlindungan Penjagaan Tulang Belakang

Size tali sandangnya memang agak besar dan sangat selesa. Terasa ringan je kat bahu. Bila di teliti pada info, oh ini dipanggil sebagai thick 3D breathable padded back & shoulder straps. Ia adalah rekaan beg dan material yang melindungi tulang belakang. Patutlah selesa dan tak sakit walau dah lama galas kat belakang.



7. Tali Sandang Yang Boleh Laras 

Size talinya juga boleh di laras mengikut bentuk tubuh dan ketinggian. Sebagaimana yang dikata tadi, ini adalah beg unisex (untuk mama papa) jadi bolehlah di laras mengikut keselesaan saiz tubuh masing-masing. Beli satu tapi boleh pakai sama-sama, jimat sangat-sangat!



8. Pemegang Turut Dijahit Dengan Sangat Teliti


Selain untuk di bawa secara sandang belakang, tali pemegang pada bahagian atas juga ada. Ini memudahkan lagi urusan penggunaan beg dan dengan adanya tali begini bolehlah juga di letakkan pada on luggage, digayut di strolley dan juga secara hand carry. Nak bawa naik ke dalam pesawat pun mudah ni sebabnya ia ringan, bersaiz sederhana dan sangat praktikal.



9. Turut Ada Dispenser Tisu Basah

Bila sebut diaper bag, perkara pertama di fikiran adalah untuk mudahkan urusan tukar lampin pakai buang dan sebagainya kan? Jadi memang tisu basah diperlukan untuk tukar lampin dan juga untuk lap tangan anak untuk tujuan kebersihan. Jika dulu bila perlukan tisu basah ni terpaksa kena buka zip dan cari. Tapi dengan Joylee Olber ni tak payah lagi susah payah buka zip semua. Hulur je jari terus boleh tarik berapa banyak tisu basah yang nak digunakan.


10. Mempunyai Banyak Ciri Tambahan Tersembunyi Lain Yang Sangat Wow!

Selain daripada apa yang telah diterangkan tadi, sebenarnya masih ada lagi ciri-ciri tambahan lain yang ada di diaper bag Joylee Olber Series ini. Antaranya ada 'poket rahsia' untuk isi handphone dan dompet mama dan ada juga klip di bahagian dalam yang boleh digunakan untuk gantung puting baby.



Sedang Mencari Diaper Bag Hebat Untuk Travel Bersama Baby? Jangan Fikir Banyak Kali! Dapatkan Joylee Olber Series Sekarang Dengan Harga Promosi!!!

JOYLEE™ OLBER SERIES - TRAVELLER BACKPACK – JOYLEE ᴗ Grow up. All that you need is a diaper bag that cuts these hassles and eases your mind! Terus terang ini adalah antara beg bayi serbaguna yang patut dimiliki. Joylee bukan sekadar nama tetapi benar-benar sangat ohsem untuk berada di kalangan ibu dan baby. Daku sendiri sangat happy kerana Joylee benar-benar dapat memudahkan tugasku sebagai ibu. 



Untuk melihat harga sebenar dan jumlah diskaun, kalian boleh terus pergi ke mana-mana halaman di bawah ini. Jom cepat dapatkan diaper bag Joylee yang super duper best ni sorang satu sebelum semuanya licin di rembat orang lain.








Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.