HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive - Untuk Wanita Tiada Masa Bersolek | Setiap wanita pasti ada barangan makeup favourite masing-masing kan? Dan bagi diri daku ini, daku paling suka kenakan krim kecantikan dari Yatie Ali.

Siapa itu Yatie Ali? Kalau nak tahu kena baca artikel ni sampai habis dan suka juga untuk dimaklumkan yang ini bukanlah review berbayar. Daku kongsikan info mengenai krim kecantikan ini kerana daku sendiri pakai dari dulu sampai sekarang.


Sebelum daku beritahu siapakah Puan Yatie Ali ini sebenarnya, suka untuk daku perkenalkan krim kecantikan ini dahulu sebabnya daku sendiri dah lama pakai! Dah lebih setahun rasanya dan apa yang paling best sebekas krim ni boleh tahan selama 4 ke 5 bulan penggunaan. Jimat yang amat sangat! Sebab tu daku memang suka giler dengan HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ni. 


Sebab Utama Mengapa Daku Suka HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive

Sebab utama mengapa daku sangat sukakan HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ini adalah pada teksturnya yang sama sekali tidak berminyak. Malah nak pakai tu cukup senang dan tak bercapuk. Memang sesuai sangat dengan diri aku yang tak minat sangat nak menempek depan cermin lama-lama. Mudah cakap, HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ni sangat sesuai untuk wanita yang tiada masa bersolek ataupun yang kurang pandai untuk bersolek. 


Selain daripada jimat, tak berminyak dan senang pakai, HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ini juga mampu mengawal kadar minyak di wajah. Ia juga dapat naturalkan kulit wajah disamping membuatkan wajah semakin sempurna dan berseri. Walau hanya perlu guna sikit saja tapi ia mampu bertahan sehingga lebih 12 jam tanpa perlu touch up. 

Bekas pun nampak sangat 'mahal' dan eksklusif selain mudah untuk dibawa. Masuk je dalam handbag dah settle masalah. Takdenya mudah pecah ke apa. 

Tak hanya itu, HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ini juga boleh bertindak sebagai penutup cela pada wajah dannnnn ia juga boleh bantu merawat kulit wajah agar bebas daripada jerawat. Di samping bantu untuk atasi masalah jerawat ia juga dapat pudarkan kesan jeragat yang ada kat muka. 




Sebelum ni daku guna krim kecantikan dari jenama yang lain dan apa yang ku perasan walau mahal tapi tak dapat bertahan sehingga ke 5 bulan penggunaan dan apa yang kurang bestnya krim lama dulu akan jadi comot bila berpeluh. Krim jenama apa tak nak lah cerita kan sini. Dengan HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive, alhamdulillah okay cuma kena pandai ratakan pada permukaan wajahlah. 

Tapi lepas kenal dengan HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ni barulah rasa lega. Selesai masalah krim melekat kat tudung bila tiap kali berpeluh macam dulu. Apa yang makin best, krim kecantikan dari Yatie Ali Exclusive ini sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan penggunaan krim ni tak perlu juga lagi nak pakai foundation dan bedak.


Ohya selama daku pakai HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ni alhamdulillah tak ada mengalami sebarang pengelupasan sama sekali. Lembut je kat kulit dan jika di baca pada label ia mengandungi SPF 35, tiada bahan kimia berbahaya dan turut ada kelulusan KKM dengan kod NOT151000301K.

Siapakah Yatie Ali Ini Sebenarnya? 

Puan Yatie Ali ini sebenarnya seorang tatarias yang agak terkenal la jugak! Beliau ni dah lama dalam bidang kecantikan dan bukan setakat ada bisnes grooming malah turut buka kelas bagi sesiapa yang nak belajar bermakeup! Siap ada office dan studio makeup sendiri untuk mengajar mereka yang berminat.




Untuk produk keluaran beliau ni pula, memang dah lama ada kat pasaran. Dah bertahun-tahun cuma daku ni baru je kenal setahun yang lepas dan alhamdulillah so far memang tak ada apa masalah dan masih lagi guna sampai sekarang. 




HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive paling elok hasilnya jika dipakai dengan menggunakan 'beauty blender'. Span ni boleh dibasahkan untuk pemakaian yang tampak lebih licin pada wajah atau boleh juga dipakai kering. Tak kisahlah, ikut mana-mana mengikut kesesuaian. Dan selalunya memang ada promosi dengan pemberian beauty blender ni secara percuma dengan setiap kali pembelian. 


Mengikut Puan Yatie Ali juga, produknya menggunakan bahan semulajadi dan ianya dikeluarkan dan diproses di Kilang milik orang Muslim dan Melayu. Kat mana kilang tu daku kurang pasti, kalau nak tahu juga kena gi tanya foundernya sendiri tapi so far memang owner beritahu yang produk beliau selamat, mesra solat dan halal. Semua ni diberitahu secara terang-terangan di FB Pages Akak Jelita. 

Soalan mengenai timbang kilo juga turut di jawab. Untuk kesahihan atas apa jua soalan, boleh terus ajukan pada Puan Yatie Ali sendiri. Cara nak hubungi ada kat hujung artikel ni nanti.



Sebagaimana yang telah daku katakan tadi, ini bukannya sebuah review berbayar. Ini hanyalah sekadar sebuah perkongsian mengikut pengalamanku sendiri sebagai pengguna. Nak ikut cuba guna HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive ini ataupun tidak, itu atas keputusan sendiri. 

Daku tulis artikel ni hanya sekadar sebuah perkongsian semata berdasarkan pengalaman sendiri selama menggunakannya. Harap-harap HD Beaute Cream Yatie Ali Exclusive akan terus okay dan tak ada sebarang masalah, InshaAllah. Namun tahap kesesuaian dan hasilnya itu semua atas kulit wajah masing-masing la ya. 


Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi :

Yatie Ali Exclusive Enterprise,
17-2, Jalan Impian Perdana 1, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Facebook: Akak Jelita
Instagram: @akakjelita
Website: www.akakjelita.com






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.