Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Projek DIY : Bina Almari Pantry (Almari Lauk) Sendiri

Projek DIY : Bina Almari Pantry (Almari Lauk) Sendiri| Hari ni daku nak kongsikan pengalaman usahakan projek buat kabinet / almari dapur (pantry) diy yang dibuat oleh suami. Manalah tahu kalau-kalau ada yang sedang mencari idea untuk buat almari pantry dapur sendiri, bolehlah jadikan pengalaman kami sebagai bacaan sampingan. Almari dapur diy yang di buat ini ringkas saja cuma berguna untuk pelbagai fungsi. 


Projek Bina Almari Pantry Terjadi Secara Spontan

Rak simpan makanan kat dapur ni sebenarnya terjadi secara spontan. Hajat hati bukannya nak almari pantry tapi daku perlukan sebuah rak pinggan untuk gantikan rak pinggan yang sedia ada pada masa tu. Sebabnya rak pinggan tu dah uzur sangat dan sebelah kakinya dah karat dan patah kat bawah. Maybe sebab banjir besar dulu juga kot! 

Inilah rupa rak pinggan dulu, memang dah bertahun usianya ni. Sebelah kaki tu dah patah kat bawah dan daku letak pelapik batu (yang guna untuk peti ais lama) untuk seimbangkan. 


Bila sebut hasrat hati kat suami, dia cakap okay! Boleh buat... tapi nak lebih cantik guna dish rack stainless steel yang boleh tolak tarik tu. Daku pun apa lagi, macam nak lompat ke bintanglah. Mau taknya dah lama kot nampak rak macam tu kat umah mat salleh masa tonton TV. Perghhh berangan tak khabar ingat ni... Hahaha... 

Maka untuk sempurnakan misi ni, suamipun surveylah harga untuk stainless steel punya rack dish. Nak tahu berapa harga dia? RM250 satu weh.... mak bapak mahal... Tapi memang ada kualitilah. Saat ni daku dah cuak dah.. bajet asal RM300 je. Alamak!

Maka perbincangan semulapun dilakukan secara tergempar dengan suami. Congak itu congan ini, fikirkan soal size dan sebagainya. Akhirnya kami nekad untuk share bajet. Kiranya daku keluar separuh dan suami keluar separuh. Ok ngam. 

Tips Untuk Hasilkan Almari Pantry Diy 

#1 - Fikirkan Design Dan Buat Lakaran Kasar

Suami pun mulalah buat lakaran kasar. Suami anggarkan saiz separas dada aku ni je. Semuanya ada tiga tingkat. Tingkat yang pertama dan kedua akan ada ditutup dengan pintu dan jaring. Manakala tingkat paling bawah adalah untuk diletakkan rak. Atas sekali pula daku boleh letak barangan elektrik yang ada untuk kegunaan dapur. 

Soal warna kalau ikutkan hajat hati daku nak warna putih tapi disebabkan suami cakap kurang sesuai maka daku setuju untuk kekalkan tekstur kayu asal. Hanya letak varnish sajalah. Terus terang daku sama sekali tak tahu macamana rupa sebenar yang suami aku bayangkan. Yang daku tahu hanyalah berdasarkan info ringkas tersebut. Tak kisahlah asalkan jangan over bajet melampau sangat sudah. 

#2 - Beli Barangan Utama Yang Perlu Dulu

Disebabkan niat utama adalah untuk buat rak pinggan maka kami mulakan misi dengan membeli rak stainless steel dulu. Kami pun pergilah beli secara direct dari kedai khusus yang jual barangan sebegini kat area rumah ni. Kalau dulu suami pergi seorang kali ni pergi berdua dengan aku, masuk je kedai mak dato rasa nak pengsan! Gila banyak jenis rak untuk pemasangan kabinet, almari dan pantry sampaikan daku dah jadi macam orang sasau. Lawa-lawa weh. Punyalah excited sampaikan satu gambar tak sempat snap. Jeng! 

Lepas puas belek-belek katalog untuk buat pilihan, akhirnya daku dan suami buat keputusan untuk beli 2 jenis barang. Daku ambil yang saiz paling kecil je sebabnya memang nak buat almari saiz sedang yang kena dengan dapur sempit kat rumah tu. Kalau besar-besar kang dah makan ruang pulak. Total-total kena RM400. Ok takpe, bayar dan terus balik. 



#3 - Beli Kayu Mengikut Anggaran 

Dah siap ambil ukuran untuk rak pinggan stainless stell tu, sekarang bermula pula operasi untuk beli kayu-kayu. Kayu ni tak mahal mana pun.. Total-total semua (beli beberapa kali ikut peringkat) lebih kurang RM350 je. Maknanya kalau daku tak jadi letak rak pinggan stainless tu memang boleh selamat yang amat sangat. So kalau kalian berhajat nak buat almari pantry atau almari lauk atau kabinet dapur sendiri yang cantik dan kemas,  boleh je buat dengan bajet yang rendah. 


Selesai urusan membeli kayu maka daku serahkan segalanya pada suami. Daku memang tak pandai weh bab-bab potong kayu bagai ni. Sekadar bantu tolong pegang sikit-sikit bolehlah. Maka daku pun ambillah gambar fasa demi fasa mengikut apa yang suami kerjakan. Serius cakap makan masa jugalah nak siap, lagi-lagi sebab buat hanya pada waktu cuti ari Jumaat saja. 



#4 - Mulakan Kerja Pemotongan Dan Pemasangan








Akhirnya..... 

Selepas penat bersusah payah buat sedikit demi sedikit bila balik kerja dan hujung minggu, inilah dia rupa almari pantry / almari lauk yang berjaya suami hasilkan. 















[ Baca Juga ] : 
+ Pengalaman Deko & Makeover Pejabat Soho Di Rumah 
+ Cara Jahit Langsir Dapur Paling Simple (30 minit siap!)
+ Projek Diy Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri 
+ Kotak Cinta Dari Suami 
+ Pengalaman Hias Rumah Sendiri Dengan Gaya Scandanavian 



Penerimaanku Terhadap Almari Pantry DIY Ini 

Daku suka pada saiznya yang tidak terlalu besar dan sedang elok dengan ketinggian diri sendiri.  Nampak comel je. Walaupun keinginan hati nak warna putih tapi daku bersyukur sebab dengar cakap suami untuk kekalkan warna kayu yang sebenar. Dengan warna kayu ni nampak lebih cantik dan menonjol. Rasa lebih sayang pun ya jugak!


Berbanding dengan almari pakaian dan almari buku yang ada kat rumah ni, nampaknya almari pantry ni dah makin mendapat tempat di hati. Sebabnya macam-macam barang makanan daku boleh 'sumbat' kat dalam ni. Bahan masakan kering apa yang ada dah ada tempat yang sesuai dan sempurna. Lalat. lipas dan cicak pun dah tak boleh berani-berani datang dekat lagi. 

Sepatutnya dari dulu almari lauk begini patut ada tapi tak apalah. Siap sekarang pun tak apa, lagipun ini memang bukan niat asal. Kebetulan kerana rak pinggan tu dah rosak je sebenarnya. Sekali pandang seakan-akan dah miliki almari Ikea la pulak! Eh.. perasan! Haha




Nota Akhir : Tetap Murah Yang Buat Sendiri Dari Beli 

Ternyata kerja membuat almari / kabinet dapur begini memang sangat mencabar. Total akhir selepas pengiraan lebih kurang RM800++. Plan projek diy almari dapur ni memang betul-betul bikin poket tergugat gara-gara nak letak rak stainless steel tu. Tapi nasib baiklah buat sendiri jadi bolehlah beli barang tu sikit demi sikit. Kalau keluar kos sekaligus alamak, pening kepala la jawabnya. 

Dan bagi kalian yang sedang mencari contoh kabinet dapur simple bolehlah jadikan design ini sebagai salah satu contoh untuk buat almari pantry / almari lauk sendiri. Bila difikirkan balik, almari ni ada ciri klasik (tutup pakai jaring) dan ada gaya modern juga. Gabungan lama dan moden la kiranya. Untuk jimat, jangan sesekali letak rak stainless steel tu ye. Beli kayu je sudah! =D 

Alhamdulillah settle...... Macamana? Ada apa-apa pendapat tak? Kalau ada, boleh share di ruangan komen. Terima kasih... 






7 comments for "Projek DIY : Bina Almari Pantry (Almari Lauk) Sendiri "

  1. Alhamdulillah. Nampak semulajadi, tenang minda

    ReplyDelete
  2. cantiknya..jimat buat sendiri kalau tahu ukuran kan sishawa.. ;)

    ReplyDelete
  3. bila bubuh jaring nampak cantik dan klasik gitu, teringat dulu kat rumah ada almari lauk tu juga..hehe

    https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. alaaa line slow, lambat loading gambar. tak dpt tengok semua gambar ....adududu....

    ReplyDelete
  5. Perghh rajinnya buat diy almari. Cantik pula tuu hehehe.kagumm!

    ReplyDelete
  6. macam almri lejen gitu.. tapi dinaiktaraf sekali dgn rack dish

    ReplyDelete