Minuman Diet Bobba Fitz : Baru Cuba Dah Turun Berat Berkilo Kilo, Memang Terkejut! | Sebagai seorang wanita, pastinya daku punya keinginan untuk terus kekal kurus. Itu boleh dikatakan satu lumrah kerana memang ramai wanita ingin tahu cara untuk kurus dan cara-cara ini selalunya boleh buat wanita sepertiku tergoda. Sayangnya, keinginan untuk kurus itu tinggi tapi bukan mudah untuk mencapainya. Mungkin kerana untuk kurus ini ada kaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang diambil setiap hari hingga menyebabkan ianya tak berhasil kerana sukar untuk ubah pola corak pemakanan. 

Akibatnya, bila berat badan dah mula naik berkilo-kilo macam takde break, barulah jadi kelam-kabut dengan nak cuba pelbagai jenis diet untuk turunkan berat badan dengan segera. Padahal, untuk kuruskan badan dah sering dikongsikan tips dan cara utamanya iaitu untuk mula jaga kadar pengambilan makanan dan minuman setiap hari.  

Begitu juga dengan diri daku ini, cuma daku agak bernasib baik kerana telah menemui minuman yang boleh bantu untukku kempiskan perut dan turunkan berat badan sehingga berkilo-kilo hanya dengan amalkan minum minuman rasa coklat setiap pagi. Minuman coklat ini namanya adalah BOBBA FITZ.  

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Nak lihat bukti turun berat berkilo-kilo lepas minum Bobba Fitz? Boleh! Di dalam artikel ini daku akan kongsikan journey pengalamanku dari awal hingga akhir, InshaAllah. 

Lepas Kahwin Berat Badan Macam Kena Pam! 

Sejujurnya, setiap orang idamkan berat badan ideal. Eh siapa yang tak suka untuk kekal kurus kan? Tapi andainya dah nasib begitu, apakan daya. Begitu juga dengan diri daku ini. Bukannya tak mahu kurus dengan berat badan ideal tapi lepas dah punya anak 6 dengan pengalaman enam kali mengandung tu telah memberi kesan juga pada berat badan ini hingga semakin bertambah ke tahap berat sekarang. 

Ops! Jangan ingat daku salahkan proses kehamilan tu pula ya. Walau berat telah bertambah tapi daku sama sekali tidak rasa menyesal dengan jumlah kehamilan yang banyak untuk melahirkan anak yang ramai ni, sebaliknya daku rasa sangat bersyukur kerana kehadiran anak-anak boleh membuatkan hidupku rasa terisi dan tidak sunyi. 

Berat badan naik dengan kegemukan pada bahagian tertentu 

Kenaikan berat badan adalah salah sendiri yang tak pandai jaga makan dan buktinya, dulu semasa masih anak dara berat hanya 50kg saja dengan pinggang bersaiz 26cm. Tapi sekarang ni, berat dah cecah 67kg! Daku naik berat badan kat part tertentu macam perut, paha, lengan dan punggung. Total kenaikan berat badan semasa masih belum berkahwin dengan selepas punya anak enam ini bertambah sebanyak 17kg. Mujurlah agak tinggi, kalau tak.. (paham sendiri) 


Dah Tahu Berat Badan Makin Naik, Napa Tak Cuba Berdiet? 

Eh, dah cuba pun! Bermacam jenis diet jugalah yang daku dah cuba tapi tak mampu nak teruskan hingga ke penghujung. Sebab paling utama apa lagi kalau bukan kerana tak tahan untuk menanggung kehendak nafsu selera makan yang membuak-buak. 

Lagi-lagi jika si kecik yang disuap makanannya tak mampu nak habiskan, mulalah masuk ke dalam mulut sendiri. Alasan utama sayangkan makanan dan tak mahu membazir. 

Tak Cuba Makan Sebarang Pil Kurus atau Bersenam? 

TAK! Daku sangat-sangat tak berminat untuk mencuba sebarang jenis pil kurus sebab daku takut akan kesan sampingannya. Lagipun daku seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya untuk anak-anak seramai 6 orang ini hingga usia mereka genap mencapai umur 2 tahun. 

Jadi daku tak berani bahayakan anak dengan sebarang jenis pemakanan tambahan dalam bentuk pil dan ubat-ubatan yang daku sendiri rasa was-was untuk mencubanya. 

Soal bersenam pula, memang ada alat senaman kat rumah ni.


Bukan tak bersenam langsung sebelum ni, dah buat pun. Tapi, dah namapun sekadar buat ikut mood, kadang-kadang rajin dan kadangkala malas!! Time rajin saja buat, time tak rajin tersadai gitulah semua alatan untuk bersenam kat rumah ni. 

Bobba Fitz - Minuman Diet Pertama Rasa Coklat Boba 

Walaupun tak berjaya dengan diet dan takut untuk makan sebarang pil kurus, namun daku tetap juga intai-intai kalau ada sebarang produk minuman diet terbaik yang boleh dicuba. Banyak jugalah jenis minuman diet terbaik yang ku jumpa setelah di Google dan dalam banyak-banyak minuman diet ini daku paling berkenan dengan minuman diet rasa chocolate Bobba Fitz. 

Minuman diet Bobba Fitz ini memang sudah sering muncul di TV Al-Hijrah dan salah seorang artis yang telah berjaya menurunkan berat badan selepas mengamalkan minuman diet rasa coklat Bobba Fitz ini adalah pelakon dan penyanyi Eira Syazira bersama suaminya Azad. 

Minuman Diet Bobba Fitz :

5 Keistimewaan Utama Bobba Fitz Choco Series Hingga Berjaya Meyakinkan Diri Ini Untuk Cuba 

Daku ini seorang yang cukup tak berani nak cuba sebarang produk yang melibatkan makanan tambahan sebegini tanpa daku sendiri mencari info dan maklumat mengenainya. 

Maka, sebelum mencuba Bobba Fitz ini memang daku dah berusaha mencari dan mengumpul sebanyak maklumat yang boleh bagi meyakinkan diri ini. Bagi meyakinkan diri sendiri tau, bukannya untuk 'menghasut' orang lain. 

#1 – Dikeluarkan Oleh Syarikat Bumiputera Tempatan - Tejja Herbs 

Bobba Fitz dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah syarikat  bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Syarikat Tejja Herbs adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435-D. 

Segala produk dari mereka dijamin keasliannya 100%. Untuk memudahkan urusan jual beli pelanggan, Tejja Herbs mempunyai pasukan yang berpengalaman yang sentiasa menguruskan penghantaran produk dengan pantas, cekap dan efisyen. Jadi kita tak perlu meragui kecekapan dan kepantasan Tejja Herbs dalam menerima pesanan dari pelanggan untuk membeli produk mereka nanti. 

Minuman Diet Bobba Fitz :

Tejja Herbs turut ambil berat soal KKM dan Halal jadi selamat digunakan oleh umat Islam. Bercakap soal KKM dan Halal, Bobba Fitz ini tergolong di bawah kategori FDI. 

Apa Itu Produk FDI? 

Produk FDI adalah produk yang mempunyai formulasi kombinasi bahan makanan yang ditambah dengan bahan aditif (e.g. vitamin, herba, mineral, asid amino dan prebiotik). Contohnya produk minuman campuran botani/herba dan produk makanan kesihatan. Produk FDI ni boleh jadi Ubat/Bukan Makanan dan boleh jadi Makanan/Bukan Ubat. 

Kalau bahan aktif yang ditambah terdapat dalam negative list for FDI dan/atau ada tuntutan kesihatan/perubatan, maka ia jadi Ubat/Bukan Makanan dan dikawal oleh NPRA dan perlu ada kelulusan KKM. 

Minuman Diet Bobba Fitz

Kalau tiada bahan aktif dalam negative list for FDI dan tiada tuntutan kesihatan/perubatan, maka ia dikawal oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan tidak perlu kelulusan KKM. Produk-produk seperti ini, perlu mendapatkan pengesahan pengkelasan produk dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan / NPRA sebelum boleh dikategorikan sebagai makanan atau bukan makanan.


#2 – Bobba Fitz Ingredients : Dihasilkan Dengan Kandungan Bahan Yang Terpilih

Bobba Fitz adalah minuman diet berkesan untuk turunkan berat badan disebabkan oleh kandungan bahan yang digunakan. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman diet Bobba Fitz dengan rasa coklat boba ini adalah :

Minuman Diet Bobba Fitz

Cocoa powder 
Serbuk koko terpilih perasa booba yang sedap

Non-diary creamer
Krimer Bukan Tenusu sebagai pengganti kepada susu segar 

Hoodia Gordonii (di kotak typo tulis Hoocia)
Hoodia (disebut HOO-dee-ah) adalah tumbuhan seperti kaktus yang tumbuh terutamanya di separuh gurun Afrika Selatan, Botswana, Namibia, dan Angola. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hoodia telah banyak dipasarkan untuk penurunan berat badan dan telah menjadi sangat popular. Dalam Bobba Fitz, hoodia hanya dimasukkan dalam kuantiti yang sedikit. 

Fructose (bahasa melayu disebut sebagai Fruktosa)
fruktosa terkandung di dalam buah-buahan. Gula fruktosa adalah gula alami dari buah yang jumlahnya tak terlalu banyak.

Whey Protein
produk sampingan daripada pembuatan keju. Protein whey biasa dipasarkan sebagai makanan tambahan dengan pelbagai tuntutan kesihatan. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan protein whey termasuk anti keradangan, anti kanser dan sebagainya. Kenali apa itu Whey Protein dengan lebih jelas di sini : http://strengthsifoo.com/apa-itu-whey-protein/

Garcinia Cambogia 
Garcinia Cambogia adalah bahan yang terkenal dapat membantu menurunkan berat badan. Kandungan Garcinia di dalam Bobba Fitz adalah 3 KALI GANDA dari produk-produk lain jadi Iemak pun akan 3 KALI GANDA CEPAT HILANG! 


#3 – Mempunyai Banyak Khasiat Dan Kelebihan Untuk Bantu Pengguna Sepertiku 

Salah satu sebab kenapa jatuh cinta dan teruja untuk mencuba produk minuman diet Bobba Fitz ini disebabkan oleh kelebihan dan keistimewaannya seperti : 
  • dapat bantu membakar lemak tepu degil & kalori  yang melekat dalam badan dgn lebih cepat dan pantas 
  • dapat bantu meningkatkan metabolisma untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan 
  • minuman paling mudah untuk mengawal dan mengurangkan selera makan 
  • dapat bantu membuang lebihan toksin lama & mengempiskan perut dengan lebih cepat dan berkesan 
  • dapat bantu mengecilkan  bahagian pinggang , lengan dan peha yang besar dan menggeleber
  • mencantikkan kulit

Minuman Diet Bobba Fitz


#4 -  Ciri-Ciri Bobba Fitz Dengan Kesan Seawal 7 - 14 Hari Penggunaan 

  • Minuman diet pertama yang berperisa coklat bobba (Chocolate Bobba)
  • Digalakkan kepada pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas.
  • Sesuai untuk mereka yang susah nak kawal selera makan tapi nak kurus
  • Sesuai juga untuk mereka yang tak ada masa untuk bersenam tetapi mahu kurus
  • Tidak perlu ikat perut berlapar demi kurus
  • Rasa kenyang walau hanya makan 1 sachet Bobba Fitz sehari sekali
  • Kesan selepas pengambilan seawal  7 hingga 14 Hari

#5 -  BBobba Fitz Boleh Memberi Kesan Pada Lelaki Dan Perempuan 

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Soal Jawab Berkaitan Bobba Fitz (Q&A ):


Q : Sesuai tak untuk ibu yang menyusu?

A : Untuk Bobba Toxx boleh tetapi untuk Bobba Fitz digalakkan hanya selepas bayi berusia 6 bulan dan ke atas.


Q : Minum Bobba Fitz boleh sembelit?

A : TIDAK kerana Tejja Herbs turut mengeluarkan minuman Bobba Toxx (detox) yang boleh membantu melawaskan pembuangan najis dan toksik di dalam badan. 


Q : Ada rasa debar tak jika minum? 

A : Tidak, tetapi adalah digalakkan untuk mengambil makanan berat sebelum mengamalkan minuman Bobba Fitz ini.


Q : Boleh minum jika ada penyakit?

A : Semua pengguna yang mempunyai sejarah penyakit hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mula mengamalkan minuman Bobba Fitz ini. Untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal, sama sekali tidak digalakkan untuk minum minuman Bobba Fitz ini. 


Q : Jika berhenti minum, adakah berat badan akan naik semula?

A : Berdasarkan testimoni, 90% TIDAK AKAN GEMUK SEMULA namun ia turut bergantung pada pola pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan oleh pengguna selepas berhenti mengamalkan minuman ini.


Cara Minum Bobba Fitz Yang Mudah 

Cara Pengambilan BobbaFitz hanya perlu MINUM SEHARI SEKALI SAJA SELEPAS SARAPAN dan cara penyediaan Bobba Fitz sebagai minuman diet pagi hari rasa coklat ini sangat-sangat mudah sekali!
 
Mula-mula, sediakan air sejuk atau air suam mengikut citarasa masing-masing kemudian 
koyakkan 1 sachet Bobba Fitz dan masukkan ke dalam air yang telah disediakan tu. Akhir sekali boleh tambah ais jika suka minum sejuk dan boleh juga di shake guna shaker untuk rasa yang lebih best!
Minuman Diet Bobba Fitz

Info panduang untuk langkah-langkah cara penyediaan minuman diet Bobba Fitz ini turut diletakkan pada kotak, mudah untuk nak follow nanti dan untuk hasil yang lebih berkesan, boleh minum sekali dengan BobbaToxx. Ada pakej TRIAL juga jika berminat untuk cuba 2 produk ini secara bersama.

Minuman Diet Bobba Fitz


Tiap Pagi Minum Bobba Fitz : Tanggapan Pertama Saat Mula Mencuba Bobba Fitz Bersama Suami 

Sebaik saja produk minuman diet Bobba Fitz dengan rasa coklat bobba ini tiba ke genggaman, perkara pertama yang sangkakan, minuman diet ini ada mengandungi ‘boba – bola hitam’ di dalamnya. Rupanya sangkaan itu meleset sama sekali. Minuman diet coklat boba dengan nama Bobba Fitz ini hanyalah pada rasa keseluruhannya saja. Bukannya ada boba yang boleh dikunyah itu di dalam minuman ini. 

Produk dah ada depan mata, jadi daku terus mula minum bersama suami. Namun, bancuhan pertama tersebut habis suami minum seorang diri. Rupanya, suami dah tahu apakah minuman Bobba Fitz ini kerana dia pernah melihat testimoni daripada Pak Azad (Azad Jasmy) yang telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17kg dalam masa sebulan menerusi sebuah perkongsian video di Youtube. 

Minuman Diet Bobba Fitz

Patutlah daku bancuh suami terus minum tanpa banyak bertanya. Daku pun bancuh semula untuk diri sendiri dan alhamdulillah, rasanya memang sedap! Sama seperti minum minuman coklat sedap yang biasa. Takdelah rasa loya nak muntah atau sebagainya. Sekali minum habis satu mug tanpa rasa payah nak telan. Takdelah terasa lekat di tekak macam makan benda yang tak sedap tu. 

Alhamdulillah, daku dan suami sama-sama dapat teruskan minum Bobba Fitz sebagai rutin setiap pagi selepas makan sarapan. 

Testimoni Pengalaman Diri Sendiri Setelah Mengamalkan Minuman Diet Bobba Fitz Selama 10 Hari 

Dengan rasanya yang sedap (inilah minuman diet pertama dengan rasa coklat boba yang daku dan suami cuba), kami berdua berjaya amalkan untuk minum minuman diet Bobba Fitz ini setiap pagi selama 5 hari berturut-turut. Setiap kali sudah bersarapan, minuman diet Bobba Fitz ini yang daku dan suami minum dengan bancuhan 1 sachet tiap seorang. 

Apa yang daku dan suami alami, kami berdua sama-sama rasa lebih kenyang berbanding sebelum ini hingga boleh skip waktu lunch. Jika dulu, waktu pagi makan, waktu lunch makan, waktu minum petang juga makan, dan akhirnya waktu malam juga makan. 

Eh kadangkala siap boleh makan lewat makan jika asyik tonton movie di TV. Tapi, sejak amalkan minuman diet Bobba Fitz ini daku dan suami hanya makan heavy waktu sarapan pagi dan terus rasa kenyang hingga boleh skip waktu makan tengahari. 

Minuman Diet Bobba Fitz

Tengok makanan tu rasa tak lalu nak telan sebab perut masih kenyang dan tak sanggup untuk menerima makanan lagi pada waktu tersebut. Hinggalah ke jam sekitar 5 petang baru kami berdua terasa sedikit lapar semula. 

Bila makan petang, malam pula terasa sangat kenyang hingga tak boleh menerima makanan yang lain. Daku pernah cuba paksa makan akhirnya muntah begitu saja kerana perut terasa sangat padat. Tidak hanya daku saja yang rasakan begitu sebaliknya suami juga merasakan hal yang sama. 

Bila dua orang rasakan yang serupa maka daku pasti bahawa minuman diet Bobba Fitz dengan rasa coklat boba ini memang benar-benar boleh beri rasa kenyang dan secara tak langsung boleh kawal nafsu selera makan. 

Dalam masa yang sama daku turut jadi tertanya-tanya, adakah kami berdua saja yang rasakan sebegini atau memang inipun yang dirasakan oleh pengguna Bobba Fitz yang lain. Dengan rasa ingin tahu daku cuba mencari testimoni pengguna lain hingga bertemu dengan sebuah testimoni dalam bentuk video seperti yang daku kongsikan di bawah ini.


Saat menonton video ini, memang benarlah sebagaimana daku dan suami rasa. Minuman diet Bobba Fitz dengan rasa coklat bobba ini benar-benar boleh bantu kawal nafsu makan dari terus menjadi-jadi seperti sebelum ini. 

Patutlah ramai yang minum Bobba Fitz ini boleh kurus, begini rupanya ia bertindak! Bagiku, BobbaFitz tak ubah seperti produk diet support & meal untuk mendisiplinkan diri ini dengan cara yang lebih mudah. 

Hasilnya, Baru Minum 1 Kotak Turun 2kg Sedikit Demi Sedikit

Minum 1 sachet tiap pagi lepas sarapam dah rasa kenyang hingga ke petang dan ini semestinya membantu penurunan berat badan. Hasilnya berat turun sedikit demi sedikit tanpa sebarang masalah pertu memulas dan ini membuktikan yang Bobba Fitz benar-benar dapat membantu tubuhku untuk lebih kurus berbanding dulu. 

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Minuman Diet Bobba Fitz

Walaubagaimanapun, kita kena ingat yang minum minuman diet atau apa saja kaedah kurus yang lain, kesannya mungkin cepat dan mungkin juga lebih lambat bergantung pada tubuh seseorang individu, begitu juga dengan hasil selepas minum Bobba Fitz ini. 

Untuk seseorang yang rasa happy dengan hasil begini, sudah tentu daku menjadi lebih berazam untuk kurangkan berat badan. Lagipun, bukannya susah pun! Hanya dengan minum minuman diet Bobba Fitz dengan rasa coklat boba setiap pagi je pun. 

Beli Tambah 2 Kotak Untuk Teruskan Misi Turun Berat Badan Bersama Suami

Buat masa ini, daku telah beli tambahan 2 kotak lagi untuk meneruskan misi menurunkan berat badan bersama suami. Suami sekarang alhamdulillah dah berjaya turun 2kg lebih awal dari ku selepas habis 1 kotak miliknya sendiri.

Alang-alang dah nampak kesan baik ku teruskan untuk hasil yang lebih baik. Mulanya memang tak yakin juga sebab daku seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang malas bersenam (ada masa buat, ada masa tak buat), dan agak susah juga nak diet walau hati betul-betul teringin nak kurus macam dulu. 

Minuman Diet Bobba Fitz
baju sama yang dipakai pada gambar pertama, sekarang rasa makin selesa


Ada Masalah Berat Badan? Berhajat Untuk Cuba Turunkan? Mungkin Boleh Cuba Bobba Fitz Ini Sebagai Salah Satu Usaha

Diet bukan sekadar menahan diri daripada makanan tetapi juga mendidik kesabaran dan mengatur diet dengan bersenam. Ini sememangnya betul. Tapi bukan mudah untuk melaksanakannya. 

Sebab itu bila nampak kesan yang agak cepat begini selepas minum produk minuman diet Bobba Fitz ini, terfikir juga, jika mula bersenam tentu hasil akan jadi lebih ohsem lagi. Yang pasti buat masa ini, tanpa bersenam dan berdiet, hanya dengan minuman kurus ini, tanpa makan nasi pun anda masih boleh kenyang. 

Kalau dulu nak sangat elak nasi tapi tak tahan rasa lapar, sekarang ni nak makan nasi lebih-lebih pun dah rasa tak boleh sebab perut sudah rasa sangat kenyang lepas bersarapan waktu pagi. Nampaknya minuman kurus Bobba Fitz ini sangat sesuai untuk daku amalkan untuk bagi menurunkan berat badan. 

Kesimpulannya, bagiku Bobba Fitz ini boleh ku anggap sebagai salah satu minuman diet yang bagus untuk di minum bagi memulakan hari. Jika ditanya apakah diet terbaik untuk diamalkan, jawapanku dengan jaga makan, mula bersenam dan turut amalkan minuman Bobba Fitz dengan rasa coklat boba ini. 

Minuman Diet Bobba Fitz
seluar jeans dipakai dah makin longgar


Minuman Diet Bobba Fitz

Peluang Jadi Agent Dan Dropship Turut Dibuka Jika Mahu Tambah Pendapatan

Semoga perkongsian info mengenai Bobba Fitz bersama dengan pengalaman menggunakannya dapat memberi manfaat pada sesiaoa yang sedang mencari info mengenai BOBBA FITZ ini. 

Apa yang penting bajet, jika ada keinginan untuk kurus tahap bagaimana sekalipun pastikan tidak over budget. Dan jika sedang mencari produk minuman dengan rasa sedap untuk bantu kurangkan berat, bolehlah cuba Bobba Fitz andai harganya sesuai dengan bajet. Pilih yang terbaik untuk diri sendiri adalah langkah yang terbaik.  

Dan seandainya mahu usaha untuk lebih kurus disamping boleh tambah pendapatan, Tejja Herbs sedang membuka peluang bagi sesiapa yang berminat untuk jadi agent dan dropship tanpa modal sama sekali. Untuk segala pertanyaan dan urusan pembelian, bolehlah hubungi team Tejja Herbs melalui detail di bawah ini. 

Minuman Diet Bobba Fitz

BOBBA FITZ - Delicious Bobba Choco Drink for Your Diet Support

Keluaran syarikat Tejja Herbs 


1 kotak : 10 sachet (20gm per sachet)
Harga sekotak : RM79 (SEM) dan RM89 (S/S)





PERINGATAN : Artikel ini hanya untuk berkongsi pengalaman dan info mengenai Bobba Fitz berdasarkan pengalaman sendiri sebagai pengguna semata-mata dan saya sama sekali bukannya seorang agen atau penjual. Harap maklum








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.