Drama Marry Me Senorita Full Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir) | Dah lama tak nonton Janna Nick berlakon, sekali keluar drama drama adaptasi novel 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana yang dibintangi oleh Janna Nick. Suka tonton Janna Nick dalam drama Marry Me Senorita di slot MegaDrama Astro Ria kerana nampak manis ayu bertudung. 

Merry Me Senorita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Micheal Ang dibintangi oleh Janna Nick, Dini Schatzmann, dan Yasmin Hani. Bagi yang sudah pernah baca novel 'Marry Me Senorita' mesti teruja nak tonton jalan cerita Marry Me Senorita secara lebih nyata dan real di kaca TV. 

Cerita Marry Me Senorita novel Suri Ryana itu sendiri dah pernah gah suatu masa dulu, inikan pula dalam bentuk drama. Maka tak hairanlah kenapa drama bersiri 'Marry Me Senorita' terus berjaya mendapat tempat di hati para peminat drama melayu Malaysia. 

DRAMA terbaharu Marry Me Senorita mula bersiaran di Astro Ria pada Selasa dan telah menerima pelbagai komen daripada penonton. 

Drama Marry Me Senorita Full Episode


Info Drama Marry Me Senorita 

JUDUL : MARRY ME, SENORITA 

EPISOD : 20 

TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021 

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 

SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria) 

PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah 

PENULIS NOVEL : Suri Ryana 

PENGARAH : Nur Ain Sharif 

PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd 


Nama Pelakon & Watak Dalam Drama Marry Me Senorita


Janna Nick sebagai Sofea Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Edora


Sinopsis Drama & Novel Marry Me Senorita 


Drama Marry Me Senorita full episode


Untuk sinopsis drama dan novel Marry Me Senorita, ianya ditulis dalam bentuk begini. 

“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?



Tonton Online Drama Marry Me Senorita Full Episode 1 Hingga Episod 20 (Akhir) 

Marry Me Senorita Episod 1 


Marry Me Senorita Episod 2


Marry Me Senorita Episod 3


Marry Me Senorita Episod 4 > "https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-4-live-astro-ria-video.html"

Marry Me Senorita Episod 5 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-5-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 6 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-6-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 7 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-7-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 8 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-8-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 9 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-9-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 10 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-10-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 11 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-11-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 12 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-12-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 13 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-13-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 14 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-14-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 15 >  https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-15-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 16 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-16-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 17 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-17-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 18 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-18-live-astro-ria-video.html

Marry Me Senorita Episod 19 > https://kepalabergetars.com/marry-me-senorita-episod-19-live-astro-ria-video.html


Drama Marry Me Senorita Episod 20 (Akhir) - Coming Soon

Marry Me Senorita Episod Akhir - 20 


Itulah dia beberapa info termasuk sinopsis dan senarai nama pelakon untuk drama Marry Me Senorita. Bagi sesiapa yang suka tonton drama adaptasi novel 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana ini, bolehlah saksikan drama ini sama ada secara terus di Astro Ria ataupun secara online. 

Baca sinopsis drama MARRY ME SENORITA ini saja dah rasa cukup menarik, inikan pula tonton secara terus di kaca TV. Lagipun, hasil lakonan Janna Nick selalunya tidak mengecewakan. 

Dah mula tonton drama Marry Me Senorita dan suka dengan jalan ceritanya? Suka juga tonton drama melayu yang lain seperti drama Marry Me Senorita ini? Jemput join FB GROUP : SUKA DRAMA MALAYSIA untuk sama-sama ikuti drama terbaru yang ada di Malaysia. 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.