Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik Untuk Masalah Wajah, Rambut & Kulit

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik Malaysia Untuk Masalah Wajah, Rambut & Kulit  DR.BEAU Pure Natural Skin Oil atau nama ringkasnya Serum DR BEAU ini daku guna dah lama. Sebab utama kenapa daku berani dan yakin dengan produk ini adalah disebabkan oleh kandungan bahan-bahannya. Daku suka guna Dr.Beau serum kerana ia bersifat 2 dalam 1. Dr.Beau sesuai untuk atasi masalah kulit wajah dan juga pada rambut dan mana-mana bahagian kulit bermasalah pada tubuh badan. 

Sejujurnya daku memang seorang yang sukakan serum. Umur dah masuk 40an, kulit wajah dah makin mudah menjadi kusam. Disebabkan itu daku suka guna serum supaya wajah kembali tenang dan sihat berbanding usia sebenar. 

Bermacam jenis serum wajah daku dah pernah cuba tetapi Dr.Beau masih berjaya menjadi serum wajah terbaik nombor 1 di hati buat masa ini. 

Dr.Beau Serum

Disebabkan itu, di sini daku ingin kongsikan info mengenai Dr.Beau serum termasuk info mengenai kandungan bahan yang digunakan berserta dengan testimoni para pengguna yang lain. Pengalaman diri sendiri juga akan daku kongsikan di dalam artikel ini.

Apapun, ini hanyalah sekadar sebuah perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri selepas guna dan nak cuba ataupun tidak, itu terpulang pada diri masing-masing. 

5 Sebab Utama Kenapa Yakin Untuk Guna Dr.Beau Serum 

#1 - Dikeluarkan Oleh Syarikat Bumiputera Tempatan 

Dr.Beau adalah produk keluaran syarikat Tejja Herbs. Founder atau pengasas Dr.Beau dan Tejja Herbs ini lebih senang dikenali sebagai Kak Teh. Tejja Herbs merupakan syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435-D. Semua produk keluaran Tejja Herbs menggunakan bahan semulajadi dan dijamin keasliannya 100%.

Serum wajah Dr.Beau ini adalah produk yang sudah lama ada di pasaran. Dah bertahun-tahun pun! Serum Dr.Beau berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2015. Serum Dr.Beau turut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan nombor pendaftaran NOT170502921K.

Dr Beau merupakan Vitamin E yang sangat bagus untuk kulit wanita Asia, kerana itu serum wajah Dr.Beau ini turut mendapat tempat di pasaran negara Asia seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan China. 

Selain daripada Dr.Beau, syarikat ini ada mengeluarkan produk lain seperti Jus Dara Vogue dan minuman diet Bobba Fitz berperisa bobba. 

Dr.Beau, Serum Best Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah & Tubuh Badan

#2 - Dihasilkan Daripada Bahan Terpilih Yang Berkualiti Tinggi 

Produk yang bagus dihasilkan dari bahan-bahan terpilih yang bermutu tinggi. Itulah juga yang dilakukan oleh Tejja Herbs terhadap produk keluarannya. Untuk Dr.Beau ini, antara kandungan bahan yang digunakan untuk penghasilannya adalah : 

  • Wheatgerm Oil (minyak biji gandum)

Wheatgerm Oil atau minyak biji gandum ini sangat kaya dengan vitamin E. Kebaikan vitamin E dalam aspek penampilan, ia dapat memberi manfaat kepada kulit, bibir dan rambut. Menurut Dr. Deepali Bhardwaj, Pakar Kulit di Delhi, vitamin E dapat menjadikan saraf lebih kuat dan membantu dalam menyuburkan kulit dari dalam. 

Minyak Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak dan bagus untuk meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan. Cara terbaik gunakan beberapa titisan minyak vitamin E yang asli untuk sapu pada seluruh muka dan inilah yang dilakukan oleh para pengguna serum wajah Dr.Beau ini. 

  • Almond Oil (minyak kacang almond)

Almond oil dikenali sebagai salah satu face oil yang memiliki banyak manfaat baik untuk wajah. Minyak almond (almond oil) kaya dengan nutrisi sehingga sering digunakan sebagai minyak aromaterapi dan produk perawatan wajah. Almond Oil mengandungi vitamin E dan D. 

  • Apricot Kernel (minyak buah aprikot)

Buah aprikot yang manis dan comel, ternyata menyimpan banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah serta kulit tubuh. Apricot Kernel ini adalah minyak yang diekstrak daripada biji buah apricot. Selain bagus untuk wajah, minyak dari biji buah aprikot ini juga bagus untuk merawat kulit yang sensitif, melembutkan kulit rambut serta merawat masalah kulit wajah yang berjerawat.

  • Evening Primrose (minyak bunga Evening Primrose)

Evening Primrose adalah sejenis bunga. Evening Primrose Oil ini sering digunakan untuk melegakan ekzema (keadaan di mana kulit mengalami keradangan, menjadi gatal atau bersisik). Evening primrose oil juga sangat bagus untuk menjaga fungsi kulit dan menghilangkan jerawat. Memang banyak manfaatnya. 

  • Moroccan Argan Oil (minyak dari biji kacang pokok argan)

Salah satu rahsia cantik gadis-gadis Timur Tengah adalah kerana rutin mereka menggunakan argan oil atau minyak argan. Argan oil kaya dengan vitamin E, omega 3, antioksidan, betakaroten, dan xantofil. Argan Oil ini memiliki banyak manfaat untuk atasi masalah jerawat, cantikkan rambut, lebatkan bulu mata secara semulajadi dan banyak lagi. Argan oil sudah terkenal sejak ratusan tahun lalu sebagai bahan alami semulajadi untuk merawat dan mengatasi masalah kulit. 

  • Rosehip Oil (sejenis buah)

Manfaat Rosehip Oil sangat banyak! Dulu, rosehip oil digunakan orang asli Amerika dan suku Maya.  Rosehip Oil mengandungi kandungan Vitamin A dan Vitamin C. Minyak rosehip ini turut dikatakan memiliki antioksidan dan asid lemak penting yang dapat memberikan manfaat kepada kulit.


Dr.Beau, Serum Best Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah & Tubuh Badan


#3 - Serum Dr.Beau Merawat Jeragat, Jerawat, Kulit Kusam & Pelbagai Jenis Masalah Kulit Yang Lain

FUNGSI UTAMA produk ini bukan sekadar untuk menjadikan kulit wajah kembali tampak muda daripada sebelumnya malah ianya juga berkesan untuk membaiki kulit wajah yang bermasalah.
 
Antaranya :
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
  • Membantu memulihkan masalah kulit melecur
  • Membantu memulihkan masalah kulit kusam
  • Membantu menghilangkan lebam yang teruk di kawasan bawah mata
  • Membantu menghilangkan jerawat
  • Membantu menghilangkan parut lama jerawat
  • Membantu mengecilkan kembali pori yang terbuka
  • Membantu mengatasi masalah white head dan black head
  • Membantu mereka yang ada masalah ekzima
  • Mengatasi masalah eye bag yang teruk

Dr.Beau, Serum Best Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah & Tubuh Badan

#5 - Menyerap Masuk Ke Dalam Kulit Dengan Pantas (Tidak Berminyak) 

Dr. Beau Pure Natural Skin Oil tidak hanya special kerana dirumus dari bahan-bahan semulajadi bermutu tinggi yang bagus untuk wajah, rambut dan kulit. Malah Dr.Beau serum ini walaupun dari jenis minyak tapi sangat cepat serap masuk ke dalam kulit. 

Masa pertama kali guna Dr.Beau Pure Natural Oil serum ni, memang terkejut habis! Mana tak nya, nama saja bahan ekstrak minyak semulajadi dari tumbuhan, bunga dan kekacang tetapi dengan begitu pantas dah serap masuk ke kulit. Langsung tak rasa minyak tu kat muka! Tak melekit langsung! 

Secara tak langsung serum Dr.Beau ini benar-benar membuktinya yang ia dihasilkan dari minyak sumber asli yang baik untuk wajah. Mudah serap masuk ke dalam kulit bermakna makin senang kulit mengambil khasiat daripada semua minyak-minyak semulajadi ini.

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil

Daku memang tak berkenan dengan produk yang melekit di wajah, sebab itu saat mula guna Dr. Beau Pure Natural Skin Oil ini daku terus jatuh cinta. Dalam hati turut rasa bersyukur dipertemukan dengan minyak asli yang bagus untuk wajah. Siapa pernah guna pasti akan rasa beria kerana Dr.Beau serum ini sangat ringan dan mudah menyerap hinga kulit wajah terasa segar.
 

#4 - Packaging Bagus Dan Mudah Dibawa Ke Mana Saja 

Dr.Beau serum sangat comel dan mudah untuk bawa travel ke mana saja kerana ia dalam bentuk kapsul. Botolnya tidak terlalu besar dan mudah untuk dimasukkan ke dalam tas tangan untuk di bawa ke mana-mana. 

Setiap satu botol Dr.Beau serum ini mengandungi sebanyak 30 biji soft gel. Sebiji adalah untuk kegunaan sehari dan ini bermakna sebotol Dr.Beau ini boleh bertahan selama sebulan. 

Nampak saja setiap kapsul ini kecil tapi untuk setiap biji kapsul ini boleh digunakan pada seluruh permukaan wajah. 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik Malaysia

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik Malaysia

Cara Penggunaan Dr.Beau Ini Sangat Mudah Dan Cepat 

Jika dulu perlu beli serum dengan mengikut jenis masalah kulit tetapi dengan serum Dr.Beau ini semua jenis kulit sesuai untuk menggunakannya. Tak kira kulit jenis normal, kering, berminyak, bermasalah jerawat teruk dan sensitif, semuanya sesuai. Termasuk untuk ibu-ibu yang hamil. 

Cara nak guna serum Dr Beau ini cukup mudah.

Langkah pertama, cuci bersih wajah dengan pencuci muka yang sudah biasa digunakan. Jika nak hasil yang lebih baik, guna bersama Dr.Beau fresh cleansing & make up removal sebagai pembersih wajah.

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil


Langkah kedua, ambil sebiji kapsul serum Dr.Beau dan tarik pada bahagian hujungnya hingga putus dengan jari. 

Langkah ke tiga, picit semua minyak dari kapsul ke telapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah dan leher. Dengan menggunakan hujung jari, urut wajah perlahan dengan arah menaik ke atas dan tepuk-tepuk lembut (dap dap dap) supaya minyak segera menyerap masuk ke kulit wajah. 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil


Lebihan minyak yang masih ada pada telapak tangan tu, usapkan pada bahagian rambut dan tubuh yang ada masalah kulit. Contoh kulit melecur, hilangkan stretch mark ketika mengandung, pudarkan parut diperut akibat bersalin czer, eczema, kegatalan akibat sensitif dan lain-lain lagi. 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil

Jangan risau, panduan cara nak guna Dr.Beau serum ini turut ada pada kotak pembungkusan. Jika beli boleh ikut arahan yang telah disyorkan. 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil

Review : Testimoni Pengalaman Diri Sendiri Selepas Amalkan Dr.Beau Serum 

Bagaimana kesan serum Dr.Beau pada kulit wajah selepas digunakan? Bekas parut jerawat lama semakin kurang. Wajah yang kusam kembali glowing dan lebih lembut berbanding dulu. Bila sentuh terasa kulit lebih licin dari sebelum ni. Wajah tak lagi nampak 'penat' dan kelihatan lebih segar dan 'muda' berbanding usia sebenar. 

Sehari kalau tak guna rasa macam tak cukup lengkap rutin penjagaan wajah. Setidaknya lebih berbaloi kerana dulu perlu beli set skincare yang lengkap dengan pelembab tetapi kini tak perlu lagi.

Dr.Beau serum dah dapat bantu sebagai pelembab dan serum dalam satu masa. Jika nak guna bersama foundation dan sebagai base makeup juga boleh. Sejak guna Dr.Beau serum ni, nak balik kampung atau travel pasti membawa Dr.Beau serum bersama-sama. Tambahan pula, sizenya sangat mudah dan tak menyusahkan. Jika nak lebih senang, bawa je serum Dr.Beau ini beberapa biji sesuai mengikut hari bercuti. 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil

Pendapat peribadi, Dr.Beau serum ini bukan hanya mampu mengatasi masalah-masalah pada kulit wajah malah mampu membantu diri menjadi lebih yakin! Patutlah ramai artis Malaysia guna serum vitamin E dari Dr Beau ni. Walaupun murah tetapi mampu beri khasiat manfaat yang sangat banyak. 

Jika dulu masalah jerawat dan jeragat sering datang ganggu, sekarang tak lagi. Jika dulu rasa susah nak jaga muka, leceh nak pakai itu ini sebagai rutin tetapi sekarang tak lagi. Siapa yang belum pernah cuba, eloklah berkenalan dengan Dr.Beau Pure Natural Oil. Saat ini Dr.Beau bukan saja berjaya menjadi salah satu serum kegemaran selebriti di Malaysia malah sebagai salah satu serum terbaik di hatiku juga. 

Boleh Bantu Masalah Kulit Sunburn Juga!


Dr Beau Pure Natural Oil : Dari 1 Botol Ke 1 Botol, Serum Dr.Beau Memang Betul-Betul Best! 

Sebelum jumpa DR.BEAU Pure Natural Skin Oil atau nama ringkasnya Serum DR.BEAU ini, daku dah cuba bermacam jenis serum yang lain. Memang tercari-cari serum yang terbaik di Malaysia untuk daku cuba. Dalam banyak-banyak serum ternyata, Dr.Beau berjaya mendapat tempat teratas di carta hati ini. 

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil daku guna dah agak lama dan hingga kini masih lagi digunakan. Kadang-kala ada juga hari yang terlupa nak pakai dan bila sehari tak letak serum Dr.Beau ini di telapak tangan, rasa macam tak complete hari tu.  

Nak kulit cantik kenalah berusaha. Jeragat, dark spot kat muka ni kalau tak dirawat boleh bikin stress! Tapi dalam masa yang sama cari jalan penyelesaian yang sesuai dengan diri. Untuk Dr.Beau daku boleh guna lama kerana harganya yang tidak terlalu mahal. Sekali beli botol Dr Beau boleh bertahan selama 1 hingga 3 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan dan masalah kulit.

Beli dan cuba habiskan dulu satu botol serum Dr.Beau ni. Kemudian lihat bagaimana hasilnya. Jika bertindak balas cepat, maka itu petanda kulit kita menerima dengan baik dan serasi untuk terus digunakan dalam jangka masa yang panjang. 

Daku sendiri begitu juga dulu, beli untuk cuba tapi saat pertama kali mencuba pakai serum Dr.Beau ini ke wajah, terus jatuh cinta! 

DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik


Sedang mencari vitamin untuk kulit wajah? Boleh cuba Dr.Beau serum untuk mampu merawat masalah kulit jerawat, jeragat. kusam, dark spot dan lain-lain. It'sreally great to use Dr.Beau Serum. The best healthier moist serum I ve been use so far! 

Ini bukan pertama kali daku kongsi review testimoni dan pengalaman berkenaan Serum Dr.Beau, jika nak baca article saat mula guna serum Dr.Beau ini, boleh klik di siniYang paling penting kena konsisten menjaga rutin seharian dalam merawat kulit wajah. Mana ada hari ini guna terus hari ini nampak hasil. 


DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL 

Serum Penyelesaian Masalah Wajah, Rambut & Kulit

pure natural skin oil yang sesuai untuk bayi, kanak-kanak, lelaki dan wanita


Harga : RM77 sebotol 

Website | Facebook | Instagram 



1 comment for "DR.BEAU Pure Natural Skin Oil, Serum Terbaik Untuk Masalah Wajah, Rambut & Kulit"

  1. serum ni memang best! walaupun "oil" tapi cepat serap ke kulit

    ReplyDelete