Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ubi Kayu Rebus

Assalamualaikum ualls...

Sekarang ni nampaknya dah mula musim hujan. Kat pantai timur ni belum lagi ada apa-apa kes banjir cumanya hujan jer lah asyik turun dari masa ke semasa.

Bila hujan, nak ke mana-mana pun dah rasa malas. Masa hujan begini lebih suka memerap dalam rumah layan cerita daripada meredah air hingga basah. Cuma tulah, bila dah memerap ni mulalah perut asyik berasa lapar je.. huhuhu...

Selalunya kalau time hujan aku cukup suka masak makanan bergoreng seperti cekodok pisang dan keropok lekor tapi kali ni ada perubahan sikit. Ini semua gara-gara pohon ubi kayu yang semakin merendang di halaman rumah. Ada 6 pohon buat masa ni dan semuanya di tanam oleh ibuku sendiri ketika dia datang berziarah dari Utara pada bulan Disember yang lalu.

Acara mencari harta karun pun bermula... alhamdulillah ada hasilnya cuma dari segi saiz agak mengecewakan. Apa boleh buat sebabnya tanah halaman rumah aku ni jenis berpasir dan berbatu. Tak apalah, janji ada juga hasilnya dan cukup untuk di makan seisi keluarga.

Aku pun bertanya pada Mr.Qamar, nak rebus ke atau nak buat bingka? Katanya terpulang. Alhamdulillah, ni mudahnya bila bersuamikan seseorang yang tak banyak songeh. So mula-mula aku rebus dulu lah buat minum petang bersama teh o panas. Lagipun petang petang memang selalu hujan so syok lah dapat layan ubi rebus panas-panas masa cuaca tengah sejuk. Nanti bila mood rajin aku muncul baru aku luangkan masa untuk buat bingka pulak. Bila terbayangkan bingka ubi kayu mula rasa meleleh air liur. Apa tidaknya, bingka ubi kayu adalah salah satu makanan kegemaran aku sejak kecik tau!

Sebelum rebus, wajib buang kulitnya dulu ya....

Rebus bersama sedikit garam...

Yeah... my ubi kayu rebus dah ready!
Ubi kayu rebus ni amat sedap di makan bersama dengan kelapa parut dan sambal ikan bilis. Tapi kalau malas dan nak cepat, makan jer bersama dengan gula... Habis cerita... =D

Ohya, sebelum aku terlupa.. ada satu petua orang tua-tua tentang tanaman ubi kayu ni. Kata mereka, kalau nak makan ubinya, maka jangan sesekali di petik pucuknya. Kalau tidak ubi akan menjadi keras dan tak sedap untuk di makan.

Di sebabkan suami aku cukup suka makan pucuk ubi kayu masak lemak kuning, maka suami aku dah beritahu awal-awal pohon mana yang boleh di petik pucuknya dan pohon mana yang tak boleh di ganggu sama sekali.

Aku dan suami memang minat dengan aktiviti berkebun ni. Seronok sangat bila lihat hasil yang mula keluar. Lebih best bila time kutip hasil macam ni lah... boleh jadi terapi minda!! Ualls macamana?Ada tanam apa-apa tak? =D

6 comments for "Ubi Kayu Rebus"