Tentang Saya
Assalamualaikum dari saya yang bernama Awadah.
Untuk pengetahuan semua, saya berusia dalam lingkungan awal 40 an. Berasal dari utara tetapi kini menetap di pantai timur. Saya mendapat pendidikan di dalam bidang pengurusan perniagaan dan telah menimba pengalaman di dalam bidang pemasaran selama lebih daripada 10 tahun.
Sesuai dengan status sekarang yang bergelar seorang isteri dan ibu sepenuh masa kepada 6 orang cahayamata ( 5 lelaki + seorang perempuan), di tambah dengan usia perkahwinan yang telah mengjangkau usia 20 tahun, maka saya memilih topik gaya hidup, keibubapaan dan perhubungan rumahtangga sebagai fokus utama di blog ini.
Saya juga gemar berkongsi berkenaan agama, resepi, tips, ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan dan info tambahan lain dari topik yang berbeza.
Saya juga merupakan host official di TikTok yang aktif membuat siaran langsung menceritakan tentang kisah-kisah sirah Rasulullah SAW.
Saya mula berblog sejak Januari 2017 dan blog ini tidak ubah seperti sebuah halaman untuk saya berinteraksi dengan anda semua. Impian dan harapan semoga blog ini mampu memberi sedikit sebanyak info dan inspirasi kepada sesiapa saja yang memerlukannya.
Saya juga dengan rasa penuh rendah diri mengalu-alukan sebarang idea, cadangan, pendapat, komen dan teguran yang positif. Jika ada sebarang pertanyaan untuk apa saja yang berkaitan, sila emailkan ke: rosebirumuda@gmail.com
Saya juga dengan rasa penuh rendah diri mengalu-alukan sebarang idea, cadangan, pendapat, komen dan teguran yang positif. Jika ada sebarang pertanyaan untuk apa saja yang berkaitan, sila emailkan ke: rosebirumuda@gmail.com
LIVE CERITA NABI
9.30AM & 9.30PM