Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menjejak Rasa Makanan Korea di Seoul Garden Hot Pot KB Mall , Kota Bharu

Seoul Garden Hot Pot - KB Mall Kota BharuAssalamualaikum... annyeonghaseyo!! Ehhhh sejak boleh pergi ke Seoul terus keluar cakap Korea. Jangan marah ye korang... almaklumlah daku ni salah seorang yang turut tonton rancangan hiburan dari Korea dan apabila dapat berkunjung ke Seoul terus rasa ala-ala minah Korea dah ni.... tapi , sebenarnya daku tidaklah melangkah kaki secara terus ke bumi Korea cumanya dapat merasai sendiri makanan-makanan dari Korea sebagaimana yang telah sering aku tatap di dalam drama dan sebagainya tu. Nak tahu kat mana daku makan tu? Tak lain dan tak bukan SEOUL GARDEN HOT POT yang terletak di aras paling bawah dalam bangunan Kb Mall Kota Bharu Kelantan. 


Ohya sebelum daku terlupa suka untuk diingatkan yang Seoul Garden di Kb Mall ni ada 2 (dua). Yang pertama adalah dalam bentuk steamboat di aras 3 dan yang terbaru ini adalah hotpot di aras paling bawah. Ke dua-duanya di dalam bangunan yang sama so jangan confuse okay. Untuk kali ini daku dan juga Mek Yunie ( salah seorang ahli #teambloggerpantaitimur ) membuat keputusan untuk merasai makanan Korea dalam bentuk hotpot.

1st time melangkah kaki masuk ke sini, hati terus cairrr dan secara automatik gambaran kedai makan di Korea sebagaimana yang daku tonton melalui rancangan Korea sebelum ini satu persatu singgah di fikiran. Serius beb! Betul-betul macam kat Korea. Dekorasinya comel dan fresh hinggakan terasa setiap sudut nak ambil gambar sebagai kenangan bersama yang tersayang pada hari tersebut. Kalau tak caya korang tengoklah sendiri melalui gambar kat bawah. 




Cozy sangat berada kat dalam restoran ni dan of courselah daku tak nak lepas peluang bergambar dengan my husband aka Mr.Qamar yang sememangnya asyik dengan muka serius je memanjang.... bila nak reti senyum ntah! Hahaha... but of course I know he love me a lot and sebab tu dia layan je kerenah cik bininya yang dah mula berangan ala-ala dalam citer Winter Sonata. 


Apa yang pasti aroma bau sedap menu makanan yang ada telah membuatkan perut kami berdendang dendang beramai-ramai. Makin tak tahan bila lihat para pelanggan lain asyik menikmati hidangan masing-masing hinggakan tak sedar kelibat pelanggan lain yang lalu lalang. So tak nak tunggu lama kami terus ambil tempat duduk dan mula fokus pada menu yang ada. 

Alhamdulillah, si Kasih Sufi yang masih kecil tu pun duduk diam je tak merengek. Jelas kelihatan yang Kasih juga sangat-sangat selesa dengan suasana restoran ini yang bukan hanya sangat selesa tetapi juga bersih. So mudahlah untuk daku belek menu ni satu persatu.


Masalah.... masalah.... ini lagi satu masalah.... punyalah besar masalah... Apa tidaknya, sekali lagi aku mula tersengih-sengih macam orang hilang akal.. opss mujurlah pakai niqb jadi takde sapa yang nampak.. yes!! Apa tidaknya, daku excited kerana apa yang ku bayangkan tentang pelbagai nama-nama pelik makanan sejati Korea ada di sini. Kimchi! Bibimbap! Ramyeon! Bulgogi ( miranated beef)! Pickles! Perghh memang banyak jenis... pening nak pilih.


Bagi yang kurang menggemari makanan Korea dan agak pening dengan nama-nama menunya yang mengikut nama standard di Korea, korang masih boleh faham sebabnya ada penerangan tentang sesuatu masakan tu di dalam menu.. Jadi takde lah sampai tahap tersalah order.


Nak lagi mudah boleh order secara direct melalui apps dan jika takut tersalah tekan boleh minta bantuan dari mana-mana staff yang bertugas. Jangan risau staff kat sini semuanya friendly, senyum manis semuanya dengan layanan yang ramah tamah. Kat menu semuanya diterang secara terperinci berserta gambar, info bahan dan juga harga. 


Ada juga set-setu dengan harga yang jauh lebih murah kerana kat Seoul Garden ini sememangnya seringkali mengadakan promosi istimewa dengan potongan harga yang sangat menarik. Dari segi minuman juga ada pelbagai. Korang boleh order mengikut kegemaran masing-masing dan yang pasti Seoul Garden adalah heaven untuk pengemar coffee macam daku ni. No GST? Yes... !!


Tempoh menunggu pesanan juga tidaklah lama tetapi mungkin juga daku sendiri yang tak sedar masa berlalu kerana asyik memandang segala inci restoran. Ambil feel kata orang. Cik suami yang sememangnya faham tahap fanatik isterinya ini dengan menu makanan Korea hanya mampu geleng kepala jer. Hahaha... 

Terima kasih sebab faham saya ye habibi.... ehh silap.. OPPA! Masa ni lah leh panggil oppa... mianhe oppa... Akhirnya, tak lama selepas itu makanan kami mula di bawa keluar panas-panas satu demi satu dari bahagian dapur.

sebahagian daripada bahagian dapur untuk siapkan hidangan di pesan pelanggan

wajah excited nak makan

Bagi yang kurang gemar dengan makanan Korea ( macam cik suamiku ), makanan Korea ini di masak secara lebih sihat berbanding dengan makanan melayu kerana mereka lebih tekankan kaedah memasak dengan cara rebus dan grill. Goreng tu ada cuma lebih kepada grill. Makanan asasi masih sama dengan kita iaitu nasi cuma beras Korea berlainan dengan beras Malaysia. Beras Korea lebih pendek dan berkanji so bila makan rasa lebih melekit sikit.

Seperkara lagi, jangan terkejut jika ada banyak bekas-bekas kecil yang turut mengiringi menu utama kerana itu juga adalah kaedah makan warga Korea yang sentiasa ada 'side dish' dalam bentuk sayur yang di jeruk, kimchi dan bean sprout ( taugeh ). Sup juga tidak ketinggalan kerana itu akan ada 1 pasang chopstick dan juga 1 sudu berbentuk bulat setiap kali ingin menikmatinya.


Ini adalah rupa makanan yang dikategorikan sebagai bibimbap kerana ianya adalah gabungan nasi dan lauk pauk dalam satu bekas dan untuk makan ni perlu digaul semuanya sekali sehingga menjadi seperti 'nasi goreng' kemudian barulah boleh di ngap! Tapi untuk tekak Malaysia ni terpulanglah kat korang nak nikmati mengikut citarasa sendiri, almaklumlah bukannya ada siapa nak marah pun.


Sotong adalah antara makanan laut yang paling digemari oleh masyarakat Korea. Kat sana mereka boleh makan mentah-mentah setelah di potong kecil, dan masih hidupppp... kat Seoul Garden ni ada yang hot plate dan gabungan sos dengan sotong yang masin manis tu memang perfect!! Kena plak dengan nasi putih.. mabeles! 


Walaubagaimana, killer menu pada hari tersebut adalah MARINATE BEEF HOT POT dan juga PREMIUM SEAFOOD HOTPOT. Marinate beef ni sememangnya antara menu yang paling famous di bumi Korea dan untuk sediakan daging perap ini perlu makan masa berjam-jam lamanya. Begitu juga dengan daging perap yang ada di Seoul Garden ini apabila daging tersebut telah diperap selama 4 jam lamanya. Bila makan daging tu lembut dan sama sekali tak liat dengan rasa tambahan sos kuahnya yang cukup rasa masam masin manisnya. Tambahan sayur turut memberikan rasa kenyang dan puashati apabila dapat di makan bersama nasi. Habis nasi boleh hirup baki kuah panas-panas... 


Untuk seafood alhamdulillah memang sangat segar. Ada udang, lala, sayur-sayuran seperti cendawan dan lain-lain. Yang pasti rasa manis makanan laut tu sangat sebati dengan kuah dan kalau nak lagi sedap, order 2 mangkuk nasi... nasimangkuk pertama makan bersama lauk dan mangkuk ke dua terus masukkan ke dalam hotpot untuk di makan bersama lebihan kuah. Terangkat beb! Cik suami yang bukan peminat tegar makanan Korea ni pun boleh cakap umppphhh bila ku tanya...

Tidak hanya itu, tepuk tangan juga untuk rasa menu ayamnya baik yang di salut tepung mahupun yang bersama sos.. haaa ini baru ala-ala ayam korea sebenar. Yang cik suami tengah makan ni salah satu menu dari Crunchy Yummy Dup Bap...  Sedap beb! Serius sedap.. daku siap kongsi ngan cik asben sebabnya sama-sama nak makan. Nak order 2 mangkuk takut tak habis sebab ada menu lain... hahaha...

menu untuk cik suami yang baru pertama kali di bawa kenal menu KOREA
Patutnya daku makan marinated beef tu tapi menu cik suami ku bedal sekali...apa, ngat pakai niqab tak leh makan puas-puas ke? Actually lagi leh makan dengan best sebab boleh nganga mulut besar-besar dengan takde sapa akan nampak...  muahahaha.... 


Kalau korang bawa anak-anak meskipun yang baru berusia hampir setahun macam si Kasih ni, jangan risau sebabnya ada menu yang sesuai dengan mereka seperti ayam salut tepung dan lain-lain. Si Kasih hari tu tak lepas dengan ayam kat tangan. Sikit-sikit di gigitnya dan di telan, alhamdulillah sama sekali tak tercekik sebabnya ayam tu lembut je.. 


Last but no least, tak lupa juga untuk AYAM KOREA nya.... mula-mula daku ingatkan pedas sebabnya yang ku tahu kan selalunya ayam korea ni pedas tapi sangkaan aku meleset... masin manis sesedap rasa dengan kerangupan salutan tepung buat kami meratah hingga ke tulang... anakku Awwal pun suka dan makin sukalah apabila digandingkan dengan chocolate shake. Padu! Memang padu! Tapi memang ada yang versi pedas juga sebenarnya. 


Yang pasti, secara jujur dari lubuk hati yang paling dalam tanpa ada sebarang rasuah sama sekali terus terang Seoul Garden Hot Pot memang patut dikunjungi malah daku sendiri InshaAllah akan datang kunjungi lagi bersama suami dan anak-anak. Secara peribadi daku sangat berterima kasih kepada Seoul Garden Hot Pot KB Mall Kota Bharu kerana telah berjaya mengubah persepsi suamiku sendiri bahawa hakikatnya makanan Korea itu adalah sedap! 

Cuma untuk korang yang masih takut-takut nak cuba mungkin boleh singgah makan dengan order menu yang ala-ala ke arah tekak melayu sikit seperti sotong dan seafood braised tadi. Lama-lama InshaAllah akan semakin suka, percayalah. Anak-anakku sendiri boleh dijadikan bukti di mana mereka mereka semua dapat nikmati makanan Korea dengan wajah penuh berselera walaupun baru pertama kali di bawa ke sana.


Taraaaa... habisss!! Tak tipu eh, memang puashati.... 


Sebelum balik, dengan perut yang masih sendat ni kami semua sempat luangkan masa sekejap rehat kat ruangan yang agak santai kat situ sambil bergambar sebagai kenangan. 



Senyuman lebar penuh gembira dan bahagia di wajah anak adalah satu hadiah bonus untuk daku pada hari tersebut dan rasanya pihak Seoul Garden KB Mall patut berbangga kerana dapat mencairkan hati Kasih Sufi anakku dari awal hingga akhir tanpa sedikit ragam pun. Kerana itu, jika punya kelapangan InshaAllah aku akan ke sana lagi tatkala tekak kembali mengidam dan hati kembali meronta untuk berkhayal ala-ala di bumi Korea lagi. 


Untuk semua staf di Seoul Garden KB Mall,  keep up the good works! Terima kasih atas segalanya kerana kalian semua telah berjaya memberikan rasa selesa untuk para pelanggan termasuk daku sekeluarga. Jika ada 10 bintang dalam tangan rasanya daku akan serahkan semuanya sekali pada korang semua kerana dari segi kebersihan, senyuman, ucap kata ramah tamah dan sebagainya alhamdulillah kami sangat berpuashati pada hari tersebut....


Untuk korang yang akan atau telahpun berada di sekitar Kota Bharu Kelantan, terutama yang amat meminati aura Korea seperti aku ni, jangan lupa untuk luangkan sedikit masa bagi singgah ke Seoul Garden Hot Pot di KB Mall.


Kb Mall, PT 10 , 102, Jalan Hamzah, Seksyen 16, 
15050 Kota Bharu, Kelantan
Buka setiap hari : 10 am - 10 pm



Moga dapat bertemu lagi Seoul Garden Hot Pot KB, annyeong!!


6 comments for "Menjejak Rasa Makanan Korea di Seoul Garden Hot Pot KB Mall , Kota Bharu"

  1. Murni kalau balik KB selalu pergi hak ting3 tu ja..pasni boleh try hokni laa pulak

    ReplyDelete
  2. Adoilah.. cemburunya tengok menu tu semua..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makanan Korea..cheq pun suka! 🤤😄

    ReplyDelete