Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hukum Ke Atas Suami Yang Maki Isteri Dengan Perkataan Keji

Hukum Ke Atas Suami Yang Maki Isteri Dengan Perkataan Keji  | Semua pasangan yang berkahwin ingin hidup bahagia dan happy sampai bila-bila. Kalau boleh nak terus bersama dalam penuh suasana berkasih sayang sampai mati. 

Tapi tak dinafikan kita selalu dengar kisah isteri yang kuat membebel. Well, dah namapun perempuan of course ramai yang suka cakap banyak. 

TAPI! Tahukah kalian yang terdapat juga kes seorang suami suka maki isterinya. Suka ataupun tidak sebenarnya saat mengharungi rumah tangga ni ramai isteri telah makan hati dan memendam rasa. 

Ada yang merana kerana sikap suami, lebih-lebih lagi yang suka maki hamun tak kira depan orang atau depan anak-anak sendiri. 




Apabila terdapat kisah rumahtangga dengan perbuatan suami yang dengan mudah beri isteri dengan maki begini, terus rasa sedih yang amat sangat. Aku sendiri telah ada menerima perkongsian kes yang begini dari salah seorang pembaca blog. Namanya adalah IFA dan kalian boleh baca sendiri apa yang dikongsikannya di bawah ni.



Aku terus membayangkan bagaimana kalau ada sendiri duduk kat tempat IFA. Dari apa yang ku faham, suami Ifa ada sifat lemah lembut dan penyayang.... tapi dalam masa yang sama jenis mudah lepas cakap hingga beri kata-kata makian pada Ifa. 


Suami Maki Hamun Isteri Adalah Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Apakah hukumnya kalau suami marah kepada isteri dengan meluahkan kata-kata seperti engkau ni bodoh, babi, bengap dan sebagainya? Adakah berhak suami berkata demikian kepada isteri?

Jawapannya Seorang suami hendaklah sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarganya di samping menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Tidak sepatutnya suami menzahirkan ucapan caci-maki kepada isteri sedemikian rupa sekalipun ketika marah. 

Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Mencerca orang Islam adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur/kafir” (HR Imam Bukhari dan Muslim)



Nabi Telah Pesan Supaya Semua Suami Berbuat Baik Pada Isteri

Nabi s.a.w. berkata kepada para suami; 

“Aku berpesan kepada kamu; berbuat baik lah kepada isteri kamu. Sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu berusaha meluruskannya, pasti kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya, ia akan terus bengkok. Maka terimalah pesananku agar berbuat baiklah kepada isteri kamu”. (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, hadis ini memberi panduan kepada suami agar sentiasa berlemah-lembut dengan isteri, berbuat baik kepadanya, menerima kelemahannya dan menangani krisis rumah-tangga dengan sabar dan tolak-ansur. Wallahu a’lam.

Rujukan; 
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10, Kitab ar-Radha’, Bab al-Wasiyyah Bin-Nisa’. 
2. Al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzil-Lisan, bab; Fi Alfaz Yukrahu Isti’maluhu.

Sumber : Google


Suami Ifa Beri Makian Mungkin Disebabkan Stress 

Dari apa yang aku baca menerusi cerita Ifa, besar kemungkinan suami Ifa dalam keadaan stress dan penat akibat kerja dan sebagainya. Mungkin juga suami Ifa ada tekanan dari boss. 

Maka apabila Ifa ada buat silap walau kecik, suaminya akan gunakan keadaan masa tu untuk lepaskan apa yang dia rasa. Ini semua berlaku secara spontan tanpa dia sedar sehinggalah Ifa sendiri buka mulut beritahu rasa terkilan bila terima ayat maki begitu. 

Aku sendiri sebagai seorang isteri yang dah lama berkahwin turut ada alami keadaan di mana suami stress. 

Tak la sampai tahap kena maki cuma memang akan nampak perubahan suami yang tiba-tiba monyok, lebih pendiam, tak nak senyum, tak boleh di ajak bergurau dan tiba-tiba boleh marah tanpa tahu apa sebab. 

Haaa jika ini keadaannya, sebagai isteri kita kena cepat-cepat handle situasi supaya keadaan tidak terus melarat. Macamana nak handle?? Jom baca tips kat bawah. 




Isteri Jangan Cepat Mengalah Sebaliknya Usaha Dulu Untuk Kawal Situasi

Antara tips yang boleh di cuba bagi mengawal sikap suami yang sesuka hati maki isteri ini adalah seperti berikut :

1. Ajak suami duduk berbincang dan tanya apakah suami ada sebarang masalah

2. Guna ayat dan cara percakapan yang baik, lembu dan halus supaya suami boleh cool down 

3. Sediakan juga minuman dan picit-picit pada mana-mana bahagian badannya sebaik saja dia pulang dari kerja atau ketika sedang menonton televisyen bersama

4. Elakkan bercakap tentang isu atau topik yang dia tidak suka 

5. Ubah sikap diri sendiri juga supaya lebih peka dan tidak berbuat kesilapan yang suami tidak suka walaupun ianya nampak kecik. Sebagai contoh kemas rumah dan sediakan makan minum untuk sambut suami balik kerja dan sebagainya.

6. Masaklah makanan kegemarannya dan jika ada anak, gunakan keletah comel anak untuk mengembalikan suasana ceria dalam rumahtangga

7. Jika suami masih tidak berubah, beritahu masalah ini pada seseorang yg boleh di percayai dan dihormati oleh suami. Setelah itu minta orang tersebut nasihatkan suami bagi pihak kita


Rumahtangga Boleh Hancur  Jika Isteri Ikut Balas Dengan Maki Hamun 

Untuk Ifa, tahniah kerana berjaya mensabarkan diri sendiri. Terus terang jika Ifa turut balas maki tersebut dengan maki hamun yang lebih kurang sama maka besar kemungkinan rumahtangga Ifa boleh hancur. 

Kerana itu, di dalam rumah tangga kita di ajar untuk 'memberi dan menerima'. Bukan setakat memberi dan menerima dalam bentuk fizikal tapi juga perasaan. 

Untuk lebih mudah faham, jika suami sedang marah maka isteri janganlah balas dengan ayat marah juga. Jika isteri sedang membebel maka suami janganlah potong ayatnya dan jika salah seorang sedang marah anak, janganlah kedua-duanya ikut marah anak serentak. 

Kesian anak tu tak ada siapa untuk dia lari peluk dan mengadu. 

Nak marah anak tak salah cumanya biarlah ada seorang yang marah dan ada seorang lagi yang akan tolong pujuk. Jika suami marah, isteri jadi si pemujuk dan jika isteri marah suami pula akan bertindak sebagai si pemujuk. 

Barulah anak itu tahu yang ibu dan ayahnya dua-dua ada keistimewaan masing-masing. 

Kita sendiri tak tahan jika ada dua orang marah kita serentak bila kita ada buat apa-apa silap kan? 

Inikan pula anak yang masih kecil. 



Jangan Terus Diam Diri Makan Hati, Bertindak Segera Dengan Bijak Demi Suami, Diri Sendiri dan Anak

Pendapat peribadiku sendiri, Ifa kena ingat semula apakah kelebihan suami dan apakah juga pengorbanan yang suami Ifa pernah buat. 

Ifa jangan terus biarkan rasa tawar hati tu merebak dalam diri. Masalah Ifa ni InshaAllah masih boleh diperbetulkan kerana nampak sangat suami maki dalam keadaan tidak sedar. 

Setidaknya, Ifa masih beruntung kerana suaminya bukan dari jenis panas baran yang hanya suka mencari salah dan memaki hamun hingga tahap memukul setiap kali berlaku perselisihan faham. 



Dan Ketahuilah juga wahai para suami yang doa isteri dan anak-anak kalian itu adalah sangat dekat di sisi Allah SWT. 

Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri bukanlah satu perbuatan yang baik dan elok. Jika stress sekalipun mohon cepat sedar yang isteri kalian itu adalah amanah dan cermin untuk diri kalian sendiri.


P/S : Pembaca turut di alu-alukan untuk memberi komen dan pendapat masing-masing berkaitan perkara ini


Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join  : 

27 comments for "Hukum Ke Atas Suami Yang Maki Isteri Dengan Perkataan Keji "

  1. Andai suami berterusan marah Dan maki isteri dengan kata-kata kesat itu bererti suami tersebut perlu terbuka terima rawatan psikologi. Sekiranya cuma sesekali.. Itu bererti ada sebab seperti tertekan..tekanan dan apapun jenis masalah sementara yang dihadapi.. Beri masa suami cool.. Kemudian berbincang.SEBOLEHNYA elak maki isteri atau anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Rasa takut berumahtangga tu terus membuak-buak tapi yelah tak semua pasangan tu sama. Lagi bertambah takut sebab ada kenal beberapa orang yang marriage dia macam ni tapi sebaliknya. Si isteri yang selalu naik angin, maki hamun suami depan orang kawan2. Jatuhkan air muka suami. Seolah-olah sengaja dan tak nak hormat suami, trying to show who's the dominant here. This is a very informative post. People need to see this more.

    ReplyDelete
  3. thnk you so much for sharing this akak

    ReplyDelete
  4. takutnya kalau suami ckp perkataan kasar mcmtu, sbb sekali dia gunakan perkataan gitu, akan ada kali ke 2 ke 3 n seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya sis sangat sakit rasanya😭

      Delete
    2. Sedih sgt .sbb saya mgalami ye smpi skng .ank2 bising pn kne maki...maki tanpa sebab..hati dh mkn dlm sgt...tegur mrh.dia perli kite balik.😭😭

      Delete
  5. thank you for sharing sis. harap dipertemukan jodoh yang baik2 nanti.

    ReplyDelete
  6. Byk kali dpn mak,bapak ckp mcm tu.kat saya pun mcm tu.sejak saya kecil sampai skrg saya dah pernah lalui semua nih..lebih kurang sama dgn cerita nih..tak berubah..nak ckp lebih2 10x dia balas kat kita.
    Kesan disebabkan hal sebegini, saya selalu ada masalah berkaitan dgn jiwa..mcm depresi semua tu...cuma mampu doa jer..doakan saya

    ReplyDelete
  7. Suami sy stress, bila saya buat salah, sy dimarah, dimaki hamun, dihina kerusi dibaling ke arah saya. Saya diludah di muka 2x. Sy xtau laa adakah buruk kesalahan isteri itu die layak dilayan sehina2 mcm tu skali? Sy xtau apa hati sy nk rs.

    ReplyDelete
  8. kesalahan isteri walau pun perkara remeh temeh tp besar d mata suami...isteri di marah,di maki hamun..tp isteri jgn sesekali menegur kesalahan suami,walau pun dgn cara yg paling lembut klau x akibatnya suami x balik rumah berhari2,wasap d block call x berjwb msg x reply...ank2 kebuluran kt rumah sbb suami x blik beri wang belanja...sejak itu isteri x berani lg menegur suami,segalanya dipendam dlm hati...kadang2 terfikir,knp dgn org luar suami blh jd baik tp dgn isteri kelaku mcm singa lapar...isteri ni mcm xada harga lansung dimata suami

    ReplyDelete
  9. Bila orang yang tak kita sangka2 boleh sakiti kita sakiti hati kita dgn perkataan yg tak terjangkau akal dan hati dia akan sebut.. patah hati... Sedeh sangat.. sedangkan mak ayah kita..adik beradik kita marah dgn kita tak pernah keluarkan perkataan yg sedemikian rupa.. rasa mcm xdpt nak maafkan... Walaupon berlaku sekali...tp pada saya... Akan ada ke 2..dan ke 3..sebab mungkin ada kebencian dan tiada hormat juga kepada pasangan. Its very sad.. bengkak mata nangis.

    ReplyDelete
  10. SAYA SEDIH..SUAMI SELALU MAKI SAYA, UGUT SAYA NK CERAIKAN SAYA..WALAU KESALAHAN KECIL...SAYA TIDAK BEKERJA ..SEBELUM NI SAYA KERJA 6BLN LEPAS SELEPAS SAYA DAPAT SHIFT MALAM SAYA BERHENTI SETELAH BEKERJA SELAMA 6 BULAN...SAYA MENCARI KERJA TAPI MASIH TIDAK DAPAT

    ReplyDelete
  11. Ari2 ade je kena Marah dan kata2 caci maki.. Depan anak2 kena maki bengap bodoh layan mcm bibik.. Hati ni mmg da tawar Sgt.. Terluka dlm sgt22.. Sampai pernah Berdoa supaya berpisah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smpai satu tahap xreti nak berdoa y baik dh. dh stiap hr didoanya kita masuk neraka. sy pon dh penat. doa Allah beri kekuatan klu rmhtgga ni ada kebaikan utk sy n ank2. klu xde bwk musibah n sy jauh dr Allah, mohoan Allah keluarkan dari rumahtgga nie.

      Delete
  12. Kes sy seperti ifa ,suami tdk ada kekurangan ,tapi klu ade masalah atau kdg sy taktau pon sbb nye ,maki hanum sy ,tapi sy jenis yg tak tahan jugak,jadi sy jawab sbb sy nk membela diri ,dan menurut hati sy ,sy tak buat silap pon ,die yg silap ,,,,,,terimakasih sbb sy bace ni jadi tau ape hukumnya ,

    ReplyDelete
  13. Terima kasih pada semua pembaca dan sis juga ikut bersedih dengan komen dr mereka yang mengalami situasi begini.. sis doakan anda semua tabah, banyakkan berdoa dan semoga hati suami akan kembali lembut, romantis penuh kasih sayang tahap tak lupa diri hingga beri caci maki begini lagi. Sis juga ikut bersimpati.

    ReplyDelete
  14. Suami saya pun sering memaki hamun saya dengan Kata2 kesat seperti bongok, bodoh, babi, anjing, pelacur dan banyak lagi bila ada sy buat silap. Kami sudah berkahwin hampir 14tahun,dia xpernah beri saya duit untuk beli keperluan dapur, sekolah anak dan sebagainya. Duit nafkah hak sy sebagai isteri lagi lah tiada. Saya dan suami dua2 bekerja di Sektor kerajaan. Mungkin dia rasa sy kerja dan ada gaji dia lepas tgn. Semua keperluan rumah, bil elektrik, bil air, bulanan kereta, tambang bas anak saya yg keluar duit. Suami saya sangat berkira dengan saya. Even rokok dia pun dia minta duit dgn saya nak beli, duit poket dia pegi kursus pun saya yg bagi... Ya Allah... Saya betul2 xkuat. Saya xtau ke mana duit gaji dia. Dia pergunakan saya sebagai sumber kewangan. Xpernah rasa bersalah guna duit isteri sedang kan dia yg patut beri saya duit nafkah. Dia hanya sediakan rumah shj itu pun nasib baik installment rumah potong gaji, so dia xdpt nak elak. Ada masa sy Cuba untuk redha tp sampai bila mcm ni... Kalau suami baik n tidak memaki saya okay... Tp dia sering memarahi saya di khalayak ramai dan depan anak2 kalau dia sdg Marah. Anak2 pun tidak hormat sy. Sy sering dia sy mati awal. Tekanan Sgt suami mcm ni.

    ReplyDelete
  15. Suami saya pun sering memaki hamun saya dengan Kata2 kesat seperti bongok, bodoh, babi, anjing, pelacur dan banyak lagi bila ada sy buat silap. Kami sudah berkahwin hampir 14tahun,dia xpernah beri saya duit untuk beli keperluan dapur, sekolah anak dan sebagainya. Duit nafkah hak sy sebagai isteri lagi lah tiada. Saya dan suami dua2 bekerja di Sektor kerajaan. Mungkin dia rasa sy kerja dan ada gaji dia lepas tgn. Semua keperluan rumah, bil elektrik, bil air, bulanan kereta, tambang bas anak saya yg keluar duit. Suami saya sangat berkira dengan saya. Even rokok dia pun dia minta duit dgn saya nak beli, duit poket dia pegi kursus pun saya yg bagi... Ya Allah... Saya betul2 xkuat. Saya xtau ke mana duit gaji dia. Dia pergunakan saya sebagai sumber kewangan. Xpernah rasa bersalah guna duit isteri sedang kan dia yg patut beri saya duit nafkah. Dia hanya sediakan rumah shj itu pun nasib baik installment rumah potong gaji, so dia xdpt nak elak. Ada masa sy Cuba untuk redha tp sampai bila mcm ni... Kalau suami baik n tidak memaki saya okay... Tp dia sering memarahi saya di khalayak ramai dan depan anak2 kalau dia sdg Marah. Anak2 pun tidak hormat sy. Sy sering doa sy mati awal. Tekanan Sgt suami mcm ni.

    ReplyDelete
  16. Klu perbincngn bersama tdk mndtgkn hasil yg baek..eloklh guna org ketiga.
    Org yg disegani oleh suami dan mampu memberikn kata nasihat trhadap suami.
    Semoga suami itu sedar akn tggjwbnya yg sebenar..betapa besar dosanya selama ini..
    Wallahualam

    ReplyDelete
  17. Itu jenis suami bertanggungjawab. Yg jenis tak tahu tgjwb,mkn duit bini,maki bkn setakat anjing,puki mak die pn die sebut,bodoh babi semua la lg teruk. Mmg tawar hati terus. Dah la tak pnh bg nafkah,ditanggung bini,mengarah2, lg dimarah. Rasanya wujud ke perempuan yg boleh sabar dgn laki mcm ni. Jgn pandang pd rupa dan fizikal. Klu rupa je helok tp pemalas n pengotor pakej panas baran, baik angkat kaki dr merana berpanjangan

    ReplyDelete
  18. Macam tu yg saya tanggung. Sama kes mcm Pn Ifa tu. kdg2 tak tahu apa silap saya terus kena marah, kna maki wlupun salah tu kecik & remeh. Kerja rumah lgsg tak tolong tapi cakap sya pemalas, rumah tak kemas semua benda sy nak buat dgn 2 tgn mna sempat. Maki sy babi, sial, pukimak, bodoh, gampang.. sedih.. πŸ₯ΊπŸ₯Ί lgsung tak boleh ditegur.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum saya nk minta pendapat maaf...sebelum itu...suami saya sorg yg panas baran...dan dah pun saya lalui apa yg puan Ifa lalui dan masalah kecik dibesarkan...sedihnya saya sedangkan saya cuba jaga apa yg dia tak suka...saya dh cuba ubah...saya seorg muallaf ...sama2 bru belajar tapi kenapa setiap kali minta saya berubah tapi dia...Allah je yg tahu...kdg2 sampai tahap saya rasa nk bunuh diri...pernah saya diperlakukan kasar sehingga saya ambik keputusan ddk dgn emak saya balik...saya cuba maafkan dia..apa perlu saya buat..saya nk cerita tpi dgn siapa saya nk share ...kdg2 kita tegur sikit...dia dh MCM2 perkataan kasar keluar...sepanjang saya dengan dia xpernah saya minta apa2 sbb saya tahu kekurangan dia terutamanya bab nafkah sbb saya tahu dia susah nk dpt beri yg terbaik untuk saya...saya dh redha...sedihnya saya

    ReplyDelete
  20. suami selalu kata saya curang, ada org lain, sundal pemurah mcm mana tu

    ReplyDelete
  21. selalu dituduh curang, ada lelaki lain, sundal, pemurah terlalu ringan diucapkan oleh suami saya. sampai sanggup kata saya bawa lelaki masuk umah, berzina..

    ReplyDelete