Aib Di Social Media - Antara Dosa Dan Followers  | Ramai yang cakap... "sukahati aku la Fb aku... sukahati akulah IG aku... sukahati akulah Twitter akaun aku... youtube aku...". Baik.. selaku seorang kakak, daku nak tanya... bila masa akaun di media sosial ni awak yang punya? Ada bayar apa-apa ke? Ada tulis nama atas geran ke? Tak ada kan? Jadi tolong jangan jadi sempit pemikiran.

Maaf jika artikel daku kali ini agak lantang tapi terus terang daku sangat sedih dengan cara sesetengah pihak yang lebih suka bercerita tentang perkara yang boleh buka aib di media sosial. Daku mengaku mungkin sebab tak ada rakan untuk bercerita dan mungkin juga kerana stress dengan tekanan. Daku sendiri pun pernah alami yang sama. Tapi... dari mengadu di dada media social baik adu pada Allah SWT. Bukan nak tunjuk solehah ye tapi itulah yang terbaik.



Sila Ingat - Media Sosial Bukan Kita Yang Punya!

Terus terang daku cukup risau bila up status di Facebook, di Instagram.. Tapi dalam masa yang sama selaku salah seorang influencer (yang tak sehebat mana ni) daku tetap perlu update status kerana media adalah bidang untukku bina kerjaya.

Daku memang boleh untuk tulis status berbau Islamik sepanjang masa, tapi terdetik di hati bahawa diri ini belum cukup ilmu kat dada. Tambah-tambah daku berniqab, nanti ada pula yang akan salah anggap ingat daku nak tunjuk hebat dan sebagainya. Dari orang lain tambah dosa akibat buruk sangka baik tak usah buat. Jadi daku up status berkisarkan tentang kehidupan yang ada kaitan dengan kerja dan keluarga saja. Unsur islamik sesekali daku share sebagai suatu perkongsian.

Ini bukannya untuk kepentingan sesiapa melainkan untuk diri sendiri. Mana tak nya, KITA SEMUA AKAN MATI & MATI ITU AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA!


Instafamous Meninggal Bikin Kontrovesi

Kali ini Allah SWT tunjuk depan mata! Ditakdirkan seorang Instafamous meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Apa yang menyedihkan, akaun beliau di serbu... Normal ye.. jika dikategorikan sebagai 'terkenal' maka mestilah ramai orang nak tahu siapakah beliau. Daku sendiri juga berbuat perkara yang sama. 

Sedih sebanyak banyak sedih apabila daku tiba di akaun IG beliau dan terus terlihat posting arwah yang tidak menutup aurat dengan baik. Terkedu aku! Ya Allah, apakan jadi kalau ada pihak yang niat jahat ambil semua video dan gambar beliau untuk di buat fake account? Masa ni daku terduduk! Terbayang semula apa yang aku takutkan selama ni.

Di bahagian komen pula ada yang komen tak elok tentang arwah. Eh! kenapa ye sampai tahap tu? Tak ingatkah yang diri masing-masing yang sedang berkata itu juga akan mati. Saat menaip tulisan tu malaikat kiri tengah catat tau. Aku yang sedang menulis begini pun ikut rasa serba salah.

"Ya Allah.. KAU ampunilah dosa aku, Kau permudahkanlah juga segalanya. Kasihan sangat pada arwah.. aku sama sekali tidak ada niat untuk lebih menyusahkan arwah dengan artikel ini... "

Daku sebenarnya terfikir dan tersentak! Ini rupanya antara perkara yang boleh berlaku bila AKU DAH MATI NANTI. Bayangkan suatu hari kematian aku tiba dan heboh semuanya bercerita tentang aku. Sah sah blog aku akan di serbu..... saat itu akan ada pihak yang datang dengan hati yang baik dan ada juga dengan niat yang tak baik. Mungkin gambar aku akan di copy, di paste, di ambil untuk tujuan yang mencelakakan. Mungkin ada juga yang akan komen itu dan ini. Yang terima nasibnya siapa? AKU! YA AKU!


Kerana itu, aku tak tunggu lama, terus report akaun arwah supaya boleh segera hilang dari tatapan umum. Aku tak mampu nak tolong dengan cara lain, hanya ini yang mampu aku buat, DAN jika suatu hari nanti aku telah mati serta kalian ada terjumpa apa-apa yang memperlihatkan AIB AKU, tolonglah.... tolonglah bantu aku untuk delete, report dan apa saja yang boleh. Aku rayuuuu....


Awas Semua Rakan Media !! Fikirlah Dengan Mendalam

Ini bukan satu perkara main-main.. Ini perkara serius. Tolonglah jangan mudah buka aib sendiri. Tak perlu terlalu obses mahukan like, pujian, pengikut dan sebagainya kerana itu semua sama sekali tidak boleh membantu kalian setelah mati dijemput Tuhan kelak! Percayalah....

Mudah faham begini.... KITA MATI.... KITA ADA AMAL SEDEKAH.. KITA DERMA WALAU SEHELAI SEJADAH KE MASJID.. JEMAAH GUNA BUAT SOLAT... PAHALA KITA TERUS DAPAT WALAU SAAT ITU KITA TELAH MATI...

Kini bayangkan pula....

KITA MATI,... SEMASA HIDUP SUKA UP GAMBAR DAN STATUS YANG BUKA AIB, BUKA AURAT DAN SEBAGAINYA.... ORANG TERUS TONTON, ORANG TERUS BERCERITA... DOSA SIAPA YANG DAPAT WALAU HAKIKATNYA KITA TELAH MATI?

Jika kalian dapat bayangkan... maka cepatlah sedar sebelum terlambat. Daku tak kenal siapa arwah tetapi apa yang berlaku pada arwah kita gunakanlah sebagai iktibar. Alhamdulillah Allah SWT masih bagi masa untuk kita perbaiki dan untuk kita tutup apa yang boleh di tutup.


ALLAH AJAR TUTUP AIB SENDIRI & JANGAN BUKA AIB ORANG

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani).

ALFATIHAH....


P/s : Ada baiknya tulis kat satu tempat semua password akaun media sosial supaya  nanti boleh pasangan, famili atau rakan bantu closed akaun.. ingat wasiat libatkan harta saja ke? Wasiatkan sekali juga semua password akaun media social masing-masing...




Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.