Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ketupat Bonda : Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap, Lembut Dan Murah!

Ketupat Bonda : Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap, Lembut Dan Murah! | Resepi ketupat lemak memang ada banyak di internet. Antaranya ada resepi ketupat lemak Kelantan, resepi ketupat lemak utara dan sebagainya. 

Ketupat kat Kelantan ni ada banyak juga. Selain daripada ketupat palas dengan rasa lemak santan, ada juga ketupat inti serunding, ketupat manis, ketupat sotong, ketupat dakap dan lain-lain lagi. Kalau untuk hidangan hari raya di Kelantan, ketupat dari jenis ketupat palas lemak dan ketupat palas manis yang paling banyak dihidangkan.  

Untuk daku dan famili, kami lebih suka dengan ketupat palas dengan rasa lemak manis. Dan salah seorang daripada anakku yang cukup gemar makan ketupat ni, tak lain dan tak bukan adalah si Kasih Sufi. Perghhh Kasih Sufi ni kalau dengan ketupat, langkah tak piiii kata orang utara! Dah macam kena lekat dengan gam gajah! Itupun kalau ketupat tu sedaplah..... 

ketupat palas frozen kelantan

Antara ciri-ciri ketupat palas Kelantan yang perlu daku ambil kira sebelum membuat tempahan (supaya kena dengan selera Kasih Sufi), ketupat tu hendaklah ada rasa yang sedap, tidak keras, mudah untuk dikunyah dan tidak terlalu melekit di tangan apabila di pegang. Haa agak cerewet juga citarasa anak dara kecik ni. 

Dan alhamdulillah, daku dah pun berjaya mendapatkan pembuat atau penjual ketupat palas Kelantan yang benar-benar menepati kehendak selera Kasih Sufi. Ketupat palas Kelantan yang daku maksudkan ini adalah KETUPAT BONDA. 

ketupat palas frozen kelantan

Sedikit Pengenalan Mengenai Ketupat Palas Bonda di Kelantan 

Dari info yang ku terima dari si owner untuk bisnes Ketupat Bonda (ketupat palas frozen) di Kelantan ini, ketupat yang mereka hasilkan ini adalah berkat dari air tangan ibunya yang merupakan seorang warga emas. Kiranya bisnes ketupat palas frozen ini dilakukan secara bersama (antara owner dan ibunya) bagi memenuhi tempahan para pelanggan. 

Walaupun di sebut sebagai ketupat frozen tapi ini tak bermaksud ketupat ini telah disediakan terlebih dahulu dengan tempoh penyimpanan yang agak lama, sebaliknya ia dibuat segar sesuai dengan anggaran tempoh masa tempahan akan diterima. 

ketupat palas frozen Kelantan

ketupat palas frozen Kelantan

Kiranya, ketupat palas frozen Bonda ni memang di buat selalu hampir setiap hari disebabkan tempahan yang tak putus-putus. Dan jika kebetulan ditakdirkan tak ada tempahan maka ketupat yang telah siap akan dijual sehingga habis secara terus pada pelanggan (offline). Kalian boleh lihat pada rupa ketupat tu sendiri, putih je isi pulut di dalamnya. 

ketupat palas frozen Kelantan

Saiz untuk ketupat ni, nak kata besar sangat pun tidak, kecik sangat pun tidak. Untuk mudah faham, boleh bayangkan sendiri dengan berpandukan pada gambar di atas ini. Kalian bayangkan pada tapak tangan sendiri ye, itulah saiz untuk ketupat Bonda (ketupat palas frozen) di Kelantan ini. 

5 Ciri Utama Ketupat Bonda Yang Daku Suka 


#1 - Saiz Yang Comel Dan Mudah Dipegang Oleh Anak

Mungkin ada yang akan cakap, saiz ketupat Bonda ini tidak terlalu besar! Memang benar tetapi sejujurnya daku lebih suka dengan bentuk saiz yang sebegini. Ini kerana anak mudah nak pegang, mudah nak makan dan dengan saiz yang tidak terlalu besar begini juga bererti tidak akan berlaku pembaziran berbanding dengan ketupat saiz besar yang makan sebiji okay tapi masuk yang ke dua terus mula rasa mengah untuk dihabiskan. 

ketupat palas frozen Kelantan

#2 - Teksturnya Yang Tidak Terlalu Melekit 


Sebagai orang melayu jati, sudah tentulah daku dah pernah makan ketupat palas ini sejak kecil. Dan memang daku perasan ada ketupat yang melekat melekit hinggakan penuh di jari bila sedang makan. Tapi untuk ketupat palas frozen Bonda ni, ianya tak melekat sampai tahap begitu sekali. Bila pegang padat elok je. 

ketupat palas frozen kelantan

#3 - Lembut Dan Mudah Untuk Dikunyah


Bukan saja tidak melekit penuh di jari, malah lembut juga. Daku siap boleh picit (macam dalam gambar). Memang asyiklah bila sedang makan ketupat palas frozen Bonda dari Kelantan ni. 

ketupat palas frozen kelantan

#3 - Ada 2 Variasi Ketupat Palas (Lemak dan Manis) 


Ketupat palas frozen Bonda didatangkan dalam DUA variasi. Yang pertama ketupat palas lemak (rasa lemak santan semata-mata) dan yang ke dua ketupat palas manis (rasa lemak santan bercampur manis gula). 

Untuk ketupat lemak memang sedap di makan dengan rendang, serunding dan sebagainya. Manakala untuk ketupat manis pula, nak terus makan begitu saja pun dah okay!

ketupat palas frozen kelantan

#4 - Makan Satu Biji Je Tak Cukup!


Tiap orang ada citarasa masing-masing, dan untuk daku sekeluarga Alhamdulillah ketupat frozen Bonda ni memang menepati citarasa kami buat masa ini. Kasih Sufi sendiri dah kena tawan! Lepas makan sebiji di makannya sebiji lagi. Punyalah berselera sampaikan masih penuh di dalam mulut tapi di tangan dah ready dengan ketupat lagi sebiji. 

ketupat palas frozen kelantan

#5 - Harga Yang Sangat Berpatutan


Kat rumah daku ni ada 8 orang (anak 6 + daku dan suami), jadinya untuk makan beramai-ramai begini, setakat sepuluh atau dua puluh biji memang tak cukup! Nak makan dengan puas sekurang-kurangnya kena order dalam lima puluh biji. 

Syukur rasa hati apabila ketupat palas frozen Bonda ni memang dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali. Harga yang ditawarkan untuk ketupat palas frozen Bonda ini adalah :
  • 50 biji  - RM40 
  • 100 biji - RM70
  • tempahan yang lebih banyak (untuk kenduri) - boleh dibincangkan

ketupat palas frozen kelantan
- Kasih Sufi dah mula mengira... cukup ke tak cukup ni! - 


Tidak hanya menawarkan harga yang murah dan berbaloi, servis penghantaran (COD) juga turut disediakan. Caj penghantaran di buat sekitar kawasan dalam Kelantan untuk area yang berikut :

  • sekitar bandar Tanah Merah = Free delivery
  • sekitar bandar Machang = RM5
  • sekitar bandar Pasir Mas = RM5 - RM10
  • sekitar bandar Pasir Putih = RM10 - RM15
  • sekitar bandar Kota Bharu = RM10 - RM15 

ketupat palas frozen kelantan

Memang Puashati Bila Lihat Anak Makan Dengan Berselera! 

Kasih Sufi ni agak cerewet sikit dengan makanan, jadi bila lihat dia makan ketupat plas frozen Bonda dengan penuh berselera begini, sebagai ibu sudah tentulah daku berasa amat berpuashati. Bukan mudah untuk jumpa makanan yang benar-benar kena dengan selera anak kecil begini. 

ketupat palas frozen kelantan
Kalau hari-hari Kasih mau makan begini, mama sanggup order selalu!- 

Pekena Dengan Kopi O Panas Memang Ngam!!

Daku makan ketupat manis. Kebetulan pula beberapa hari lepas abang sulungku ada datang ke rumah dan beri kopi kaw dari Utara, memang awesome bila dikenakan dengan ketupat Bonda ni. Tak payah susah payah buat rendang pun tak apa kalau begini. 

ketupat palas frozen kelantan

ketupat palas frozen kelantan

Ohya, ketupat Bonda ni bukan saja mendapat sambutan di negeri Kelantan bahkan turut mendapat perhatian penduduk Kuantan. Alkisahnya (menurut owner), mereka ada ahli famili yang ramai di Kuantan (termasuk anak cucu), jadinya mereka satu famili rajin ulang alik antara Kelantan dan juga Kuantan. Jadi, sesekali ketupat ini di bawa dari Kelantan ke Kuantan dan memang mendapat permintaan yang sangat tinggi hinggakan dah ada pelanggan tetap di sana. 

Itulah lebih kurang perkongsianku untuk kalian yang sedang mencari ketupat palas atau ketupat pulut di Kelantan. Jika terasa ingin makan ketupat manis dan lemak, bolehlah cuba ketupat palas frozen Bonda ni. 

Untuk team Ketupat Bonda, daku harap kalian dapat kekalkan mutu makanan pada tahap ini buat selama-lamanya. Jika tahap mutu rasa makanan dan servis ketupat palas frozen Bonda boleh dikekalkan pada tahap begini, tak mustahil boleh pergi lebih jauh dan daku sendiri bakal menjadi salah seorang pelanggan tetap yang setia selepas ini. 





Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus whatsapp ke :

 https://wa.me/60137885684?text=nakorderketupat



7 comments for "Ketupat Bonda : Ketupat Palas Frozen Kelantan Yang Sedap, Lembut Dan Murah!"

  1. Senang dah ada ketupat palas frozen ni. Suka makan ketupat frozen. Dia boleh pos tak? Hihi

    ReplyDelete
  2. Senang skrg dh ada readymade...tinggal order n makan jaa...

    ReplyDelete
  3. akak pun suka ketupat palas. lapar baca entry ni tau. dah la susah nak cari ketupat palas frozen area kl ni, hah..boleh postage tak?hehe...

    ReplyDelete
  4. Ketupat palas ni feveret. Tak de musim..kat sini senang nak dapat. Kalau ada jual frozen mcm ni pun mudah. Boleh beli buat stok kat rumah.

    ReplyDelete
  5. belum pernah mencoba ketupat manis.pasti rasanya juga beda banget yaa
    ketupat lemak nya pasti sedap juga ...senangnya si dede makannya

    ReplyDelete
  6. Ketupat palas memang favourite dak mimi. Kalau ada ketupat palas ni lain tak pandang dah. Dapat pula makan dengan rendang, perghh mesti sedap

    ReplyDelete
  7. Ketupat palas memang kesukaan saya, sedap makan dengan rendang daging, hr tu pun beli yang prozen jugak boleh try beli ni pulak.

    ReplyDelete