Apabila Dara Sudah Hilang Harga - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

23 Feb 2017

Apabila Dara Sudah Hilang Harga

"Abang pilih yang mana? Perawan atau jandaaaaaa....???" Tetiba teringat lagu yang Akis nyanyi di pentas Mentor Milenia tempohari. Satu soalan untuk abang-abang sekalian yang ada membaca artikel ini, abang-abang pilih yang mana? Yang masih perawan atau yang sudah janda? :D

Tiba-tiba rasa panas je dalam blog aku ni.... Walaubagaimanapun, sebagai seorang perempuan semestinya aku boleh bercakap isu ini dan para lelaki yang mahu ikut baca, di minta baca dengan senyap ya.... shhhh... jangan banyak bunyi ok. Nanti dah habis baca baru boleh bercakap kat ruangan komen di bawah tu ya... itupun kalau abang-abang berani letakkan komen la.. hahaha...

Aku yakin pasti ada yang garu kepala bila aku buka topik untuk isu sensitif ni kan? Boleh bikin malu orang perempuan gitu tapi hakikatnya memang aku sengaja nak bagi orang perempuan malu...!! Biar malu semalu malunya, biar reti sereti retinya. Ini umur baru setahun jagung dah pandai bercouple-couple mengalahkan orang dah beranak pinak. Aku yang melihat ni bukan setakat geli tapi sampai rasa nak termuntah. Aku rasa golongan janda mungkin lebih pandai jaga diri dari mereka-mereka ni. Sebab tu Miss J ramai yang dapat kahwin semula dengan lelaki yang ada class.

Terus terang, aku sebagai seorang wanita naik gerun melihat kelakuan budak remaja perempuan sekarang ni. Nak kata aku ni lahir zaman batu tak jugak. Aku lahir awal tahun 80an dan zaman tu pun memang ada juga gejala sosial ni. Masa zaman aku dah ada mat rempit, ada bohsia, ada bohjan, ada isu isap gam, semua tu ada tapi yang buat aku makin menyampah dengan sesetengah budak remaja sekarang ni sebab diaorang punya gedik tu melampau-lampau sangat. Di khalayak ramai pakaiannya ntah apa-apa... lepas tu di layan nya si teman lelaki macam sedang melayan suami. Kasi pegang situ, kasi pegang sini.. konon-konon sebagai tanda cinta sejati.. banyak lah dia punya cinta sejati!!

Aku boleh agak pasangan mana yang dah berkahwin dan pasangan mana yang belum lagi berkahwin sebabnya, pasangan yang dah berkahwin ni, walau halal untuk saling bersentuhan tetapi kami kena jaga perilaku di khayalak ramai tau. Sebab apa kena jaga? Kerana Islam itu membataskan perilaku yang berlebihan ketika di luar rumah.  Ketika berada di khalayak ramai, pasangan yang dah berkahwin ni di haruskan untuk pegang tangan saja, nak cium-cium, nak peluk-peluk semua tu kami kena tunggu balik rumah.. Bagi pasangan yang baru berkahwin tu, di nasihatkan jangan sengaja nak tunjuk romantik sangat sampai tak mahu ambil kisah tentang batasan agama. Kan tak pasal-pasal orang lain boleh tahu dengan senang tahap ilmu agama kita setakat mana... sapa yang malu? Diri sendiri juga.... huhu..

Berbalik pada cerita tadi, apabila sudah di kasi pegang, break up, mulalah nak frust menonggeng.. Di tulisnya pula dalam status facebook macam-macam meroyan macam orang sakit mental. Kita yang membacanya ni jadi tak tahu nak komen apa sebab status sebegitu sangat menunjukkan kekurangan akal pada si penulisnya. Putus cinta je pun bukannya bercerai berai. Orang lain yang kehilangan suami tak meroyan macam tu dik oi...  Aku dulu pernah juga putus cinta tapi di sebabkan kita jaga diri dengan baik jadi apa nak risau. Dah tak ada jodoh biarlah, nanti nak dapatkan jodoh yang lain buat tapisan dulu sebelum terima, biar dapat yang lebih baik sampai teman lelaki dulu menyesal tak sudah.

Buat adik-adik yang belum berkahwin (masih remaja terutamanya), meh sini hakak nak kasi ajar meh. Anjak sikit kasi rapat mudah hakak nak sound kasi masuk terus ke hati tu.
Dengar sini pesanan dari sis satu persatu ya..

  • Jangan bagi orang lelaki pegang-pegang walau sekadar ringan-ringan sebabnya bila sekali orang lelaki pegang kita akan mula syok dan lama-lama akan ketagih. Ketagih dadah boleh bawa mati tapi ketagih ini boleh buat kita hilang pertimbangan diri.
  •  Bila ketagih mula lah nak jumpa boyfriend lagi lagi dan lagi sebab syok. Pastu bila tak jumpa akan meroyan macam orang tak cukup akal. Rindu lah.. cinta lah.. alasan je semua tu. Hakikat sebenar sebab nak berseronok! 
  • Jika di biarkan terus di pegang-pegang lama kelamaan pasti boleh terlanjur. Apa tidaknya bila berdua-duaan bermakna ada syaitan sebagai orang ke tiga di tengah-tengah. Syaitan memang suka benar lah situasi macam tu sebab mudah dia nak hasut.
  • Bila dah terlanjur, besar kemungkinan akan mengandung tau. Adik-adik comey ni jangan ingat terlanjur sekali tak akan jadi apa-apa ya... kirim salam banyak-banyak lah sebabnya walau hanya terlanjur sekali tetapi peluang untuk mengandung itu tersangatlah tinggi sebab kalian tu dah anak gadis. Zaman nenek kita dulu umur 13 tahun dah mula beranak pinak, jadi samalah dengan zaman ini pun. Fizikal seorang perempuan sama je walau lahir pada berlainan era. Itu kalau terlanjur sekali, kalau terlanjur banyak kali? Apa ingat pakai k**d*m tu boleh buat tak mengandung ke? Please lah.. be rasional ok. Alat tu bukannya boleh caya 100% pun.
  • Jika sungguh dah termengandung, apa adik-adik comey nak buat? Cer citer kat sis ni.. Nak gugurkan? Nak lahir dan buang? atau sanggup untuk berterus terang depan family dan lahirkan baby tu sebagai seorang ahli family yang baru. Mana satu jawapannya?? Cuba habaq mai... (kalau pilih untuk terus terang depan family sis respect!!) 
  • Lagi satu hakak nak pesan, adik adik comey jangan ingat yang semua lelaki atas dunia ni baik. Orang perempuan ni sekali dah terlanjur automatik akan hilang dara dan bila hilang dara suami kita boleh tahu ketika lalui malam pertama nanti. Jadi memang tak dapat nak berselindung okay. Jika di takdirkan dapat suami yang tak kisah tak apalah tapi senangkah nak cari seorang suami yang sebaya umur, soleh, baik dan sudi terima sejarah silam kita yang dah hitam dengan mudah? Sis tak cakap tak ada lelaki yang baik macam ni cumanya bukan senang nak dapat adik oi.. lainlah kalau adik sanggup kahwin dengan lelaki yang tak reti nak cukup dengan satu isteri, ataupun dengan lelaki yang dah boleh di panggil ayah. Hmmm.... minta di jauhkan.
  • Bila adik adik comey berperangai liar, apa ingat orang kampung tak nampak? Mungkin adik adik comey tak kisah orang mengata tapi keluarga akan ikut kena tempiasnya sekali. Mungkin mak ayah kita tak tahu sebab kita pandai simpan rahsia namun jika ada orang kampung yang tahu mesti diaorg akan jaja cerita sana sini sampaikan hilang respect orang kampung terhadap keluarga kita dalam diam. Kesian family kita dik. Mana nak letak muka?
  • Bila dah terlanjur (walau hanya sekali) memang susah jugak nak sembunyi yang kita dah tak ada dara tetapi bagi lelaki mereka okay je sebab orang perempuan bukan boleh detect yang mereka dah tak ada teruna. Jadi sebab tu, orang lelaki bila-bila masa boleh lepas tangan dan berkahwin dengan orang lain. Silap haribulan berkahwin dengan pilihan mak ayah yang lebih cantik dan solehah. 

Itulah akibatnya jika tidak mahu menjaga kehormatan diri (dara) dengan baik. Banyak perkara buruk boleh berlaku. Sis harap bagi yang sudah terlanjur tu tolonglah kembali ke pangkuan jalan. Dekatkan diri dengan Allah swt.. Inshaa Allah 'ketagih' untuk berseronok tu akan hilang.

 Dan sekiranya sudah termengandung sekalipun, tolonglah jangan di buang macam tu saja dik. Kesian baby yang comey tu , dia bukan ada buat salah apa pun... adik carilah mana-mana badan kebajikan atau orang perseorangan yang boleh membela baby tu nanti. Kat hospital tu berebut-berebut orang nak kan baby sampai ada kes culik bayi. Sepupu sis sendiri terpaksa ambil anak angkat sebab sama sekali tidak dikurniakan zuriat. Kami sanggup terima walau anak itu hasil dari 'keseronokan' adik semata-mata sebab memang si kecil tu tak bersalah apa pun. Kesian dia. Dia pun nak rasa juga bagaimana hidup atas dunia ni.

 Tolong ya, tolong jangan buang.. kalau adik beri si kecil pada sesiapa dan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik, sis yakin Allah swt akan datangkan perkara yang sangat-sangat baik pada adik. Besar kemungkinan Allah swt akan utuskan jodoh untuk menjadi penyelamat adik nanti kerana adik telah insaf. Janji adik tidak kembali ke perbuatan lampau. Nak taubat, kena taubat nasuha. Percayalah!

Allah swt tidak pernah zalim tetapi kita yang sengaja menzalimi diri sendiri


15 comments:

  1. kesian jugak ya baby tu dorang buang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah kesian.. mak ayah dia seronok dia yang jadi mangsa kena bunuh, kena buang tempat kotor. Subhanallah.. sedihhh sangat sangat!!

      Delete
  2. Menakutkan kan.. semakin menjadi-jadi masalah sosial ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... kita kena saling ingat mengingati kesian baby yang tak berdosa

      Delete
  3. 60%... erm... banyak juga tu... tinggal 40%, susah nak dapat 40% kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih daripada separuh yang dah tak ada dara lagi... apa lah nasib anak terunaku.. huhu :(

      Delete
  4. Haish! takkanlah yang inipun Malaysia boleh ya...Kalau negara barat ialah siapa dalam usia remaja masih dara dikatanya gayslah, homolah, kesianlah tak laku

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup akhir zaman, apa kan daya.. janji kita saling ingat mengingati

      Delete
  5. ermmmm cabaran untuk ibu bapa didik anak-anak zaman sekarang. Nauzubillah janganlah berlaku dekat kita. Kadang2 sedih tengok remaja bercinta dah macam suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal.. mengalahkan orang yang dah kawin :(

      Delete
  6. Replies
    1. kenyataan yang semakin berleluasa.. hmmm :(

      Delete
  7. kawen tu sonok kan kakSiti., nak jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknyer., huhu2

    ReplyDelete