Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Mudah Untuk Kita Cuba

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Mudah Untuk Kita Cuba | Terus terang cakap, aku bukan seorang yang sangat pandai buat kek. Lagi-lagi untuk kek yang susah. Eeee takde kesabaran aku nak hadap buat kek yang payah-payah tu. 

Tambahan pula kat rumah ni ada anak kecil jadi kalau lama sangat kat dapur alamatnya kek tak siap di bakar. 

Antara sebab lain aku takut untuk buat kek yang remeh sebab risau kalau-kalau tak menjadi. Nanti rugi je semua bahan yang di beli.

Maka cara yang terbaik untuk aku atasi masalah ni adalah dengan membuat kek yang mudah! Kek yang senang! Kek yang cepat! Kek yang tak pakai banyak bahan! 

Resepi kek guna blender yang mudah lagilah aku suka tahap jatuh cinta. Sekali fikir dah macam pemalas pula haa.

10 Resepi Kek Guna Blender Yang Boleh Kita Cuba


Di sini aku kongsikan bersama 10 resepi kek guna blender yang boleh kita cuba sama-sama. 

Manalah tahu, nak buat kek untuk harijadi anak ke, untuk bawa ke majlis pertemuan keluarga ke, untuk tunjuk pandai ada skill buat kek depan suami ke... at least bolehlah juga merasa kek hasil air tangan sendiri kan.

#1 - Kek Marble Nutella Kukus

gambar sumber Google

Kadang-kadang terasa nak makan kek yang simple je kan. Yang senang tapi sedap, biarlah takde topping gah macam kat kedai semua tu. 

Sebagai contoh resepi kek marble nutella ni. Bahannya sikit dan cara buatpun mudah amat!

Bahan-bahan :
  • Dua cawan tepung naik sendiri (guna jenama Bluekey)
  • Butter 250 gm 
  • 4 biji telur
  • Sesudu teh esen vanilla
  • Setengah cawan gula castor
  • Sesudu besar nutella
  • Sedikit chocolate rice untuk hiasan

1. mula-mula campurkan gula kastor, butter dan telur di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung tu sedikit demi sedikit. Gaul hingga adunan tu bersatu. Gaul dalam 10 minit gitu. Kalau ada mixer, gunalah mixer. Nak guna blender terpulang tapi kalau nak tahu, guna tangan je pun boleh untuk kek ni.

3. Kemudian, kita sapu sedikit minyak masak pada keseluruhan loyang. Ini bagi memastikan kek kita senang untuk dikeluarkan

4. Panaskan oven menggunakan suhu 180*C menggunakan api bawah. Sebelum kita bakar kek, kita kena panaskan oven lebih kurang 15 minit terlebih dahulu ye. Dah selesai, kita bakar kek selama 30 minit. 

5. Untuk memastikan kek itu telah masak, kita boleh ambil lidi. Cucuk lidi pada kek. Kalau dah takde kesan tepung pada lidi tu, maknanya kek kita masak.

6. tunggu kek ni agak sejuk sikit (suam-suam gitu), kemudian aku sapu nuttela atas kek ini. Last sekali, taburkan chocolate rice atas kek



#2 - Resepi Kek Marjerin Mudah (Guna Blender Je)

gambar sumber Google


Kek marjerin atau butter guna blender pun boleh jadi gebu! Resepi kek butter sukatan cawan ni memang sering di buat oleh ramai orang. 

Almaklumlah, rasanya memang sedap pun! Kek butter atau marjerin ni turut di panggil resepi kek biasa dikalangan mereka yang pro dalam buat dunia pembuatan kek. 

Bahan dan cara untuk membuat resepi kek marjerin tanpa guna mixer (hanya guna blender) ini adalah:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 cawan butter / majerin (sy guna majerin)
  • 1 cawan brown sugar
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 3 biji telur gred B / klau guna gred A pakai 2 biji
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil esen ros


1. Ayak tepung dan baking powder

2. Telur ayam, brown sugar, susu pekat, esen vanila dan butter/majerin dimasukkan ke dalam blender dan di blend hingga kembang dan halus.

3. Keluarkan adunan yang diblend ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan di kaup balik kacau sebati.

4. Masukkan 1 sudu makan dlm kertas cawan dan bakar selama 180'c selama 20 minit...mengikut kepanasan oven masing2

#3 -  Kek Coklat Kukus Guna Blender



Kek coklat kukus adalah salah satu resepi yang paling mudah. Maunya tak mudah kalau dah tak perlu guna mixer. Setakat buat guna blender jer pun dah boleh jadi. 

Blend, gaul-gaul kemudian kukus. Siapa sangka kan, kek coklat guna blender pun jadi! 

Aku sendiri pernah buat kek coklat kukus ni beberapa kali. Malah dah jadi favourite anak-anak sekarang ni. Okaylah tu, jimat duit tak payah beli.


  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair / susu kotak segar
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur ayam
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder


1. Kisar semua bahan di bawah ini menggunakan blander dalam jangkamasa lebih kurang 5 minit. Nak gunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja. Bahan tersebut adalah :

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair / susu kotak segar
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur ayam 


2. Setelah itu, panaskan air di dalam periuk pengukus dan siap sedia untuk proses mudah yang berikutnya. 

3. Sementara menunggu air kukusan periuk pengukus panas, ayakkan bahan tepung di bawah ini.

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

4. Sekarang masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam mangkuk yang besar dan setelah itu tuangkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau sebati adunan terbabit dan ketepikan sekejap.

5. Sekarang, sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak. Setelah itu tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup loyang dengan plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek. 

Jika takde plastik bungkus penutup periuk kukus dengan kain tudung lama yang dah tak digunakan.

6. Akhir sekali bolehlah di kukus selama 1 jam atau sampai betul-betul masak. 

Nak tahu dah masak ke belum senang je, korang boleh cucuk dengan garfu dan jika dah tak melekat bermakna kek tersebut dah ready sepenuhnya untuk di makan. 


#4 - Kek Gula Hangus Guna Blender

gambar sumber Google


  • 4 biji telur gred A 
  • 1  cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1  cawan gula pasir  
  • 1 cawan air panas
  • 2 sb butter 
  • 1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara: 


1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas pelahan-lahan. 

2. Kacau hingga gula cair. Masukkan butter. Sejukkan sebentar.

3. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Ayak dan ketepikan.

4. Pukul telur sampai kembang (guna blender takpe).

5. Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat .

6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang di gris terlebih dahulu .Adunan ni memang cair.

8. Rehatkan adunan selama ~ 20minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (boleh guna suhu 150'C) 

9. Bakar api bawah selama 30 min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul-betul masak. Lebih kurang selama 40 minit. 



#5 - Resepi Kek Cheese Leleh Guna Blender

gambar sumber Google


Bahan-bahan : 

  • *2 biji telur gread A
  • 1 cawan tepung gandum
  • *1/2 cawan gula (kurangkan jika tidak suka manis)
  • *2 sudu susu pekat
  • *1sb ovalate
  • 2sb susu tepung
  • 1sk baking powder
  • 1sk soda birkabonat
  • *1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara-cara : 

1. Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
2. Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
3. Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4. Last skali letak minyak masak dan gaul sebati. Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je. Guna loyang 40minit atau hingga masak.

Topping

  • 150g cream cheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Cheddar cheese diparut secukupnya

1. Blender sampai sebati je. Jangan lama2-lama sangat tau!
2. Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. 

3. Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang jer. Adunan ni ngam untuk loyang saiz 6 sahaja. Loyang besar double kan adunan.


#6 - Kek Pelangi Guna Blender 

gambar sumber Google

Kek pelangi ni dikenali juga sebagai kek minyak.


Bahan-bahan:


5 biji telur gred B
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula diblender
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking.powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
3 warna kesukaan (sy guna kuning, hijau n merah)

Cara-cara :

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

2. Blender telur, gula dan ovalette dalam 10 minit

3. masukkan pula susu pekat, minyak dan esen vanila..blender sekejap lagi

4. Tuang adunan ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan dan letakkan warna yang berbeza setiap warna. 

5. amik 1senduk adunan pertama ltk di tgh2 loyang..jgn ratakan..amik pula adunan yg berlainan warna 1senduk juga ltk di atas adunan pertama..jgn ratakan juga ulang step di atas pd adunan ketiga..selang selikan hgg abis...

6. lorek atas adunan guna lidi sate...panaskan oven 160'-170 (ikut oven msg2 sbb kepanasan oven berbeza) bakar 45mnt api atas bawah. Untuk kukus ambil masa lebih kurang 1 jam.

7. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


#7 - Resepi Kek Pandan Guna Blender 


gambar sumber Google



Bahan-bahannya:
  • 3 Biji telur ayam gred A
  • 1/2 Cawan gula halus
  • 1/4 Cawan minyak jagung
  • 1/4 Cawan susu cair
  • 1 Sudu makan ovalette (kat kedai kek ada jual)
  • 1 Sudu teh esen vanilla
  • 1 Sudu teh perisa pandan
  • 1/2 Sudu teh pewarna hijau
  • 1 Cawan tepung naik sendiri (di ayak)

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam pengukus dan biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana. Sementara itu, masukkan semua bahan-bahan kecualitepung naik sendiri ke dalam blender. 
2. Blend hingga adunan menjadi kembang selama 3 hingga 5 minit. 
3. Sekarang masukkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Alaskan loyang bersaiz 6 dengan baking paper dan sapukan butter. Bagi mendapatkan tekstur kek pandan yang halus dan cantik, tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang kemudian hentak-hentak sedikit supaya kek nanti menjadi lebih cantik.
5. Kukus kek pandan selama 30 minit atau sehingga masak. Boleh guna lidi atau garfu untuk check. Kalau dah tak melekat itu tandanya dah masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu barulah dikeluarkan daripada loyang. Siap!


#8 - Resepi Kek Kurma Guna Blender 


gambar sumber Google


BAHAN : 
1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri (boleh juga guna tepung gandum + 1 sk b/powder yang diayak bersama) 
1 Cawan Minyak Jagung atau minyak masak
1 Cawan Gula Kastor
10 Biji Kurma 
1 Cawan Susu Cair 
1 Biji Telur 

CARA : 
1. Blend telur sampai berbuih.
2. Masukkan gula, blend sampai putih.
3. Masukkan kurma yang telah dibuang biji bersama susu, blend lagi.
4. Masukkan minyak, blend lagi.
5. Pindahkan adunan dari blender ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit.


#9 - Resepi Kek Oren Blender Mudah

gambar sumber Google

  • 1 bji buah oren /
  • 1 cawan minyak atau melted butter (terpulang suka yang mana)
  • 2 cawan gula halus (kurangkan jika tak suka manis)
  • 4 biji telur gred B (atau 3 biji gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama tepung gandum ) 
  • 1 - 2 titik lemon paste 

Cara-cara

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah.Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

2. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur. Kemudian kisar semuanya hingga halus. Jika nak lebih bau harum boleh tambah 1 - 2 titik lemon paste

3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

5. Bakar pd suhu 150C selama 30 min atau sehingga masak 



#10 - Resepi Kek Pisang Hanya Guna Blender 


gambar sumber Google

Bahan-Bahan (untuk saiz Loyang 9 x 9)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 7-8 biji pisang emas
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 cawan butter cair/minyak jagung/minyak masak
  • 1 sk esen vanila
  • 2 biji pisang (hiris nipis utk hiasan)

Cara-Cara : 

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan


2. Satukan pisang, gula perang, telur, butter cair dan esen vanila ke dalam blender dan kisar semuanya hingga halus.

3. Tuang adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung (yang telah diayak) sedikit demi sedikit dan gaul rata.

4. Tuang ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper dan oles dengan sedikit butter.

5. Hentak loyang, untuk pecahkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan.

6. Letakkan hirisan pisang di atas adunan. Bakar selama 50min-1jam (hingga masak) suhu 160'C (bergantung suhu oven masing-masing)

7. Untuk mendapatkan permukaan kek yang lebih garing, selepas kek masak, bakar api atas sahaja selama 3min (atau hingga cukup kegaringan yang dikehendaki)


Ohya, kek oren ni boleh juga digantikan dengan lemon. Cuma bila dah guna lemon tak jadilah resepi kek oren sebaliknya akan menjadi resepi kek lemon kukus sukatan cawan.


[ Resepi Menarik Yang Lain ] :

14 Resepi Topping Coklat Untuk Kek Dan Biskut 
+ 10 Resepi Roti Homemade Yang Senang Nak Buat
+ Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker
+ Resepi Nasi Minyak Paling Ringkas Guna Beras Biasa 

Periuk Pengukus Noxxa Menjadi Pilihan Ramai 

Kebanyakan resipi kuih orang lama ini menggunakan kaedah kukus untuk di masak. Bagi anda yang sedang tercari-cari periuk pengukus elektrik yang mudah untuk digunakan, boleh dapatkan periuk kukus Noxxa. 


Kelebihan Periuk Kukus Noxxa 3 Tingkat 

1. Tak perlu tunggu 30 minit untuk air mendidih pun, letak makanan, tekan on, tetapkan masa, tekan button start! Wap terus keluar dan aktiviti kukus bermula serta merta! 

2. Umur semakin tua, kadang masak sesuatu atas dapur gas memang boleh terlupa kan! Siapa pernah alami? Sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! 

Tapi dengan steamer noxxa yang bijak ini, XPERLU LAGI RISAU sebab jika air mulai mengurang, alarm akan berbunyi, dan jika air tidak ditambah, steamer automatik ter off sendiri, sangat selamat.

3. Yang paling best, jika lapisan bawah kukus nasi, bahagian tengah kukus ikan siakap stim, atas kuih seri muka, bau ikan tidak akan melekat pada nasi dan kuih seri muka kerana setiap lapisan ada salurannya sendiri. 

4. Saiz yang besar dan lebar. Bukan bentuk bulat. Ini memudahkan untuk susun makanan dan mudah juga untuk masak ikan stim. 

periuk-pengukus-noxxa

Berapa Harga 

Special untuk pembaca blog ini, harga ditawarkan hanya RM 395 dan anda juga boleh membuat pembelian secara ansuran.

Jumlah bayaran tiap-tiap bulan secara ansuran ini boleh dibincangkan. Makin best, buat bayaran ansuran bulan pertama terus boleh terima barang tanpa perlu tunggu lama-lama. 

periuk-pengukus-noxxa



Pertanyaan lanjut berkaitan periuk pengukus
whatsapp :


Sedang Mencari Resepi Kek Tanpa Guna Mixer? Jangan Risau, Blender Kan Ada! 


Macam yang dah cakap tadi, walaupun tak pandai buat kek tahap profesional. Takde mixer kat rumah sekalipun! 

Masih tetap boleh buat kek guna resepi kek guna blender macam yang dah dikongsikan kat sini. 

Yang penting beli bahan asas untuk resepi kek seperti tepung gandum, soda bikarbonat, gula dan sebagainya. Takde mixer tak kisah. 

Jika takde oven boleh masak guna cara kukus. Pandai-pandailah nanti. Apapun, terima kasih untuk semua tuan empunya resepi yang sudi kongsikan untuk kami semua cuba. 

Aku dah cuba beberapa resepi dan alhamdulillah menjadi,. Ada masa InshaAllah bolehlah cuba resepi yang lain pula. 

Nampak resepi kek gula hangus, kek oren semua tu memang sedap la haiii... jom cuba!



Credit resepi : Fifi Tiez, LinaPg, Aisyah Kenang, Azie Kitchen, 


Jemput join Telegram rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom


7 comments for "10 Resepi Kek Guna Blender Yang Mudah Untuk Kita Cuba"

  1. aduhaii kat sni xde blender. kalau x boleh la try

    ReplyDelete
  2. Saya paling doyan yang terakhir karena ada pisangnya :)

    ReplyDelete
  3. Untuk resepi kek minyak...ada tertinggal step....dimana minyaknya dimasukkan

    ReplyDelete
  4. Boleh Buat Kek Ni!!Sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dh buat jadi,gebu,tp sy guna mixer.. Tq share resepi... Sy ambik resepi kek butter..Tapi kena kurangkan sukatan suau pekat,dh de gula kan...mnis bg saya...

    ReplyDelete