Resepi Nasi Minyak Paling Ringkas (Nasi Minyak Simple Dan Sedap) | Sebut nasi minyak terus rasa terliur. Yes! Nasi minyak adalah salah satu menu favourite untukku dan family. Namun untuk buat nasi minyak resepi dengan bahan yang banyak dan makan masa berjam bukanlah styleku. 

Daku lebih suka masak nasi minyak simple dan sedap cara mudah dan pantas untuk kurangkan masa di dapur. Daku juga suka masak guna nasi minyak resepi simple tanpa minyak sapi. Dulu semasa belum pandai buat resipi nasi minyak simple dan mudah versi sendiri ni, daku ada juga cuba ikut resepi nasi minyak simple Azie Kitchen. Sedap juga resepi Kak Azie. Dah macam nasi minyak resepi bonda pulak.

Tapi apabila setiap kali nak masak perlu beli minyak sapi dan beras basmathi macam yang Kak Azie ajar, maka daku cuba usaha sendiri mengikut bahan apa yang sering ada di rumah saja. Mau taknya, anakku memang hantu nasi minyak. Tiba-tiba request nak makan nasi minyak sedap untuk breakfast sebelum ke sekolah. Hmmm mau tak pening kepala. 

Yang pasti, hari ni daku nak share resepi cara masak nasi minyak yang paling simple giler!!  Cara buat nasi minyak resepi mudah dan simple ni memang betul-betul mudah! Daku guna beras biasa saja pun dan tak juga letak minyak sapi. Pendekata, ini juga adalah nasi minyak resepi mudah dan bajet tanpa perlu berbelanja lebih. Tak payah nak guna beras basmathi, stok ayam, minyak sapi dan lain-lain. Kali ni kita masak cara koboi.


Kenapa aku cakap cara koboi? Sebabnya bahan yang aku guna untuk masak kali ni adalah yang paling asas sekali. Semua bahan sampingan aku dah ketepikan dan aku cuma nak masak hanya dengan menggunakan bahan yang paling wajib saja semata-mata. Soal rasa, InshaaAllah masih menepati apa yang di hajati. 

BAHAN ASAS UNTUK MASAK NASI MINYAK RESEPI MUDAH

  • 2 cawan beras yang telah di bersihkan
  • 2 ulas bawang besar (di mayang) *
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk) *
  • 2 inci halia (potong memanjang) *
  • 1 inci kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji buah pelaga *
  • 3 sudu makan marjerin planta * (aku guna jenama pelangi)
  • minyak masak untuk menumis *
  • air secukupnya
  • 1 sudu garam

CARA-CARA UNTUK MEMASAK NASI MINYAK RESEPI MUDAH

1- Panaskan minyak masak  berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda ( * ) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.


2 -Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.


3 - Sekarang boleh masukkan air. Air ni ualls agak-agak lah ya. Sukatan air adalah mengikut beras dengan kaedah memasak nasi pakai dapur gas biasa. Kalau ikut sukatan aku memasak, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.

4 - Bila dah masukkan air, terus ualls masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau ualls risau takut nasi jadi terlajak masin ke apa... ualls boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa. Takde masalah!!


5 - Sekarang ni hanya perlu tunggu nasi masak seperti biasa. Actually, aku suka masak pakai dapur gas walau ada rice cooker sebabnya aku boleh lihat nasi ni dari masa ke semasa. Tambahan pula, aku suka letakkan sedikit colour bila nasi dah hampir masak.. ala ala nasi hujan panas gitu...

Titik titik kan sedikit pewarna pelbagai colour kemudian terus kacau guna garfu.

Alhamdulillah.... dah pun siap nasi minyak resepi mudah ni!! Kadang-kadang terfikir juga, nasi minyak goreng agak-agak sedap juga tak kalau di buat? Haa dah mula nak buat eksperimen la tu... kiki...


BOLEH DI MAKAN BERSAMA ACAR TIMUN & AYAM MASAK MERAH !!


Sebahagian Daripada Reaksi Mereka Yang Telah Pernah Cuba






Haa amacam? Ini memang betul-betul resepi nasi minyak simple kan? Cara buat nasi minyak simple jimat belanja dan cepat boleh makan juga. Daku harap kalian akan berpuashati dengan rasanya nanti. 

Siapa cakap nak makan nasi minyak perlu berjam-jam di dapur? Dulu mungkin ya tapi sekarang tak lagi. Jika kalian jenis yang sama macam saya, suka masak cara mudah dengan guna bahan paling minima, boleh follow blog saya ni kerana ada banyak lagi resepi best-best dengan konsep jimat belanja, mudah masak dan sedap makan begini.

Selamat mencuba! =D 





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.