8 Maksud Mimpi Tentang Air Mengikut Tafsiran Islam | Apabila menyebut tentang 'air' pastinya ada banyak perkara yang boleh dikaitkan. Lagi-lagi jika itu hanyalah dalam mimpi yang apa saja perkara boleh berlaku walaupun situasi itu tidak masuk dek akal. Antaranya mimpi air melimpah dalam rumah, mimpi air sungai pasang mengalir dengan deras secara tiba-tiba, mimpi air banjir deras dan sebagainya.

Tidak kisahlah sama ada mimpi air jernih, mimpi air laut pasang, mimpi air banjir, mimpi air laut naik tinggi, mimpi melihat laut dan ombak, mimpi berada di pinggir laut, mimpi melihat air laut yang biru atau mimpi jatuh ke sungai tapi selamat sekalipun, yang penting air ini memang sangat rapat dengan kehidupan dan kerana itu 'Air' ini sering menjadi kiasan dari Islam, ilmu, kehidupan, kesuburan, kesejahteraan, dan harta.



Tafsir Mimpi Air Menurut Islam Juga Ada 

Menurut al-Quran dan sunah, mimpi terbahagi kepada dua iaitu mimpi yang benar dan mimpi yang batil. Mimpi yang benar ialah mimpi yang dialami oleh manusia tatkala psikologinya berada dalam keadaan seimbang. 

Salah seorang ulama salaf (terdahulu) yang terkenal dengan kehebatannya dalam menafsirkan mimpi adalah Muhammad bin Sirin atau lebih dikenal dengan Ibnu Sirin. Tafsir Mimpi Ibnu Sirin Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam ini adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Nama lengkapnya adalah Abu Bakr Muhammad bin Sirin al-Bashri.




Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya, mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan."



Sedikit Pengenalan Mengenai Ibnu Sirin Dari Ust Azhar Idrus




Melihat Air Dalam Mimpi? Inilah Sebahagian Tafsirannya Menurut Ibnu Sirin


1. Mimpi Minum Air Yang Bersih

Mimpi minum air yang bersih ini tafsirnya boleh berhubung kait dengan perkara yang menyenangkan, memberi keuntungan dan ada petanda menerima kejutan untuk perkara yang baik. 

Sebagai contoh, sesiapa saja yang bermimpi melihat dia sedang meminum air tawar yang bersih dan jernih dari sebuah sumur atau tempat penyimpanan air,... maka.... 

> Jika dia (si pemimpi itu) sedang sakit, itu boleh menjadi petanda dia akan sihat

> Jika dia seorang yang masih bujang, itu boleh menjadi petanda dia akan menikah

Jika yang bermimpi itu pula orang kafir, itu boleh menjadi petanda dia akan masuk Islam

Jika dia orang saleh, itu boleh menjadi petanda dia akan mendapatkan ilmu

Jika dia seorang penuntut ilmu, itu boleh menjadi petanda dia akan mendapatkan ilmu

Jika dia seorang pedagang, itu boleh menjadi petanda dia akan mendapatkan wang pinjaman yang halal


2. Mimpi Bawa Wadah Air 
Apabila seseorang bermimpi membawa sebuah wadah (bekas) air, jika dia orang miskin, maka itu boleh menjadi petanda dia akan kaya.  Jika dia seorang lajang, maka dia akan menikah.

3. Mimpi Lihat Telaga Yang Penuh Air Bersih
Barang siapa yang bermimpi melihat sebuah telaga penuh dengan air bersih, itu boleh menjadi petanda dia akan mendapat kehormatan dari orang yang dermawan. Jika dia berwudhu dari telaga itu pula, itu boleh menjadi petanda yang dia akan selamat dari semua hal yang merisaukannya

4. Mimpi Diberikan Air 
Jika seseorang bermimpi diberikan air dari cangkir (bekas minuman), itu boleh menjadi petanda dia akan dikurniakan seorang anak.

5. Mimpi Lihat Diri Di Dalam Air
Jika seseorang bermimpi melihat dirinya dalam air yang bening (jernih) seperti kaca, itu boleh menjadi petanda dia akan mendapatkan banyak kebaikan.

6. Mimpi Minum Air
Apabila seseorang bermimpi meminum air dalam jumlah banyak melebihi kebiasaannya ketika bangun tidur, maka itu boleh menjadi petanda dia akan dikurniakan umur yang panjang.

7. Mimpi Mandi Dengan Air Yang Dingin 
Sesiapa yang bermimpi mandi dengan air dingin, itu boleh menjadi petanda dia akan bertaubat, sembuh dari segala macam penyakit, keluar dari penjara, terbebas dari jerat hutang, dan aman dari semua rasa takut.

8. Mimpi Melihat Air Yang Kotor 
Siapa saja yang melihat air kotor atau air yang rasanya pahit, itu boleh menjadi petanda dia akan sakit, atau usahanya akan rugi, atau kehidupannya menjadi susah.


Baca Juga : Maksud Mimpi Hamil Dan Melahirkan Menurut Islam Dan Masyarakat


Masyarakat Turut Mengeluarkan Pendapat Sendiri Mengenai Mimpi Air

Untuk mimpi yang lebih spesifik seperti maksud mimpi tenggelam dalam air laut pasang menurut Islam tidak pula dinyatakan. Namun tak dinafikan soal mimpi air ini turut mengundang pendapat lain dari marayarakat. Jika ingin tahu juga apakah maksud mengikut pendapat masyarakat, bolehlah baca artikel ini sehingga habis.

Antara yang dikongsikan itu adalah :

1. Mimpi melihat air banjir
Dikatakan bahawa ertinya adalah selamat dan akan mendapatkan rejeki

2. Mimpi melihat air jernih mengalir
Dikatakan bahawa akan mendapatkan khabar baik yang mengejutkan

3. Mimpi air laut
Makna: rencana Anda akan sulit dijalani, kecuali melihat pemandangan air laut yang indah, tafsirnya menjadi beda, yakni impian-impian Anda yang indah

4. Mimpi melihat air sungai yang deras
Dikatakan bahawa emosi sedang terganggu 

5. Melihat air laut pasang
Dikatakan bahawa rancangan yang sedang diusahakan itu adalah sangat mustahil. Maksud lain ia dikatakan juga membawa rezeki yang lebih banyak

6. Berenang di laut atau kolam yang tenang
Dikatakan bahawa maksudnya Kehidupan Anda sedang stabil

7. Mimpi berada di kolam yang tenang, tapi dari bawah ada pusaran air yang kuat
Dikatakan bahawa ada kesulitan yang boleh berlaku dan perlu selalu hati-hati  

8. Mimpi berada di sungai dengan air keruh arusnya deras
Dikatakan bahawa ada kesulitan yang boleh berlaku mungkin dalam pekerjaan atau perhubungan 

9. Mimpi menyeberangi sungai
Dikatakan bahawa anda akan mengalami perubahan yang besar 

10. Mimpi meminum air keruh atau kotor
Dikatakan Maknanya adalah Anda mungkin akan mendapat penyakit yang cukup berat

11. Mimpi tenggelam di air
Dikatakan Maksudnya adalah Anda berada dalam tekanan hidup, cara untuk diselesaikan harus segera keluar dari beban dan tekanan hidup itu

13. Mimpi sedang mandi dan membersihkan diri
Tafsirnya adalah Hati Anda merasa bersalah dan sedang menuju kebaikan, menjadi orang yang bersih hatinya

14. Mimpi berjalan di atas permukaan air
Dikatakan ia akan membawa maksud Anda akan memperoleh keuntungan

15. Tenggelam di sungai
Dikatakan bahawa mungkin ada sesuatu yang buruk bakal terjadi

16. Mimpi air masuk ke dalam rumah
Dikatakan bahawa Anda dan sekeluarga akan mengalami sakit

17. Mimpi menangis meneteskan air mata
Dikatakan bahawa Kegembiraan akan segera datang

18. Mimpi air buah
Dikatakan bahawa Anda akan mendapat khabar gembira dari teman atau keluarga

19. Mimpi melihat air mengalir
Dikatakan bahawa Anda akan khabar yang mengejutkan (Suprise)

20. Mandi di tepi laut
Dikatakan bahawa Anda akan mendapat Ketenteraman dalam keluarga

21. Air laut rasanya tidak masin, tapi tawar
Dikatakan bahawa Anda akan selamat dari bahaya yang mengancam Anda

22. Air laut naik hingga ke dalam rumah
Dikatakan bahawa jika masih bujang maka Anda akan segera mendapatkan jodoh. Bakal ada orang istimewa dalam keluarga Anda

23. Melihat riak air di pinggiran pantai
Dikatakan bahawa Semangat bekerja Anda bertambah besar

24. Mimpi melihat gelombang air yang tinggi
Dikatakan bahawa Anda sedang kecewa dalam soal percintaan

25. Berenang di sungai tidak sampai-sampai
Dikatakan bahawa usaha Anda akan gagal, cubalah cara yang lain

26. Berenang di sungai dan sampai di tepi daratan
Dikatakan bahawa Anda akan sembuh dari sakit, atau usaha akan berjaya

27. Mimpi melihat pasir di dalam sungai
Dikatakan bahawa Anda akan mendapat untung hasil dari usaha atau bisnes 

28. Mimpi tenggelam di danau atau telaga
Dikatakan bahawa Anda akan menjadi bebas dari belenggu kuasa seseorang

29. Mimpi berenang di kolam
Dikatakan bahawa kesulitan akan menjadi penghadang


Awas! Jangan Terlalu Taksub Hingga Percaya 100% Pada Mimpi

Sebagai salah seorang muslim, kita jangan sesekali lalai dan menaruh sepenuh percaya akan perkara ini. Untuk sekadar baca dan cuba tahu sebagai langkah berjaga-jaga adalah tidak salah tetapi jangan sesekali digunakan sebagai 'panduan' dalam menjalani kehidupan. Jangan sesekali kita lupa yang mimpi ini hanyalah permainan tidur yang boleh membawa kerugian juga jika terus difikirkan secara serius. 

Mimpi yang baik pula disebut juga sebagai ‘busyra’ iaitu khabar gembira dari Allah SWT. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.