Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan Pokok Keladi
Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan Pokok Keladi | Pokok bunga keladi viral secara tiba-tiba. Jika dulu pokok keladi lazimnya tumbuh di hutan, kini diletakkan di ruang halaman rumah. Jenis-jenis keladi ini dikenali sebagai Caladium dan keladi mempunyai gabungan corak yang cantik pada warna daun.
Sebelum ini pokok snake plant atau lidah mertua pernah menjadi viral hingga capai harga beribu-ribu ringgit. Kini giliran pokok keladi hiasan pula. Harga melambung tinggi hingga aku sendiri berasa gayat. Keladi viral dah macam harga emas 916!
Yang lebih mengejutkan, suami dan emak aku sendiri ikut jatuh cinta dengan pokok keladi. Dulu emak dikampung suka tanam pokok hiasan jenis berbunga tapi sekarang emak dah makin seronok kumpul koleksi keladi.
Kenapa daun keladi viral ya?
Adakah disebabkan oleh warna?
Atau mungkin kerana bentuk dan corak daunnya?
Jenis Nama Keladi dan Gambarnya
Jenis Keladi Candik / Aglocasia Longiloba
Jenis Keladi Candik / Aglocasia Longiloba |
Jenis Keladi Kampung Saiz Besar
Jenis Keladi Kampung Saiz Besar |
Jenis Keladi Pink Love
Jenis Keladi Pink Love |
Jenis Keladi Caladium Heart's Delight
Jenis Keladi Caladium Heart's Delight |
Jenis Keladi Caladium Heart's Delight |
Jenis Keladi TriColour / Florida Crown Caladium
Jenis Keladi TriColour / Florida Crown Caladium |
Jenis Keladi White Wing
Jenis Keladi White Wing |
Jenis Keladi Caladium Festivia
Jenis Keladi Caladium Festivia |
Jenis Keladi Hijau Putih / White Christmas Caladium
Jenis Keladi Hijau Putih / White Christmas Caladium |
Pokok Daun Keladi Baru, Pemberian Sahabat Sebagai Hadiah
keladi hadiah dari kawan |
Pokok Keladi Pernah Kena Curi Ketika Tiada Di Rumah
Awal November 2021, aku sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk hantar anak sulung yang dapat tawaran sambung pengajian di sana. Bila pulang ke rumah, beberapa jenis anak pokok keladi hilang dari pasu.
Teruknya tahap viral pokok bunga keladi hiasan ni, hingga kena curi!
Disebabkan pokok keladi hiasan terlajak popular, mungkin ada yang anggap pokok-pokok keladi di rumah aku ni harganya mahal. Sedangkan suami hanya ada koleksi keladi tahap biasa-biasa saja.
Aku dan suami tak pernah beli benih anak pokok keladi mahal-mahal tahap ratus atau ribu-ribu. Kami cuma jaga benih-benih pokok keladi yang tumbuh meliar.
anak pokok keladi tumbuh liar ubah ke pasu |
6 Tips Penjagaan Pokok Keladi Viral Sebagai Hiasan Rumah
1. Lokasi Letak Pokok Keladi
2. Penyiraman
Siram pokok keladi 2 kali sehari. Siram keladi secara teratur pada waktu pagi dan petang.
3. Penjagaan
4. Perosak
Hindarkan tanaman dari ulat bulu, belalang dan lain-lain serangga. Kalau muncul, daun keladi boleh jadi berlubang-lubang dan rosak.
5. Baja
Beri baja organik cair yang boleh dicampur dengan air siram pada pokok. Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Jika letak baja jenis biji, pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.
6. Pembiakan
Bila pokok keladi sudah keluarkan anak. Boleh alih anak pokok keladi ni ke pasu untuk mendapat tanaman pokok keladi yang baru.
tanam pokok keladi hiasan sebagai penyejuk mata |
Ohh banyak jenis rupanya pokok keladi ni.
ReplyDeletebanyak sangat2!! ini baru yang biasa2, belum masuk yg kategori harga kayangan lain hehe
DeleteBaru perasan pokok keladi sekarang viral, walhal dulu berlambak dekat belakang rumah sebab pokok keladi ini kategori pokok yang senang membiak.
ReplyDeletebetul tu. mudah sgt membiak. berlambak. tapi sekarang sampai tahap boleh jual beli. ada harga dah
DeleteMak saya pun suka pokok keladi ni. Di rumah ada yang warna pink tu. Memang cantik pokok keladi ni
ReplyDeleteitulah. cantik sbb colour tu bermacam2 jenis
DeletePokok jenis caladium ni mudah membiak
ReplyDeleteJadi viralnya mungkin tak lama sebab akan jadi lambakan stok
setuju. kalau keladi harga kayangan dh berlambak stok, mudahlah semua orang beli bila dh murah hehe
Delete