Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan Pokok Keladi

Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan Pokok Keladi | Pokok bunga keladi viral secara tiba-tiba. Jika dulu pokok keladi lazimnya tumbuh di hutan, kini diletakkan di ruang halaman rumah. Jenis-jenis keladi ini dikenali sebagai Caladium dan keladi mempunyai gabungan corak yang cantik pada warna daun. 

Sebelum ini pokok snake plant atau lidah mertua pernah menjadi viral hingga capai harga beribu-ribu ringgit. Kini giliran pokok keladi hiasan pula. Harga melambung tinggi hingga aku sendiri berasa gayat. Keladi viral dah macam harga emas 916!

Yang lebih mengejutkan, suami dan emak aku sendiri ikut jatuh cinta dengan pokok keladi. Dulu emak dikampung suka tanam pokok hiasan jenis berbunga tapi sekarang emak dah makin seronok kumpul koleksi keladi. 

Kenapa daun keladi viral ya?

Adakah disebabkan oleh warna? 

Atau mungkin kerana bentuk dan corak daunnya?

Jenis Nama Keladi dan Gambarnya 

Ini sebahagian pokok keladi hiasan koleksi suami. Ada beberapa jenis yang ditanam dalam pasu dan ada juga yang terus ditanam ke tanah. 

Kebanyakan koleksi keladi yang ada di rumah aku ni di bawa balik oleh suami bila jumpa di tepi jalan dan di tapak-tapak projek tempat dia bekerja. Selain tu ada benih daun keladi yang tumbuh sendiri di halaman rumah dan diberi oleh emak di kampung. 

Jenis Keladi Candik / Aglocasia Longiloba

nama-keladi-dan-gambarnya

Jenis Keladi Candik / Aglocasia Longiloba

Jenis Keladi Kampung Saiz Besar

pokok-bunga-keladi-hiasan

Jenis Keladi Kampung Saiz Besar

Jenis Keladi Pink Love 

pokok-keladi-viral

Jenis Keladi Pink Love 

Jenis Keladi Caladium Heart's Delight 

Keladi jenis ni banyak tumbuh kat halaman rumah aku. Suami ambil dan tanam di tepi pagar. Bila dah besar, inilah rupanya.

jenis-daun-keladi

Jenis Keladi Caladium Heart's Delight 


Tengok ni, ada anak baru tumbuh lagi di halaman rumah.

jenis-pokok-keladi-liar-viral

Jenis Keladi Caladium Heart's Delight 


Jenis Keladi TriColour /  Florida Crown Caladium 

pokok-keladi-viral

Jenis Keladi TriColour /  Florida Crown Caladium 

Jenis Keladi White Wing 

jenis-pokok-keladi-popular

Jenis Keladi White Wing

Jenis Keladi Caladium Festivia

jenis-pokok-keladi-hiasan

Jenis Keladi Caladium Festivia

Jenis Keladi Hijau Putih / White Christmas Caladium

pokok-keladi-viral-mahal

Jenis Keladi Hijau Putih / White Christmas Caladium



Yang ni aku tak pasti apa jenisnya. Puas Google tapi tak jumpa.

tips-jaga-pokok-keladi

tips-jaga-pokok-keladi

Pokok Daun Keladi Baru, Pemberian Sahabat Sebagai Hadiah 

Ini pula benih anak pokok keladi yang dihadiahkan oleh salah seorang sahabat pada suami. Kebetulan dia tahu suami aku suka kumpul jenis-jenis pokok keladi, dia berikan pada suami untuk tambah koleksi.

Salah satunya jenis keladi hijau hitam. Yang lain aku tak pasti.

jenis-pokok-keladi-hijau-hitam-popular
keladi hadiah dari kawan

Pokok Keladi Pernah Kena Curi Ketika Tiada Di Rumah 

Awal November 2021, aku sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk hantar anak sulung yang dapat tawaran sambung pengajian di sana. Bila pulang ke rumah, beberapa jenis anak pokok keladi hilang dari pasu. 

Teruknya tahap viral pokok bunga keladi hiasan ni, hingga kena curi! 

Disebabkan pokok keladi hiasan terlajak popular, mungkin ada yang anggap pokok-pokok keladi di rumah aku ni harganya mahal. Sedangkan suami hanya ada koleksi keladi tahap biasa-biasa saja. 

Aku dan suami tak pernah beli benih anak pokok keladi mahal-mahal tahap ratus atau ribu-ribu. Kami cuma jaga benih-benih pokok keladi yang tumbuh meliar. 

jenis-pokok-keladi-liar
anak pokok keladi tumbuh liar ubah ke pasu


6 Tips Penjagaan Pokok Keladi Viral Sebagai Hiasan Rumah 

Tips tanam pokok keladi hiasan di rumah ni sangat mudah. 

1. Lokasi Letak Pokok Keladi 

Letakkan pokok keladi ditempat yang sesuai dengan mengambil kira sinar cahaya matahari. Ada jenis keladi boleh terima kawasan terbuka. Ada juga jenis keladi yang tak boleh kena cahaya matahari langsung. 

2. Penyiraman

Siram pokok keladi 2 kali sehari. Siram keladi secara teratur pada waktu pagi dan petang. 

3. Penjagaan

Daun keladi yang sudah tua dan rosak, buang secara berhati-hati. 

4. Perosak 

Hindarkan tanaman dari ulat bulu, belalang dan lain-lain serangga. Kalau muncul, daun keladi boleh jadi berlubang-lubang dan rosak.

5. Baja

Beri baja organik cair yang boleh dicampur dengan air siram pada pokok. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

Jika letak baja jenis biji, pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.

6. Pembiakan

Bila pokok keladi sudah keluarkan anak. Boleh alih anak pokok keladi ni ke pasu untuk mendapat tanaman pokok keladi yang baru. 


tanam pokok keladi hiasan sebagai penyejuk mata


Kesimpulan 

Ada pelbagai jenis pokok keladi di Malaysia. Ada dari jenis pokok keladi hiasan untuk tanam di halaman rumah. Ada juga jenis pokok keladi yang berbunga. Jenis keladi hiasan ni cukup banyak. Aku sendiri tak kenal semua nama-namanya. 

Ada juga jenis keladi yang boleh dimakan (buat sayur) dan ada jenis dari pokok keladi beracun dan keladi hutan. Hati-hati dengan keladi yang beracun, takut beri bahaya pada kanak-kanak dan haiwan kesayangan.

Pokok keladi sesuai dengan keadaan suhu lembap dalam negara kita. Sebab itu jenis-jenis pokok keladi ini boleh tumbuh dan hidup dengan subur. 

Kadang-kadang aku dan suami suka juga cari info tentang senarai jenis-jenis pokok keladi hiasan viral popular dan harganya yang mahal tu. 



Rujukan : 



8 comments for "Daun Keladi Viral, Gambar & Tips Penjagaan Pokok Keladi "

  1. Ohh banyak jenis rupanya pokok keladi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat2!! ini baru yang biasa2, belum masuk yg kategori harga kayangan lain hehe

      Delete
  2. Baru perasan pokok keladi sekarang viral, walhal dulu berlambak dekat belakang rumah sebab pokok keladi ini kategori pokok yang senang membiak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mudah sgt membiak. berlambak. tapi sekarang sampai tahap boleh jual beli. ada harga dah

      Delete
  3. Mak saya pun suka pokok keladi ni. Di rumah ada yang warna pink tu. Memang cantik pokok keladi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. cantik sbb colour tu bermacam2 jenis

      Delete
  4. Pokok jenis caladium ni mudah membiak
    Jadi viralnya mungkin tak lama sebab akan jadi lambakan stok

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. kalau keladi harga kayangan dh berlambak stok, mudahlah semua orang beli bila dh murah hehe

      Delete