13 Resepi Sardin Yang Mudah Dan Mabeles | Sardin. Eh siapa tak pernah makan sardin tu tak tahulah tapi yang pasti sardin ni antara resepi pertama yang sis masak masa mula belajar masuk dapur dulu. Teringat balik kenangan lama, kekok jugalah masak ikan sardin ikut cara yang mak ajar walaupun itu antara cara masak sardin yang paling cepat dan mudah sekali. Tapi sekarang dah biasalah. 

Antara resepi sardin yang best adalah sambal tumis. Resepi Sambal Tumis Sardin memang ohsem dan sedap bila makan dengan nasi, lempeng ataupun roti. Selain dari tu, ada lagi resepi sardin pilihan yang lain. Memang banyak! Beraneka jenis resepi masakan sardin ni kalau nak cuba. So pada kalian yang sedang terfikir nak masak apa dengan cara yang cepat tapi sedap bolehlah cuba masak sardin bersos tomato mengikut mana-mana resepi yang disukai.




Kat sini akan disenarikan 13 resepi sardin yang cukup mudah tapi yummy. Resepi ni semua ringkas dan mudah je. Dan kalau takut sardin tu hancur bila sedang dimasak bolehlah beli sardin ikan mackerel berbanding sardin biasa. Tengok je kat tin tu, memang ada tulis. 


13 Resepi Sardin Yang Mudah Dan Sedap Bersama Cara Memasaknya 

Resepi #1- Sambal Sardin Cili Padi + Kentang

Bahan:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*4 biji cili masak/cili besar
*15 tangkai biji cili padi
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan
2 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan perasa

Cara Masak Sambal Sardin :

Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bahan mesin 
Masukkan tomato hiris
Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
Masukkan garam n perasa
Akhir sekali masukkan sardin,kentang dan bawang hiris. Gaul rata.



Resepi #2 - Sambal Sardin Cili Padi + Kentang dan Petai

Bahan:
1 tin sardin (asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak / cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai / jering
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan perasa

Cara Masak Sambal Sardin :

Mesin kasar bahan bertanda *
Tumis bahan mesin dan masukkan tomato hiris
Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
Masukkan garam dan perasa
Akhir sekali masukkan sardin, kentang, petai dan bawang hiris. Gaul rata..


Resepi #3 - Sardin goreng

Bahan :
2 tin sedang sardin cap ayam
4 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng besar- hiris bulat
3@4 tangkai cili kering-potong pendek
Garam n perasa

Cara Masak Sardin Goreng :
Tuangkn sardin bersama kuah ke dlm mangkuk
Goreng sardin shj tanpa kuah hingga agak garing dan angkat(tutup dgn tudung periuk masa mnggoreng sb sardin ni akn meletop)
Dlm minyak yg sama..Goreng semua bhn hiris
Masukkan garam n perasa
Masukkan 2 sudu mkn lebihan kuah sardin td
Akhir skali masukkan sardin..gaul rata dan tutup api..siap!!!


Resepi #4 - Kari Sardin

Bahan:
2 tin sardin
2 pkt kecik rempah kari ikan babas
2 biji kentang-belah
*1biji bwng besar-hiris
*4 ulas bwng putih-hiris
*1 inci halia-hiris
Daun kari
1/2 kotak kecik santan
2 kpng asam keping
Garam n perasa
Sedikit gula
5@6 tangkai cilipadi
1 biji tomato-belah 4

Cara Masak Sardin Kari :
Tumis bhn hiris n daun kari
Masukkan rempah dan tumis hingga garing
Masukkan air(dlm 2 cwn)
Masukkan jentang n biar hingga kentang empuk
Masukkan asam keping,garam,gula n perasa
Masukkan sardin n setengah dr kuahnya Masukkan santan dan akhir skali masukkan cilipadi dan tomato

Resepi #5 -  Sambal Masak Kicap

Bahan:
Sardin-buang sosnya n goreng
2 biji bwng besar-hiris bulat
3 ulas bwng putih-hiris
1 inci halia-hiris
3@4 tangkai cili kering-potong pendek
1 mangkuk kecik air asam jawa
Kicap
Garam,perasa n sedikit gula

Cara Masak Sardin Kicap :
Tumis semua bhn hirisn cili kering potong
masukkn air asam jawa
Masukkan sedikit je garam,perasa n sedikit gula
Masukkan sardin yg siap goreng td..masukkan kicap


Resepi #6 - Sardin Masak Asam

Bahan:

1 tin sardin(buangkan kuahnya n goreng)
2 biji bwng besar-hiris bulat
4 ulas bwng putih -hiris
1 inci halia-hiris
5@6 tangkai cili kering-potong2
1 mangkuk air asam jawa
Garam,gula n perasa

Cara Masak Sardin Masak Asam :
Tumis semua bhn hiris
Masukkan air asam jawa
Masukkan garam gula n perasa
Masukkan sardin yg siap d grng td
Balancekn rasa masam manisnya



Resepi #7 - Kerabu sardin

Bahan:
1 tin sardin(buang kuahnya dan lenyek dgn garfu)
1/2 biji timun-hiris
1 biji tomato-hiris
1 biji bwng besar-hiris
2@3 tangkai cilipadi-hiris
Garam n perasa
2@3 biji limau kasturi(ambik airnya)

Cara Masak Sardin Kerabu :
Campurkn semua bhn n gaul rata

Resepi #8 - Sambal sardin + pelam muda

Bahan:
2 tin sardin(asingkan kuah n goreng)
*20@25 tangkai cili kering-potong n rendam air panas
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
3@4 biji pelam telo-belah 2
2 sudu mkn gula merah
Sedikit gula putih
Garam n perasa
1 kpng asam keping

Cara Masak Sambal Sardin Pelam Muda :
Mesin bhn bertanda *
Tumis bhn mesin hingga garing
Masukkan gula merah,gula putih,garam n perasa
Masukkan 3 sudu mkn kuah sardin
Masukkan pelam n asam keping
Akhir skali masukkan sardin

Resepi #9 - Lemak cili api sardin

Bahan:
2 tin ikan sardin
3 biji kentang(belah)
*20 tangkai cili padi
*1 biji bwng besar
*sedikit belacan
*1/2 camt serbuk kunyit
2 kotak santan kecik
2 kpng asam keping
Garam n perasa

Cara Masak Sardin Lemak Cili Api :
Blend bhn bertanda *
Rebus kentang sampai empuk..
Dlm periuk..masukkan bhn mesin,santan n kentang yg tlh d rebus td..
Masukkan asam keping
Didihkn ats dapur..masukkan garam n perasa
Masukkan ikan sardin n kuahnya dlm 2 sudu mkn..biar mendidih dlm 10 min..
Siap!!!

Resepi #10 - Sardin roll

Nak gulung pon rasa macam leceh.Tengok ada pulak resepi roti sardin viral yang senang gila ni. So mari lah kita buat roti sardin versi pemalas ...

Bahan:
600 gm tepung gandum
Secubit garam
5'sudu mkn(penuh) planta
Air peti secukupnya utk menguli

Cara Masak Sardin Roll : 
Masukkan garam dlm tepung..letak planta dan gaul dgn hujung jari
Masukkan air sedikit2 dan uli hingga jd doh yg lembut..
Blhlah canai dan potong 4'segi..masukkan inti dan gulung
Kelarkn sedikit atau cucuk dgn garfu d atasnya dan sapu kuning telur..bakar suhu 160c 25-30 min

Bahan inti:
2 tin sardin
2 biji bwng besar-hiris
2@3 biji cili padi-hiris
Sedikit garam n perasa
1'biji limau nipis

Cara:
Hancurkn sardin..masukkn bwng n cili hiris
Masukkn garam n perasa
Perahkn limau
Gaul sebati..


Resepi #11 - Roti sardin tepung bestari

Inti:
Sardin (buang kuah dan lenyek dgn garfu)
Hiriskan sebiji bwng besar,cili padi,garam n perahkan limau nipis-gaul rata

Cara Masak Sardin Roti Tepung Bestari
Bancuhan tepung:tepung bestari d campur dgn air..kacau sebati..(jgn pekat sgt)
Celup roti yg dh d bubuh inti ke dlm bancuhan tepung n goreng..


Resepi #12 Karipap sardin


Jika nak buat sarapan atau minum petang yang mudah, mak-mak boleh cuba resipi Roti Telur Sardin viral yang sedap ni. Hanya guna 6 bahan ...

Bahan:
600 gm tepung gandum
Secubit garam
5 sudu mkn(penuh) planta
Air peti secukupnya utk menguli

Cara:
Masukkan garam dlm tepung..letak planta dan gaul dgn hujung jari
Masukkan air sedikit2 dan uli hingga jd doh yg lembut..
Bolehlah canai, masukkan inti dan kelim tepinya..

Bahan inti:
2 tin sardin
2 biji bawang besar-hiris
2@3 biji cili padi-hiris
Sedikit garam dan perasa
1biji limau nipis

Cara:
Hancurkan sardin..masukkan bawang n cili hiris
Masukkan garam n perasa
Perahkan limau
Gaul sebati..

Resepi #13 - Roti ikan sardin


Resepi Roti Telur Sardin Viral! (Enak dan Bergizi). Oleh Jeje. Ramai ibu yang bingung mahu memasak hidangan apa untuk sarapan. Selalunya makan roti

Bahan:
Kulit popia (size besar ye)
2 tin Ikan sardin (amik isinya shj)
-lenyekkan dgn garfu
2 biji bwng besar-belah 4 dan hiris
1/2 mangkuk kecik daun bawang yg dihiris(jgn halus sgt ya)
5/6 biji cili api-hiris
2@3 biji limau kasturi (ambik airnya)
Garam dan perasa

Cara:
Gaulkan sardin dgn bawang hiris,cili potong,daun bawang,garam n perasa serta air limau
Leraikan kulit popia..masukkan inti..lipat dan gamkan guna air utk lekatkkan..
Panaskan kuali..tuangkan sedikit minyak dan goreng dgn api perlahan..
*minyak tu..sikit je ya..mcm goreng roti canai tu je...ok siap!!! Slmt mencuba..

Tips Hilangkan Hanyir Sardin 

Semua asas sardin tu sama tapi perasan tak ada yang masak berbau hanyir dan ada yang tak. Kalau nak tahu, ikan sardin ni boleh dihilangkan bau hanyir tu dengan cara masak ikan sardin tu dulu dengan cara menggorengnya. Kuahnya asingkan. Goreng ikannya saja. Kemudian masaklah mengikut citarasa masing-masing.

Selain dari tu boleh juga masukan asam keping semasa memasak. Ini juga salah satu tips untuk hilangkan bau hanyir ikan sardin ni. Mudah sesangat! Nanti boleh cuba. 

Sebenarnya resepi ikan sardin ni ada banyak lagi dan ini hanyalah sebahagian daripadanya. Semua resepi ni sis dapat daripada facebook dan tak sabar juga nak cuba resepi sarding kentang dan lain-lain tu. Lepas ni nak cari resepi sardin tomyam, resepi sardin masak asam dan resepi sardin telur pulak.

Dulu harga tak sardin tak macam sekarang. Sekarang ni Allah dah makin mahal ooo.. agaknya sebab bahan tu sendiri. Lagi-lagi yang cap ayam tu... haa sapa cakap cap ayam tu low class, ni sardin cap ayam mahal oi hahaha... Walaubagaimanapun, percaya ataupun tidak sardin ni boleh masak dengan pelabagi jenis resepi malah ada resepi sardin yang dah viral pun.






























Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.