Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi

Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi  | Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Signature dish gitu! Semua suka makan termasuklah my famili. 

Pernah tiba-tiba suami request nak makan nasi lemak. Haa sudah! Nak keluar beli, mana nak sempat sebab pukul 7am dah start hantar anak pergi sekolah. So nak tak nak kena masak sendiri di awal subuh.

Dan tak dinafikan, untuk masak nasi lemak ni bukannya satu kerja yang mudah kalau tak tahu cara. Kalau tersilap langkah, nasi lemak boleh menjadi tak sedap, nasi lemak boleh menjadi mentah dan nasi lemak juga boleh menjadi terlalu lembik atau keras.

Sebab tu, untuk masak nasi lemak ni kena cari resepi nasi lemak yang betul-betul boleh diikut. Walaupun tak sesedap seperti air tangan mak dan nenek kita dulu, at least bau wangi dan rasa lemak pada nasi tu ada. Barulah terasa nikmat sewaktu menikmati juadah nasi lemak.



Untuk pengetahuan, resepi untuk Nasi Lemak ni ada banyak. Ini sesuai dengan menu nasi lemak tu sendiri. 

Ada resepi nasi lemak sukatan cawan, ada resepi nasi lemak kukus, ada resepi nasi lemak pandan yang berwarna kehijauan, ada resepi nasi lemak utara dengan nasi berwarna kuning, ada resepi nasi lemak ayam berempah, ada resepi nasi lemak tanpa santan yang digantikan dengan susu cair dan pelbagai lagi. Haaa betapa banyaknya menu nasi lemak ni! 

Untuk selera daku dan famili, kami sukakan nasi yang lembut berbanding nasi yang agak keras. 




Resepi Nasi Lemak Sedap Wangi Yang Cepat Dimasak Waktu Pagi 


Untuk resepi nasi lemak ni, daku sering sediakan sebagai juadah sarapan pagi. Cara penyediaannya pun mudah. Daku selalu sediakan nasi lemak ni dengan sambal sotong, sambal udang, sambal kerang, sambal ikan bilis dan kalau nak cepat dari tu, boleh juga makan dengan sambal telur.

Pendek kata, terpulanglah atas kreativiti sendiri nak gandingkan nasi lemak ini dengan lauk apa. Sebagai contoh, daku gandingkan nasi lemak ni bersama ayam masak merah dengan kuah yang sedikit pedas dan juga ikan bilis. Lebih best nikmati dengan timun sekali tapi kebetulan masa ni timun dah habis.. so takde hal lah!



RESEPI NASI LEMAK SIMPLE YANG LEMBUT DAN SEDAP 

Bahan-Bahannya : 
  • 2 cawan beras
  • 1 kotak santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • 2 inci halia yang dipotong sederhana tebal
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya


CARA MASAK NASI LEMAK YANG LEMBUT & SEDAP

Langkah 1 : Basuh beras di dalam periuk. Benamkan jari ke dalam periuk dan masukkan air sehingga mencapai ketinggian yang sama pada ruas jari mengikut ketinggian beras tadi.

Langkah 2 : Masukkan 2 sudu teh garam


Langkah 3 : Masukkan 2 helai daun pandan yang telah disimpul (nak potong pun takpe), kemudian masukkan 1/2 daripada santan kotak. Setelah itu gaul semuanya supaya santan dan garam sebati dengan beras.



Langkah 4 : Mulakan memasak dengan api biasa. Jika nak masak guna rice cooker pun boleh. 


Langkah 5 : Apabila nasi sudah mula mengering, masukkan 1/2 daripada lebihan santan kotak bersama dan juga halia. Kacau semuanya sekali lagi. Boleh juga di rasa nasi yang separuh masak tu. Jika nak lebih masin, bolehlah di tambah sedikit lagi garam. Terpulang mengikut citarasa masing-masing.


Langkah 6 : Setelah nasi masak sepenuhnya, bolehlah dikacau sekali lagi dan terus tutupkan api. 




RESEPI SAMBAL NASI LEMAK YANG MUDAH

Bahan-Bahannya :
  • 1 ulas bawang merah besar untuk dikisar
  • 1 ulas bawang merah di potong bulat
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai saiz besar
  • segenggam cili kering 
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit air



CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK YANG MUDAH & SEDAP

Langkah 1 - Rebus cili kering hingga lembut dan masak sepenuhnya. Terpulang sama ada nak buang biji ataupun tidak. 

Langkah 2 - Kisar cili kering yang telah direbus bersama dengan semua bahan lain sehingga halus. 

Langkah 3 - Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga naik bau. Jika inginkan kuah sambal yang banyak, lebihkan bahan dan lebihkan minyak semasa menumis.

Langkah 4 - Setelah bahan yang ditumis nampak pecah minyak, masukkan sos cili, bawang merah yang telah dipotong bulat dan juga dengan sedikit air. 

Langkah 5 - Gaul semuanya hingga sebati dan bolehlah dimasukkan bahan utama sama ada ayam goreng, sotong, udang, kerang dan sebagainya.

Langkah 6 - Setelah bahan utama masak, bolehlah perasakan dengan garam dan gula. 





Itulah dia resepi nasi lemak yang sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Cara ni simple dan mudah serta sesuai untuk di masak pada waktu pagi yang sibuk. Tak renyah mana tapi tetap boleh nikmati nasi lemak tanpa perlu di beli. 

Walaupun ini bukanlah satu resepi turun-temurun untuk nasi lemak tapi InshaAllah, boleh ikut resepi ni untuk dinikmati menu nasi lemak di rumah. Tak kisahlah sama ada nak makan nasi lemak bersama famili ataupun nak makan nasi lemak untuk 2 orang saja dengan pasangan, boleh try ikut resepi nasi lemak ni. 

Macam mana cara buat nasi lemak yang wangi, lembut dan sedap? 

Bagaimana cara penyediaan untuk nasi lemak?

Apakah petua untuk dapatkan bau nasi lemak yang wangi?

Apakah tips untuk dapatkan rasa nasi lemak yang ada rasa lemak lemak sedikit masin tu?

Semua soalan di atas ini, InshaAllah boleh dijawab dengan mencuba resepi nasi lemak yang telah dikongsikan tadi.

Selamat mencuba..... 


17 comments for "Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi "

  1. sedapnya nasi lemak akak, siap sempat lagi masak lauk ayam sambal... kalau dana biasa sambal bilis je... tapi buat masa ni suami tak pernah la minta bini nya masak nasi lemak di hari kerja...

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya. memang best makan nasi lemak waktu pagi :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. terus terhidu nasi lemak sekarang ni. padahal dah tengahari. haha

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak ni resepi kita pun simple je. Saya suka nasi yang tak lembik sangat dan tak keras sangat jadi yang sedang2 ajer. Sedapnya nasi lemak makan pagi2.

    ReplyDelete
  5. Yes. Dah ada resipi nasi lemak mudah. Boleh la nak try weekend nie - tu pun kalau Rawlins rajin hahaha

    ReplyDelete
  6. sebelum ni kalau buat letak separuh je santan sebab takut mengantuk. Dapat tips baru la letak 2 sudu teh garam tu. Nanti nak try pulak resipi ni.

    ReplyDelete
  7. Kte pun selalu kalo tak ada idea nak masak apa mmg selalu masak nasi lemak je sebab sebnr mudah je nak sediakan nasik lemak ni hehe

    ReplyDelete
  8. Hrmmm... Kenapa la terbaca pasal nasi lemak tgh2 lapar ni.. Tiba2 teringin nak makan nasi lemak.. Nanti nak try resepi ni.. Tq for sharing..

    ReplyDelete
  9. Dulu rajin buat nasi lemak. Tapi sekarang dah duduk sekarang malas nak buat sebab jenis masak banyak dan makan pun banyak. Pelik kalau masak sendiri 2 pinggan makan. Lain macam dari makan di kedai. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Cara masak nasi lemak ni lebih kurang sama dengan cara sis cuma sis lebih suka guna santan biasa bukan kotak dan sis masak sekali dengan santan.. cara u pun ok bole cuba jika tiada santan pure.

    ReplyDelete
  11. Nasi lemak pun kalau sambal x sedap pun jadi nasi lemak tue hambar...sambal tumis memainkan peranan jugak

    ReplyDelete
  12. saya ni antara salah sorang penggemar nasi lemak. tapi nak masak tak pandai. dah ada resipi ni boleh la cuba buat nanti. TQ

    ReplyDelete
  13. Nasi lemak ni memng makan kegemarna ye..kalau boleh nak makan hari2 tapi tau tak elok..hahhaa..Buat sendiri baru puas hati

    ReplyDelete
  14. Aduhhhh.. Nasi lemak buat sdri mmg padu.. KlU beli ksg2 tu. Aduhhhhhh stress mak.. Nasi xrasa apa2 pun

    ReplyDelete
  15. mudah rupanya. nanti saya boleh cuba resepi ni. kegemaran jugak ni setiap minggu sekali mesti buat

    ReplyDelete
  16. Dah lama rasanya tak buat nasi lemak. Teringin nasi lemak sambal sotong pulak.

    ReplyDelete