Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap

Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap | Aku memang sangat suka makan ayam percik, termasuklah suami dan anak-anak. Cuma walaupun berada di Pantai Timur namun aku lebih suka ayam percik style utara. 

Nak bezakan ayam percik utara dengan ayam percik Kelantan dan ayam percik Terengganu ni mudah saja, ayam percik utara selalunya berwarna merah manakala ayam percik Terengganu dan Kelantan selalunya berwarna putih. 

Resepi ayam percik warna merah ini sering juga dipanggil sebagai ayam percik pasar malam. Almaklumlah warna dan baunya memang menggoda pun!

Untuk resepi ayam percik utara yang aku masak ini, aku tak ambil resepi dari mana-mana pihak. Ianya boleh dikatakan rekaan sendiri berdasarkan pengalaman selama menjadi suri dapur. Lagipun aku memang tak suka resepi yang susah. 

Bagi diriku ini lagi simple resepi tu lagi bagus! Yang penting rasanya tu mesti kena sedap! Memang tak gemar berperang kat dapur lama-lama untuk siapkan semua bahan (pemalas juga aku ni kalau nak tahu... hehe)


ayam percik versi utara yang mengancam

Sebagai isteri kepada orang Pantai Timur, ya aku memang pernah makan resepi Ayam Percik Kelantan cuma memang aku lebih suka style utara. 

Dah dari kecik terbiasa dengan ayam percik gini, apa boleh buat. So di bulan puasa, kalau tetiba teringin nak makan ayam percik alamatnya suami kena beli kat luar kalau rasa nak makan ayam percik Terengganu / Kelantan dengan kuah putihnya tu. 

Bagi yang berminat nak masak ayam percik sendiri, di sini aku akan kongsikan resepi dan cara bagaimana untuk buat ayam percik utara dengan cara yang amat simple tapi dari soal rasa InshaAllah memang sedap! 

InshaAllah kalau pandai follow resepi ayam percik ini, kalian tak perlu lagi berhabis duit di pasar malam atau pasar Ramadhan semata-mata kerana nak makan ayam percik. 

kuah ayam percik versi utara yang berwarna merah

Tak nak cakap banyak, inilah dia resepi ayam percik utara untuk di cuba. Bolehlah try masak untuk suami dan anak-anak. Jangan risau sebagaimana yang aku cakap tadi, bahan dan caranya sangat simple dan kalian sendiri boleh buat macam pro. 

RESEPI AYAM PERCIK UTARA PALING SIMPLE TAPI SEDAP

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
segenggam cili kering (di rebus) *
2 inci halia *
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar (merah) *
3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
1 kotak santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air sekadar perlu

CARA-CARA :

1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 

Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Aku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak. 

2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air. 

3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau

4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air

5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati 

6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)


Ohya, resepi ni juga boleh digunakan untuk membuat kuah kacang untuk makan bersama satay ataupun cucur udang tu. Hanya tambah kacang kisar lumat je pun. Dah pernah buat memang jadi.


MEMBAKAR

Setelah siap semuanya, bolehlah dinyalakan api pada arang. Pastikan arang menjadi bara untuk memulakan operasi membakar. 


Sekarang, letak ayam pada pemanggang dan bakarlah sehingga ayam masak dan kelihatan sedikit garing pada luaran. 

Setelah itu bolehlah diletakkan kuah percik. 

SEBELUM

SELEPAS

Dah namapun ayam percik kan jadi kenalah percik ayam tersebut dengan kuah perciknya ketika sedang dibakar atas pemanggang. 

Aku ni bukan setakat percik tapi dah macam lumur 100%! Memang jenis suka letak kuah percik yang banyak untuk dapatkan bau yang lebih umph semasa sedang di bakar. 

Lepas siap bakar baki kuah ni bolehlah dicurahkan sekali lagi atas ayam untuk dinikmati bersama nasi. Memang heaven. 



Resepi ni juga sesuai untuk dibuat sebagai BBQ untuk daging, ikan, udang dan sotong. 

Resepi Ayam Percik Berkuah Merah

Suka makan ayam percik tak

Kalau suka, lepas ni dah bolehlah buat ayam percik sendiri kat rumah. Resepi dan cara bagaimana untuk buat ayam percik dengan mudah pun dah tahu so bolehlah masak dan makan puas-puas sampai kenyang. 

Selamat mencuba

Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


6 comments for "Resepi Ayam Percik Utara Cara Simple Tapi Sedap"

  1. Sedaaapp nya!
    Thanks for recipe :)

    ReplyDelete
  2. alamak! sedapnya..dah lama cari resepi ayam percik yang kuahnya kaler merah camni..macam kat pasar mlm tu..hihi..thanks sis..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Sungguh memang mengancam. Tergoda dibuatnya 😁

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, nampak sungguh menyelerakan. Terima kasih kongsi resepi ayam perciknya sis awa. Tak payah pegi bazar ramadan dah kot lepas ni ;)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Nora suka sangat ayam percik tak kira versi mana pun. Kena plak ramuan dia tu kena tekak. Aduhhhhhhhh nak buat tp terbatas waktu ni. Nak trylah nnti

    ReplyDelete